Bangsat Sangatkah Bangsa Melayu Kelantan
PENGHINAAN DARIPADA GUAN ENG MEMBUATKAN MELAYU KELANTAN TERHINA. KITA  MEMANG DAPAT MERASAKAN KEHINAAN INI SEOLAH-OLAH MELAYU KELANTAN ADALAH BANGSA PENGEMIS.RASANYA GUAN ENG DARI DAP INI PERLU DIAJAR SECUKUPNYA !!!SEMENTARA ITU:Pembangkang desak Guan Eng minta maaf                 

Datuk Takiyuddin Hassan                                                       (Ubah saiz teks)                   
 KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mendesak Menteri Kewangan,   Lim Guan Eng menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri  Kelantan tidak ada duit untuk membayar gaji kakitangan awam.
 Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan Guan  Eng kononnya Kelantan tidak mempunyai duit untuk membayar gaji  kakitangan  ialah satu penghinaan kepada kerajaan negeri di bawah  pimpinan Pas itu.
 "Kami ahli parlimen pembangkang, dengan 'standing order' minta Menteri  Kewangan tarik balik perkataan ini kerana sebut kerajaan negeri  (Kelantan) tak ada duit bayar gaji kakitangan awam, ini satu penghinaan,  tak pernah berlaku dalam Malaysia ini.-Pak Karamu- Kenyataan Guan Eng terhadap Kerajaan Kelantan tidak benar
Nor Ainna Hamzah
22 Oktober 2018                                                        
AddThis Sharing Buttons                 

Annuar Musa                                                      
 (Ubah saiz teks)                  
 SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan  kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Kelantan tidak  mampu untuk membayar gaji kakitangan awam merupakan satu kenyataan  bersangka jahat di Parlimen.
 Annuar yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, kenyataan berkenaan  dengan jelas menuduh kerajaan Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji  kakitangan awam dan terpaksa dibantu kerajaan pusat.
 Menurutnya, kenyataan berkenaan adalah amat salah dan mampu mengelirukan Dewan Rakyat.
 “Kenyataan ini amat salah, tidak benar dan mengelirukan dewan (Dewan  Rakyat)… beliau patut dihadapkan ke jawatankuasa hak Parlimen,”  kongsinya menerusi catatan Twitter peribadinya, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Faktanya Kelantan memang tak mampu: Guan Eng ]
 Pagi tadi di Parlimen, Guan Eng menegaskan fakta itu berdasarkan  kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengungkit  bahawa kerajaan negeri tidak akan mampu membayar gaji penjawat awamnya  jika tidak kerana suntikan dana dari Putrajaya.
 Bagaimanapun, jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati ahli Parlimen pembangkang yang terus membuat kecoh.
 Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff kemudiannya  memberitahu Guan Eng telah memberi penjelasan dan mengarahkan sebarang  isu berbangkit diselesaikan di luar dewan.
 Susulan itu di luar dewan, ahli Parlimen pembangkang mendesak Guan Eng  menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak ada  duit untuk membayar gaji kakitangan.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2018/10/bangsat-sangatkah-bangsa-melayu-kelantan.html