Tanah Melayu Kereta Api 8576



Top 10 Safest Countries For Tourists And Travel - boredarticles.comhttps://boredarticles.com/travel/top-10-safest-countries-for-tourists-to-travel-to/?utm_source=taboolasafestgood&utm_medium=referral&utm_term=databilityindia-themalaysianreserveTop 10 Safest Countries For Tourists And Travel – BoredArticles.com
Pembinaan Jalan Kereta Api Di Kedah 20-12-2013 11:52 AM |Dilihat:6090| 
Persaingan kuasa-kuasa besar seperti Inggeris dan Perancis di kebanyakan negara Asia Tenggara berlaku begitu hebat pada akhir kurun ke-19. Persaingan ini adalah kerana wujudnya perlumbaan untuk mengaut kekayaan daripada sumber ekonomi yang terdapat di negara-negara Asia termasuk di Tanah Melayu. Kemasukan kuasa-kuasa besar ini telah memberi kesan terhadap penyediaan sistem jaringan perhubungan dan pengangkutan di Tanah Melayu. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa proses pembinaan jalan kereta api di Kedah adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan strategi dan memberi peluang mencari kekayaan bagi saudagar-saudagar yang terlibat dalam aktiviti perdagangan. 
Pada 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani. Perjanjian ini merupakan titik peralihan yang penting di Tanah Melayu. Ia melambangkan permulaan proses pemerintahan British di negeri-negeri Melayu. Bermula dengan campur tangan untuk menempatkan residen di Selangor, Pahang, Perak dan di Sungai Ujung, Negeri Sembilan lalu membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMS), British seterusnya berjaya menguasai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Sebelum sistem pengangkutan kereta api diperkenalkan di Kedah, kaedah perhubungan lebih tertumpu kepada penggunaan sungai sebagai jalan perhubungan. Manakala pengangkutan darat tidak efektif disebabkan kurangnya jaringan jalan raya. Oleh itu, Kerajaan Inggeris berpendapat bahawa perlu diwujudkan satu sistem perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik bagi menghubungkan Negeri-Negeri Melayu. 

Sejarah Awal 

Sejarah pembinaan jalan kereta api di Kedah sebenarnya mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Keunikan dan perbezaannya adalah disebabkan oleh campur tangan antara dua kuasa iaitu pemerintah Inggeris di Tanah Melayu dan Kerajaan Siam.

Oleh yang demikian, usaha untuk membina landasan keretapi yang pertama di Kedah berlaku agak lewat berbanding dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang. Menurut Salim Nabijan dalam tulisan beliau yang bertajuk "Sejarah Pembinaan Jalan Keretapi Negeri Kedah" , kelewatan ini disebabkan oleh faktor kelambatan Negeri Kedah bernaung di bawah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

Pada tahun 1907, Kerajaan Siam bercadang untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bangkok dengan Negeri Kedah. Untuk tujuan itu, Siam telah menawarkan konsesi pembinaan landasan tersebut kepada sebuah syarikat Jerman. Jalan kereta api ini menggunakan landasan yang berbeza dari yang digunakan oleh kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan usaha pembinaan akan dijalankan di bawah pengawasan jurutera-jurutera Jerman. Menurut Salim Nabijan, beliau menyatakan bahawa telah menjadi dasar bagi pihak Inggeris menolak sebarang campur tangan dari mana-mana agensi asing bagi memajukan sesuatu kawasan. Negeri Kedah yang ada ketika itu berada di bawah naungan Kerajaan Siam turut terlibat dengan polisi Inggeris tersebut dan polisi ini nyata memberi kesan terhadap proses pembinaan landasan-landasan kereta api di Negeri Kedah.

Melihat keadaan ini, pihak Inggeris telah sedaya upaya berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pihak Kerajaan Siam bagi menghalang pengaruh Jerman pada masa itu. Oleh yang demikian, termeterailah Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 yang telah menyebabkan Negeri-Negeri Melayu Utara iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan oleh Siam kepada pihak Inggeris di Tanah Melayu. 

Faktor-Faktor Pembinaan     

Menurut Chai Hon Chan di dalam bukunya, "The Development of British Malaya 1896-1909", beliau menyatakan bahawa motif utama pembinaan jalan-jalan kereta api adalah untuk memenuhi fungsi ekonomi di samping mempunyai motif lainnya seperti memenuhi fungsi politik dan pentadbiran.

Penyataan ini amat berasas memandangkan pada ketika itu potensi Tanah Melayu untuk menjadi sebuah negara pengeluar bijih timah dan getah utama dunia amat cerah. Pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, berlaku perkembangan yang agak menggalakkan dalam aktiviti pertanian, perlombongan bijih timah dan perdagangan di Negeri Kedah. Sektor pertanian misalnya telah menjadikan Kedah sebagai pengeksport beras yang utama pada ketika itu. Contonnya pada tahun 1889, Sultan Kedah telah memberi tahu kepada Swettenham bahawa pada tahun 1888, Kedah telah mengeksport sebanyak 7000 tan beras.

Sementara itu, dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang kebanyakannya didominasikan oleh orang Cina, berlaku peningkatan yang memberangsangkan di antara pedagang dari Pulau Pinang dengan Orang Melayu dan pedagang-pedagang Cina di Negeri Kedah. Namun begitu dalam tahun 1905, perkembangan ini telah menimbulkan beberapa masalah seperti penyeludupan dan masalah-masalah lain.

Oleh yang demikian, satu jaringan sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik dan efektif perlu dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak penjajah Inggeris juga amat menyedari bahawa eksploitasi terhadap perlombongan bijih timah dan perusahaan tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Oleh itu, niat penjajah untuk mengaut hasil bumi di Tanah Melayu akan dapat direalisasikan. 

Proses Pembinaan 

Sebenarnya usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di Negeri Kedah telah bermula pada penghujung bulan November 1893 di British Foreign Office di London. Mr. R.W. Perks yang mewakili "Malay Railway and Works Construction Company" telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray, Setiausaha Sulit Hal Ehwal Luar Kerajaan Inggeris. Hasilnya, Mr. Charles Dunlop telah diarah untuk mengambil konsesi yang diluluskan oleh Kerajaan Siam pada Mac 1891 untuk membina jalan kereta api sejauh 80 batu dari Singgora di bahagian Timur ke Kota Setar dan seterusnya dari Alor Setar ke Bukit Mertajam. Untuk tujuan itu, Mr. Charles telah menghubungi Pejabat di Kementerian Hal Ehwal Luar bagi mendapatkan bantuan kewangan. Namun, pada penghujung bulan Disember tahun 1893, Kerajaan Inggeris telah menetapkan keputusan bahawa bantuan kewangan yang dipohon tidak dapat dipenuhi.

Alasan yang diberikan ialah ahli Straits Legislative Pulau Pinang bercadang untuk membina sebuah pengkalan dan memerlukan wang untuk projek berkenaan. Cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim muncul lagi pada 15 Julai 1904 apabila Putera Devawongse, Menteri Luar Kerajaan Siam menyatakan bahawa Siam akan membantu membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim tetapi dengan kadar perbelanjaan yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Namun rancangan tersebut gagal lagi disebabkan pihak Siam berhasrat untuk memajakkan projek pembinaan tersebut kepada pihak kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini berlaku setelah pihak Siam mengetahui bahawa kereta api di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk dan dikendalikan sendiri oleh kerajaan Inggeris sendiri. Akhirnya pada 3 November 1904, sebarang usaha untuk membincangkan perkara yang bersabit dengan cadangan pembinaan landasan keretapi Bukit Mertajam - Kulim ditangguhkan. Oleh itu, timbul persoalan sehingga ke hari ini iaitu mengapa landasan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim tidak dibina walaupun selepas perjanjian Inggeris - Siam 1909 sedangkan kawasan Selatan Kedah termasuk Kulim merupakan kawasan yang strategik dan kaya dari segi ekonomi.

Justeru, selepas perjanjian Inggeris - Siam pada tahun 1909 ditandatangani dan Kedah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada pihak Inggeris barulah Kerajaan Inggeris benar-benar berusaha untuk membina jalan kereta api di Kedah.

Persediaan serta penyelidikan pertama telah dilakukan dalam usaha untuk membina landasan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar pada penghujung 1911 dan di awal tahun 1912. Jumlah peruntukkan keseluruhan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bagi membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam hingga ke Alor Setar adalah seperti Rajah A-Perkara & Perbelanjaan.

Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api tersebut telah bermula pada penghujung tahun 1912. Pada tahun 1914, pihak pentadbir kereta api NNMB telah menyambung landasan kereta api di Alor Setar ke Negeri Perlis dan Padang Besar.

Landasan kereta api Bukit Mertajam - Alor Setar dibuka secara rasmi pada tahun 1915. Sementara landasan kereta api dari Alor Setar - Bukit Ketri di Negeri Perlis telah dibuka untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 15 Oktober 1917 dan landasan dari Bukit Ketri ke Padang Besar telah dibuka pada 1 Mac 1918. Kemudian landasan kereta api dari Padang Besar telah disambungkan dengan Negara Thailand dan dibuka pada 1 Julai 1918.

Terdapat sebanyak 27 buah stesen kereta api dan perhentian kecil atau "Halts" disepanjang jalan kereta api dari Bukit Mertajam sehingga ke Padang Besar. Jarak dan status operasi bagi setiap stesen tersebut bermula daripada stesen Bukit Mertajam adalah seperti Rajah B - Jarak & Status Operasi.
    
Bibliografi
Penghargaan
      
Rajah A - Perkara & Perbelanjaan
Rajah B - Jarak & Status Operasi Pengangkutan menggunakan kereta api yang diperkenalkan sejak awal kurun ke-20 telah membuka lembaran baru dalam sistem perhubungan di Kedah. Antara faedah serta kesan langsung daripada sistem perhubungan dan pengangkutan ini adalah:
Memudahkan perhubungan dan menjimatkan masa bagi sebarang urusan.Menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan menjadi alat pengangkutan kepada penduduk.Menjadikan bandar-bangar seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Gurun dan Bedong sebagai pusat perkhidmatan.Mengurangkan aktiviti penyeludupan dan kecurian semasa aktiviti perniagaan dan perdagangan dijalankan.Sesungguhnya, perkembangan di dalam sistem perhubungan dan pengangkutan kereta api di Negeri Kedah sejak ianya diperkenalkan telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan. Kini, walaupun sebahagian daripada perhentian yang disenaraikan sudah tidak lagi beroperasi, namun sumbangan kereta api sebagai salah satu sistem perhubungan dan pengangkutan di Kedah tidak boleh dinafikan. 
Peta Negeri Kedah: Laluan KTMB Persinggahan di Butterworth Penang dan ke Thailand via Padang Besar. Peta Rangkaian Sistem Kereta Api Tanah MelayuStesen Kereta Api Sungai Petani Stesen Kereta Api Sungai Petani masih lagi beroperasi memberikan perkhidmatan Stesen Kereta Api Bedong Keadaan terbiar di Stesen Kereta Api Bedong kerana tidak lagi beroperasi Stesen Kereta Api Gurun Bangunan lama Stesen Kereta Api Gurun Stesen Kereta Api Junun Stesen Kereta Api Junun hanya beroperasi sebagai persimpangan atau "crossing" sahaja Bangunan yang pernah menjadi Stesen Kereta Api Tokai pada suatu masa dahulu 




Pembinaan Jalan Kereta Api Di Kedah - Misteri & Sejarah - CARI Infonet
https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=6972
18 Jun 2011 Sejarah Keretapi Tanah Melayu 
Sejarah perkhidmatan keretapi di negara ini bermula sebagai pengangkutan bijih timah.  Menyedari tentang keperluan pengangkutan darat yang lebih cepat dan selesa ianya telah diperkembangkan lagi kepada perkhidmatan keretapi penumpang. 
Pada mulanya perkhidmatan keretapi beroperasi secara bersendirian bagi memudahkan perhubungan di negeri-negeri, kemudian dicantumkan menjadi sebuah syarikat dengan nama Federated Malay State Railway (FMSR) yang diterajui dan dikendalikan oleh orang-orang Inggeris. 
Sehinggalah pada hari ini 1 Oktober 1961, seorang anak tempatan telah diberikan kepercayaan oleh Inggeris dan dilantik sebagai Pengurus Umum Keretapi.  Beliau ialah Dato' Ahmad perang. Dato' Ahmad Perang telah memasuki perkhidmatan keretapi Malaya pada tahun 1957.  Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor. 
Pada tahun tersebut juga Almarhum Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau bertugas dengan Kerajaan Persekutuan.  Permintaan ini disambut baik oleh beliau dan telah dilantik sebagai Pengerusi RIDA.  Pada masa yang sama Dato' Ahmad Perang juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu iaitu antara tahun 1957-1959.  Seterusnya telah dilantik pula sebagai Pengurus Umum Keretapi   pada hari ini 1 Oktober 1961. Satu jawatan yang penting dalam organisasi itu.   Beliau menggantikan Tuan E.T. William yang berpindah ke jawatan lain. 
Sebelum ini pihak Inggeris tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan terutama untuk jawatan-jawatan yang tinggi dalam sesebuah organisasi.  Sikap mereka ini menunjukkan bahawa mereka tidak mahu memberi peluang dan menghalang anak tempatan dari membuktikan kebolehan mereka.  Jawatan yang disandang oleh Dato' Ahmad Perang adalah yang pertama kali diserahkan kepada orang-orang Melayu selepas 77 tahun sejarah perkhidmatan keretapi di Malaya. 
Pada tahun 1962, beliau telah diberikan kepercayaan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.   Tugas ini terus disandang sehingga tahun 1968.   Beliau kemudian bersara dari jawatan ini dan dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pada 1967.    Beliau kemudian dianugerahkan Pingat panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran `Tan Sri'. 
Kebolehan dan kecekapan Tan Sri Ahmad Perang dalam tugas-tugasnya telah memberikan keyakinan kepada Inggeris untuk melepaskan jawatan tinggi dalam perkhidmatan keretapi kepada anak tempatan.  Pihak Inggeris tidak ada pilihan lain selain dari menyerahkan kuasanya satu demi satu apabila kemerdekaan mula meresapi setiap jiwa anak negeri hingga akhirnya menyerahkan kemerdekaan sepenuhnya pada 31 Ogos 1957.  Selepas tarikh tersebut, mereka terpaksa mula melepaskan jawatan penting secara beransor-ansor kepada rakyat negara ini sehinggalah benar-benar bersedia menerima tugas-tugas ini serta adanya tokoh-tokoh tempatan yang berkebolehan menerimanya. 
selatanonline.net Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu1 Stesen keretapi Johor yag terletak di Kuala Sungai Sengget, keretapi menyeberang ke Singapura melalui Tambak Johor yang kelihatan di belakang Benarkah landasan keretapi pertama di Tanah Melayu dibina oleh British pada tahun 1885 antara Taiping dan Kuala Sepetang di Perak? Itulah yang selama ini tercatat dalam buku sejarah. 
Menurut Setiausaha Jumaah majlis Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli, Johor telah mempunyai landasan keretapi 16 tahun lebih awal daripada landasan keretapi Taiping-Port Weld. “Landasan keretapi pertama di Johor dibina pada tahun 1869 antara Johor Bahru dan Gunung Pulai.  Pada ketika itu, landasan keretapi itu adalah yang pertama dan mendahului negeri-negeri lain di Tanah Melayu”.
Menurutnya lagi, keberangkatan Maharaja Abu Bakar (Sultan Johor ketika itu) merasmikan projek berkenaan pada 21 Julai 1869 dan dilaporkan oleh akhbar The Straits Times keluaran 24 Julai 1869. Laporan akhbar itu sekaligus menyanggah fakta sejarah yang menyatakan bahawa landasan keretapi pertama di Tanah Melayu dibina oleh pihak British pada 1 Jun 1885 di Perak. Landasan sepanjang 32 km yang menghubungkan Johor Bahru dan Gunung Pulai itu dibina sepenuhnya daripada kayu. Malah pelapik dan kunci landasan juga diperbuat daripada kayu.2 Landasan keretapi, Johor Bahru 1973Pada waktu landasan itu dibina, Johor sememangnya kaya dengan khazanah kayu-kayan yang berharga. Sempena landasan yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu itu, pada ketika itu keretapi digelar keretapi kayu. Kerja pembinaannya dilaksanakan oleh pekerja Melayu dan Jawa.
Landasan keretapi itu dibina bermula dari Kampung Kereta Asap yang terletak berhadapan Istana Besar yang ada sekarang melalui sebuah perkampungan atas air yang terletak berhampiran Hospital Sultanah Aminah (ketika itu hospital belum wujud), Skudai dan berakhir di Gunung Pulai. Kampung yang dibina di atas air itu dihuni oleh orang Melayu. Apabila kerja pembinaan landasan hendak dimulakan, sebahagian penduduk dipindahkan ke kampong Tarom dan sebahagiannya ke Kampung Baru di Jalan Abdul Samad. Kedua-dua kampong ini masih wujud sehingga ke hari ini. Akan tetapi perkampungan di atas air dihadapan hospital sudah tidak wujud lagi.
Gunung Pulai dipilih berdasarkan wawasan ekonomi Maharaja Abu Bakar yang berpandangan bahawa kewujudan system pengangkutan seperti keretapi akan membolehkan pembukaan ladang gambir dan lada hitam di sepanjang laluan. Selain itu, Gunung Pulai terletak kira-kira 610 meter dari aras laut dan sesuai dijadikan pusat peranginan. Keretapi juga digunakan bagi membawa pelancong ke sana kerana pada ketika itu tiada jalanraya.  
Pembinaan landasan keretapi daripada kayu ini adalah untuk kegunaan pengangkutan penduduk Johor, selain dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan memajukan negei Johor. Lokomotif yang digunakan di atas landasan keretapi kayu itu dibeli dari London pada 1874. Kerja-kerja pembinaan landasan berterusan sehingga tahun 1874.
Pada tahun 1879,  Thomas Heshop Hill melaporkan dalam The Singapore Times bahawa kerja-kerja pembinaan dihentikan ekoran tragedi lokomotif tergelincir dari landasan ketika diadakan sesi percubaan. Salah satu sebab yang dikenalpasti ialah serangan anai-anai terhadap kayu landasan.
Namun, usaha Maharaja Abu Bakar tidak terhenti disitu. Pada tahun 1888, baginda mengemukakan idea membina satu lagi landasan keretapi yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa di Muar. Landasan sepanjang 18km itu Berjaya dibina pada tahun 1890 dan perkhidmatan keretapi itu diberi nama Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railway).3 Replika kepala keretapi kerajaan Muar yang pernah digunakan pada tahun 1890 kini dipamerkan di Tanjung Emas, Muar.Kali ini bagi mengelakkan kegagalan seperti landasan kayu diantara Johor Bahru dan Gunung Pulai berulang lagi, landasan berkenaan dibina menggunakan besi yang diimport dari London. Keretapi Kerajaan Muar beroperasi sehingga 1918 sahaja berikutan kerajaan sudah mula membina jalan-jalan raya di seluruh negeri.
Bagaimanapun keretapi kemudiannya menjadi pengangkutan utama di Tanah Melayu. Pada tahun 1924, mereka yang mahu ke Singapura tidak perlu menaiki feri tetapi boleh menggunakan perkhidmatan keretapi. Stesen Johor Bahru (ketika itu dikenali nama Kuala Sungai Sengget) terletak berhampiran tambak jalan masuk ke Singapura.
Selepas kejayaan Keretapi Kerajaan Muar, semua perkhidmatan keretapi di seluruh Negara ditadbir urus oleh negeri masing-masing sehinggalah British menjajah Tanah Melayu dan menggabungkan kesemua perkhidmatan keretapi di bawah nama satu organisasi iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu | Aman Imanhttp://amataman.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-pertama-di-tanah.html 
fmsr 08  
betul....  landasan keretapi yg pertama di tanah melayu di bina di johor, tapi tolok (gauge) yg digunakan adalah lebih kecil dari apa yg dibina dr taiping ke port weld ,mrk menggunakan tolok 1 meter atau 3' 3 3/8" (atau dalam bahasa tukang kayu - 3 kaki 3 inci dan 3 hun. 
Almarhum Sultan Abu Bakar amat meminati sistem keretapi yg terdapat di england, jenis keretapi yg pertama di guna ialah 'double fairlie' (sila rujuk keretapi wap yg terdapat di wales) dan menggunakan rel yg diperbuat daripada kayu. Tujuan utama pembinaan ialah membawa keluar hasil seperti gambir dan lada hitam. 
dari segi sejarah sememang nya negeri johor ialah negeri yg pertama yg membina landasan keretapi, tetapi kalau dari segi tolok (gauge) dan sistem keretapi yg lengkap, negeri perak merupakan negeri yg pertama. 
harap maklum, semua buku sejarah ketika itu ditulis oleh pengarang inggeris, dan sentiasa maklum suku bangsa yg menjajah ini akan menulis fakta yg berlainan dari apa yg berlaku.
Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu | Aman Imanhttp://amataman.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-pertama-di-tanah.html





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/11/tanah-melayu-kereta-api-8576.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Melayu 1874 8574

Tanah Melayu 1874 8574

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 859 hits
Sejarah 2 Perubahan Pentadbiran di Tanah Melayu Bincangkan perubahan pentadbiran yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1874 hingga tahun 1896 Sebelum tahun 1874 negeri negeri Melayu mengamalkan sistem beraja di mana raja mempunyai kuasa...
Rahsia Wanita Api Tanah Angin Air

Rahsia Wanita Api Tanah Angin Air

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 297 hits
WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus Virgo dan Capricon Seorang yang boleh dijangka berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material Semangat produktif dan gi...
Kesan Kepada Tanah Melayu Dengan Adanya Bangkok 1909 8575

Kesan Kepada Tanah Melayu Dengan Adanya Bangkok 1909 8575

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 395 hits
Anglo Siamese Treaty of 1909From Wikipedia the free encyclopedia Anglo Siamese Treaty of 1909 Bangkok TreatyContextTransfer of Tringganu Kedah and Perlis to the United Kingdom of Great Britain and Ireland Britain recognized Siamese sovereig...
3 Maut Dirempuh Kereta Api Di India

3 Maut Dirempuh Kereta Api Di India

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 348 hits
3 maut dirempuh kereta api di India Dikemas kini 15 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 29 Oct 2018 2 46PM middot
Jalur Kereta Api Cianjur Padalarang Ditarget Beroperasi Kembali Di Akhir 2019

Jalur Kereta Api Cianjur Padalarang Ditarget Beroperasi Kembali Di Akhir 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 231 hits
Reaktivasi jalur kereta api Cianjur Padalarang sangat penting untuk menciptakan koneksi dan kontinuitas transportasi kereta api dari Bogor ke Bandung
Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 805 hits
10 Disember 1947Bendera kebangsaan yang pertama dalam sejarah Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya termasuk di Singapura Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947 hampir semua bandar bandar dan pekan ...
Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 859 hits
Tanah rizab Melayu antara salah satu perkara yang sangat sensitif dan jarang jarang disebut dalam mana mana laporan berita Mengikut wasiat ditulis oleh Raja Raja Melayu salah satu daripada 7 perkara yang disebut adalah mengenai tanah rizab ...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Jim Parsons Mayim Bialik Kembali Sebagai Sheldon Amy Dalam Gambar Siri Finale Young Sheldon