Banjir Pantai Timur Memburuk Lebih 9 000 Mangsa


Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini melebihi 9,000 orang melibatkan lebih 3,000 keluarga.
Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 7,780 orang daripada 1,822 keluarga setakat 8 pagi berbanding 7,403 orang daripada 1,786 keluarga pada 4 petang semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata bagaimanapun, peningkatan itu tidak terlalu membimbangkan kerana penduduk yang dipindahkan disebabkan rumah mereka dinaiki air berikutan air pasang awal pagi tadi.
Beliau berkata ketika ini, terdapat 53 PPS di empat daerah iaitu 31 di Kemaman, Dungun (18), Hulu Terengganu (tiga) dan Setiu (satu).

“Daerah Kemaman yang paling teruk terjejas terus merekodkan pertambahan jumlah mangsa kepada 6,865 orang daripada 1,570 keluarga, berbanding 6,623 orang daripada 1,552 keluarga petang semalam, manakala jumlah mangsa di Dungun bertambah kepada 807 orang daripada 226 keluarga berbanding 663 orang daripada 186 keluarga sebelum ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun, banjir di Hulu Terengganu bertambah baik apabila jumlah mangsa menunjukkan penurunan kepada 97 orang daripada 23 keluarga, berbanding 106 orang daripada 25 keluarga petang semalam manakala di Setiu pula, mangsa kekal 11 orang daripada tiga keluarga di satu PPS.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal http://infobanjir.water.gov.my, dua sungai di dua daerah negeri itu masih melepasi paras bahaya setakat 8 pagi dengan Sungai Kemaman di Kampung Paman, Kemaman setinggi 5.38 meter (m) mengatasi paras bahaya 4.5 m manakala Sungai Dungun di Kuala Jengal, Dungun mencatatkan paras 21.03 m melebihi paras bahaya 21 m.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga jajahan di negeri itu terus meningkat kepada 1,382 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,214 orang petang semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merupakan daerah paling terjejas dengan jumlah penduduk yang dipindahkan seramai 1,085 orang daripada 410 keluarga yang ditempatkan di 14 lokasi PPS.
Di Tanah Merah, seramai 143 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala di Kuala Krai sebanyak lima PPS masih dibuka setakat ini bagi menempatkan 153 mangsa banjir daripada 43 keluarga termasuk seorang kurang upaya (OKU) lelaki dan dua OKU perempuan.
Menurut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat ini hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 10.34 m (bahaya 9 m) berbanding tiga sungai yang melepasi paras bahaya pada petang semalam.
Tiga sungai lagi merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat 2.47 m (amaran 2.15 m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 15.49 m (amaran 14.00 m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai 24.21 m (amaran 22.50 m).
Selain itu, sungai di tiga lokasi di negeri itu menunjukkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Jenob Tanah Merah 22.44 m (waspada 21.50 m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu 3.84 m (waspada 3.00 m) dan Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai 32.98 m (waspada 32.00 m).
Sementara itu, Pahang merekodkan sebanyak 38 orang daripada enam keluarga terjejas banjir sejak semalam dan mereka ditempatkan di dua PPS iaitu PPS Dewan Orang Ramai Sungai Ular, Kuantan (25 orang daripada enam keluarga) dan PPS Sekolah Kebangsaan Teh, Jerantut (13 mangsa daripada dua keluarga).
Menurut portal Info Bencana JKM Pahang, tujuh sungai masih berada di paras amaran iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, tiga kawasan di Sungai Pahang iaitu Sungai Yap di Jerantut; Lubuk Pasu, Temerloh dan Lubuk Paku, Maran, serta beberapa sungai di Kuantan iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Belat, Sri Damai dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor. Bernama
Banjir Terengganu, Kelantan makin buruk, jumlah mangsa naik kepada 7,000

The post Banjir Pantai Timur memburuk: Lebih 9,000 mangsa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/21/banjir-pantai-timur-memburuk-lebih-9000-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Kelantan Cecah Lebih 400 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Cecah Lebih 400 Orang

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 211 hits
BH ONLINE Antara kawasan yang ditenggelami air akibat banjir di Kelantan Foto Nik Abdullah Nik Omar KOTA BHARU Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara diaktifkan di Kelantan dan menempatkan seramai 456 mangsa daripada 119 keluarga setakat 11...
Banjir Penternak Ikan Rugi Lebih Rm400 000

Banjir Penternak Ikan Rugi Lebih Rm400 000

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 304 hits
BernamaMohd Sharif yang juga pesara Majlis Daerah Kuala Krai berkata beliau sudah menternak ikan ikan tersebut sejak 12 tahun lepas dan dibantu anak kelimanya Mohd Safuan 28 KUALA KRAI Seorang penternak ikan air tawar mengalami kerugian leb...
Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dibenarkan Pulang

Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 290 hits
Oleh Penduduk Fatimah Salleh 60 melihat air banjir yang masih memenuhi kawasan rumahnya walaupun cuaca beransur cerah di Kampung Batu 16 Tebak Kemaman Foto Ghazali Kori KUALA TERENGGANU Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih rama...
Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 227 hits
Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 00 pagi tadi meningkat kepada 7 308 berbanding 6 627 petang semalam Di TERENGGANU jumlah mangsa me...
Situasi Banjir Di Pantai Timur Membimbangkan

Situasi Banjir Di Pantai Timur Membimbangkan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 250 hits
Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan December 18 2020 PETALING JAYA Situasi banjir di dua negeri Pantai Timur terus membimbangkan terbaru sebanyak 972 orang daripada 246 keluarga menjadi mangsa di Terengganu setakat 4 30 petang tadi...
6 305 Mangsa Banjir Di Terengganu Dipindahkan

6 305 Mangsa Banjir Di Terengganu Dipindahkan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 350 hits
Oleh Air Sungai Yah Yah di Kemaman melimpah berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Foto NSTP Mustaffa Kamal CHUKAI Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai ditenggelami air sekali ...
Mangsa Banjir Tumpang Rumah Saudara Elak Jangkitan Covid 19

Mangsa Banjir Tumpang Rumah Saudara Elak Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 261 hits
Oleh Lizawati Mat Salleh 35 bersama anak anaknya mengharungi banjir apabila pekarangan rumahnya dinaiki air setinggi 0 5 meter di Kampung Banggol Kulim akibat arus Sungai Golok meningkat melebihi paras bahaya Foto NSTP Nik Abdullah Nik Omar...
Kini Aktif Sertai Misi Kemanusiaan Keith Foo Akui Tersentuh Melihat Keadaan Mangsa Banjir

Kini Aktif Sertai Misi Kemanusiaan Keith Foo Akui Tersentuh Melihat Keadaan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 277 hits
Pelakon yang kini bergelar bapa tunggal Keith Foo dilaporkan kini aktif menyertai misi kemanusiaan dan amal jariah di Negeri Sembilan Dia yang menyertai misi bantuan bersama St John Ambulans Malaysia cawangan Negeri Sembilan sedang giat men...
Lebih Rm440 000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

Lebih Rm440 000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Polis menerima 15 laporan dan membuka tiga kertas siasatan terhadap satu sindiket penipuan pelaburan jual beli emas dikenali Gold Trading Investment yang mengakibatkan kerugian lebih RM440 000 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Keyakinan

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Agriculture And Food Security Ministry Rice Thrown At Temerloh Dumpsite Spoilt Unsafe For Consumption

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka