Agong Dan Permaisuri Luangkan Masa Untuk Menyantuni Mangsa Banjir Di Daerah Pekan


 

PEKAN - Keceriaan jelas terpancar di raut wajah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Kampung Serambi, Pekan hari ini sejurus menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah turut kelihatan menyantuni penduduk kampung berkenaan dengan bertanya khabar.


Lebih istimewa Seri Paduka Berdua turut  meluangkan masa menemani penduduk berkenaan menikmati juadah tengah hari di pusat pemindahan yang menempatkan kira-kira 100 mangsa banjir itu.
Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas  bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.
Selain Kampung Serambi, baginda turut menyantuni mangsa banjir di Kampung Tanjong Medang, Kampung Acheh, Kampung Temai, Kampung Padang Rumbia, Kampung Pulau Rumput dan Kampung Paloh Hinai.
Sementara itu, Robiani Bakar,56, berkata kunjungan baginda sekeluarga menghilangkan rasa sedihnya yang kematian anak akibat kanser esofagus dua tahun lalu.
“Selepas kematian anak sulung saya, hari-hari tanpa gagal saya mesti ziarah kubur arwah, sampai menghidap pelbagai penyakit sehingga saya strok.
“Alhamdulillah, lega dan hilang rasa sedih, baginda berdua amat baik dan pesan supaya saya jaga kesihatan...saya amat tersentuh dan terharu, memang saya tak jangka baginda akan duduk dan berborak di meja kami,” katanya kepada Bernama.
Bagi Nur Aniza Md Jan,35, harapan beliau untuk bertemu baginda akhirnya menjadi kenyataan apabila dapat bersemuka dengan keluarga diraja itu secara nyata serta terharu dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah.
“Macam tak percaya selalu saya tengok baginda berdua di Facebook dan media sosial lain tapi hari ini ada depan mata saya, baginda sempat bertanya usia kandungan saya sekarang dan pesan supaya jaga diri dan anak baik-baik,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pada bulan depan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/agong-permaisuri-luangkan-masa-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lipat Lengan Baju Pegang Sudip Agong Amp Permaisuri Masak Buat Mangsa2 Banjir

Lipat Lengan Baju Pegang Sudip Agong Amp Permaisuri Masak Buat Mangsa2 Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 292 hits
Pastinya mangsa mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Orang Ramai Seri Damai Kuantan Pahang hari ini berasa terharu kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al...
Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 560 hits
BH ONLINE Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM Foto Istana Negara KUANTAN Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Video Baru Betul Lesen Agong Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung

Video Baru Betul Lesen Agong Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 439 hits
Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah telah berkenan mencemar duli menz...
Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri khususnya di Pahang Terengganu Kelantan Johor Perak dan Selangor Dalam kenyataan Istana Negara Sultan A...
Tok Empat Kampung Padang Rumbia Pekan Di Gesa Bertindak Adil Terhadap Mangsa Banjir

Tok Empat Kampung Padang Rumbia Pekan Di Gesa Bertindak Adil Terhadap Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 282 hits
PEKAN Penduduk kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir namun dinafikan hak mendapat bantuan dari Pusat Pemindahan Sementara merayu Ketua Kampung itu Haji Mohd Basari Abd Malik bertindak adil terhadap mereka Menurut salah seora...
Banjir Johor Catat 6 000 Mangsa 7 Daerah Terjejas

Banjir Johor Catat 6 000 Mangsa 7 Daerah Terjejas

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 581 hits
Oleh Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk di Kampung Kangkar Tebrau di Johor Bahru malam tadi berikutan air sungai melimpah membanjiri kampung berkenaan akibat hujan lebat Foto APM JOHOR BAHRU Mangsa banji...
Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 557 hits
KUANTAN Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 441 hits
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Temerloh yang masih dilanda banjir yang belum surut sepenuhnya KUANTAN Ibarat lautan teh tarik itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas Ban...
Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 475 hits
KUALA LUMPUR Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara Kampung Serambi Pekan hari ini Seri Pad...
Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Student Group Accuses Um Of Threatening Pro Palestine Activists

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

House Of Salai By Naddy Menyelami Aroma Salai Kenangan Rasa Kampung

Drama Bintang Di Langit Syawal

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Ais Krim Soda Sakura Rasa Masam Manis Yang Buat Hari Pun Ceria

Sekadar Bicara Ku Sekadar Perkongsian