Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas Prn Sabah


Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas PRN Sabah
KOTA KINABALU, 26 Nov (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini tidak akan menyaksikan mana-mana parti memperoleh majoriti jelas, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata berdasarkan “bacaannya”, persaingan banyak parti di kebanyakan kerusi menunjukkan tiada gabungan yang mampu muncul dominan, sekali gus memerlukan kerjasama politik bagi memastikan kestabilan Sabah.
“Bacaan saya pada 29 hari bulan nanti, kita tahu tidak akan ada satu parti pun yang dominan di Sabah, bacaan saya akan ada kerajaan campuran sekali lagi di Sabah dan kita mahu melihat bahawa kestabilan politik di Sabah ini diberi keutamaan.
“Kita mahu (projek lebuh raya) Pan Borneo Sabah diselesaikan dalam tempoh lima tahun, kita mahu masalah tiga serangkai diselesaikan, iaitu infrastruktur, bekalan elektrik dan juga air … rakyat Sabah layak untuk mendapat jalan raya yang baik, air bersih yang baik dan elektrik yang baik supaya boleh hidup dengan aman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Masyarakat Kaum India Sabah di Inanam hari ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun PRN kali ini menyaksikan pertembungan hingga 14 penjuru di beberapa kawasan, proses itu mencerminkan festival demokrasi yang menjadi keunikan Sabah.
Beliau juga berkata nilai toleransi kaum dan agama sebagai antara kekuatan utama masyarakat Sabah, malah menyifatkan kadar penerimaan sosial di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
BACA: PRN Sabah: 58 Pusat Undian Awal Dibuka “Dalam keadaan yang beginilah saya merasakan bahawa sesiapa pun yang akan mentadbir negeri Sabah nanti, yang penting toleransi pelbagai kaum mesti dipertahankan.
“Itulah sebabnya Kerajaan MADANI yang dipromosikan, yang diuar-uarkan oleh PMX, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah contoh yang terbaik untuk menentukan bahawa kita menghormati pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai bahasa dan pelbagai budaya. Kerana inilah keunikan, keunggulan masyarakat Malaysia,” katanya.
Mengulas sumbangan masyarakat India di negeri itu, Ahmad Zahid berkata peratusan kecil kaum berkenaan bukanlah ukuran, sebaliknya peranan mereka dalam bidang profesional dan perniagaan perlu dihargai sebagai sebahagian daripada pembinaan negeri.
Dalam aspek pendidikan, beliau sekali lagi menekankan peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan sasaran kerajaan untuk memastikan 70 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih TVET menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memenuhi permintaan tenaga mahir pelaburan langsung asing.
Beliau berkata kerajaan komited membuka peluang TVET kepada semua pelajar dari seluruh negara termasuk program penghantaran pelajar ke China dalam bidang berkaitan teknologi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
Sumber: BERNAMA
The post Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas PRN Sabah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/26/ahmad-zahid-jangka-kerajaan-campuran-terbentuk-selepas-prn-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Ph Grs Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

Prn Sabah Ph Grs Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 188 hits
PRN Sabah PH GRS Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu KOTA KINABALU 29 Nov Pakatan Harapan mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan ...
Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid

Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 166 hits
Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid BAGAN DATUK 23 Nov Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di...
Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 173 hits
HarapandailyTun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil dengan menuduh kononnya wujud skandal yang berleluasa dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Bekas Perdana Menteri dua kali itu malah mendakwa bahawa pegawai dan kerajaan mengamalkan rasuah...
Jumlah Sudah Cukup Ph Bincang Dengan Grs Bentuk Kerajaan Sabah Fuziah Salleh

Jumlah Sudah Cukup Ph Bincang Dengan Grs Bentuk Kerajaan Sabah Fuziah Salleh

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 304 hits
Penantian rakyat Sabah akhirnya terjawab apabila PKR mengesahkan parti itu kini bekerjasama dengan GRS untuk bentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN Sabah ke 17 Bentuk Kerajaan Sabah GRS PH Menerusi sidang media yang dibuat Setiausaha Agu...
Kegagalan Besar Pn Di Prn Sabah

Kegagalan Besar Pn Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 151 hits
Mirza MohdLima tahun lalu kita percaya Perikatan Nasional kuat Kini semua retak sebab satu benda Orang ramai sibuk menuding jari kepada Pakatan Harapan Ruang komen bising penganalisis separuh masak berpusu pusu buat teori PH kena tsunami Ka...
Prn Sabah 2025 Siapa Yang Untung Siapa Yang Rugi

Prn Sabah 2025 Siapa Yang Untung Siapa Yang Rugi

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 309 hits
1 Akhirnya kita dah dapat keputusan dari Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Hajiji kekal menjadi Ketua Menteri untuk tempoh 5 tahun lagi 2 Walaupun tidak berjaya mendapat majoriti mudah namun Hajiji terselamat dari kehilangan peluang menjadi K...
Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 128 hits
Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah hari ini menegaskan pendirian mereka untuk menolak penyertaan Barisan Nasional dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan presiden mereka Hajiji Noor Pemuda Gagasan tekankan GRS amp rakan rakan
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia