Rata Rata Mangsa Banjir Tidak Sangka Terpaksa Harungi Banjir Sebanyak Dua Kali Tahun Ini




TEMERLOH - Rata-rata mangsa banjir di sini tidak menyangka mereka terpaksa mengharungi banjir sebanyak dua kali tahun ini.
Mangsa banjir di Taman Murni, Ghazali Ishak, 57, berkata dia terpaksa memindahkan barang dua kali berikutan paras air yang naik pada hari kejadian lebih tinggi dari sangkaannya.
Katanya, semasa banjir di Pahang Januari lalu, air hanya naik pada paras lantai dan rumah mereka terselamat.
Namun kata Ghazali, paras air banjir baru-baru ini lebih tinggi sehinggakan dia terpaksa memindahkan barangnya ke rumah jiran yang lebih tinggi sebanyak dua kali.
Ghazali Ishak“Air naik laju sangat, masa orang tengah azan subuh kita tengah punggah barang, dalam pukul 4 kita bangun tengok pergi di kedai depan itu, air dah masuk dalam kedai.
“Memang terus fikir air akan naik, kali terakhir banjir naik sampai situ (kedai hadapan taman) sahaja, tak teruk macam ini,” ujarnya ketika ditemui di sini.
Ditanya mengenai kekangan dalam kerja pembersihan pasca banjir, kata Ghazali, mereka menerima bekalan air dua kali sehari.
Katanya, bekalan air akan dibuka pada waktu pagi, bermula jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari dan pada waktu petang bermula jam 6 petang sehingga 7 petang.
Menurut Ghazali dia memahami situasi berkenaan dan tidak merungut mengenai ketiadaan air memandangkan lebih banyak tempat yang terkesan tiada air disebabkan banjir.
Situasi selepas banjir di hadapan rumah Ghazali Ishak di Taman Murni. Foto RJ KEMALAMangsa banjir Pavithira Veran AL Vatimalai, 26, berkata dia juga tidak menyangkakan akan mengalami banjir sebanyak dua kali tahun ini.
Selain itu, Pavithira Veran mengatakan dia sukar untuk mendapatkan bantuan memandangkan ramai orang hanya mengedarkan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Kenapa semua orang hantar bantuan masuk ke PPS sahaja dan tidak distribute di rumah yang terkena banjir di sini?
“Banyak orang sekarang di rumah mencuci rumah mereka, siapa yang akan tunggu di PPS lagi?” soalnya.
Pavithira Veran AL VatimalaiKata Pavithira Veran, dia hanya sempat menyelamatkan kad pengenalan dan surat beranak mereka semasa banjir baru-baru ini.
Katanya lagi, kerja pembersihan rumahnya dibantu rakan dan jiran. Kini, mereka sudah selesai mengalihkan barang dari dalam rumahnya.
Sementara itu, di Taman Mentakab Indah, ketiadaan air di lokasi banjir antara masalah utama yang dihadapi mangsa banjir dalam operasi dan kerja-kerja pembersihan.
Mangsa banjir Taman Mentakab Indah, Asmah Ismail, 55, berkata dia hanya dapat mengeluarkan barang atau perabot dari rumahnya terlebih dahulu buat masa sekarang.
Katanya, kerja pembersihan hanya dapat dilakukan bermula Sabtu berikutan air banjir baru sahaja mula kering pada Jumaat.
Asmah Ismail“Air tiada, elektrik pun tiada. Susah nak mencuci, Lumpur banyak. Hari ini baru keluarkan barang sebelah bawah, sebelah atas belum lagi.
“Saya pindahkan barang naik tingkat atas, tak sangka banjir kali ini atas pun tenggelam. Ingat rumah dua tingkat selamatlah letak barang di atas, rupanya tak,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini, semalam.
Kata Asmah, dia kini sehelai sepinggang bersama suami dan dua orang anaknya disebabkan banjir baru-baru ini.
Menurutnya dia juga hilang mata pencarian apabila kedai makan miliknya turut musnah di bawa arus banjir.
Keadaan semasa di Taman Mentakab Indah. Foto RJ KEMALAKata Asmah, capaian untuk mendapatkan bantuan di taman berkenaan juga mudah disebabkan banyak badan bukan kerajaan (NGO) mengedarkan secara terus kepada mereka.
“Bantuan mudah nak dapat, sebab dia orang datang distribute di sini, cuma dia bukanlah dari rumah ke rumah, siapa yang pergi ambil, dapatlah,” katanya.
Asmah juga tidak menyangka banjir kali ini akan meneggelamkan tingkat atas rumahnya.
Katanya, dia giat memindahkan barang ke tingkat atas rumah, namun paras air banjir lebih tinggi sehingga turut memusnahkan barang yang dipindahkan.
Asmah dan keluarga berteduh di kilang papan berdekatan pada waktu malam. Katanya, di situ tiada sebarang bantuan diterima. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/rata-rata-mangsa-banjir-tidak-sangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Banjir Dua Pps Dibuka Di Gua Musang Babitkan 129 Mangsa

Banjir Dua Pps Dibuka Di Gua Musang Babitkan 129 Mangsa

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 205 hits
HARAKAH DAILYFoto hiasan KOTA BHARU Seramai 129 orang daripada 20 keluarga di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara setakat 10 pagi tadi selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sej...
Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

Penduduk Gemas Alami Tujuh Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 218 hits
BernamaPemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah Tampin ditenggelami banjir ekoran hujan lebat ketika tinjauan pada 1 Jan 2022 fotoBERNAMA TAMPIN Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di T...
Banjir Dua Mayat Mangsa Lemas Bagi Dua Kes Berbeza

Banjir Dua Mayat Mangsa Lemas Bagi Dua Kes Berbeza

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 433 hits
Dua mayat mangsa lemas daripada dua kes berbeza ditemui pada Jumaat Mayat pertama ialah mangsa warga emas yang dikenali sebagai Por Kong Ming berumur 79 tahun dijumpai pada jam 11 10 pagi Jumaat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube
Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 347 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir PETALING JAYA Lebih 7 000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat digerakkan ke ...
Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 245 hits
BENTONG Fenomena kepala air di Telemong di sini pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan Seorang...
Tragedi Chalet Di Janda Baik Jasad Wanita Di Temui Namun Dua Lagi Mangsa Masih Di Cari

Tragedi Chalet Di Janda Baik Jasad Wanita Di Temui Namun Dua Lagi Mangsa Masih Di Cari

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 371 hits
BENTONG Satu jasad wanita ditemui dalam tragedi tiga individu hilang dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat penganginan di sini Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata jasad wanita berkenaan ditemu...
Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 222 hits
Penyanyi meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti atau melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar memuat naik satu han...
Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 232 hits
Sebanyak 11 kes positif COVID 19 dikesan melibatkan mangsa banjir di dua daerah di Kelantan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah