Tanah Melayu 1874 8574



[Sejarah 2] - Perubahan Pentadbiran di Tanah Melayu (1874 - 1896) Bincangkan perubahan pentadbiran  yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1874 hingga tahun 1896.  
Sebelum tahun 1874, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem beraja di mana raja mempunyai kuasa ke atas negerinya.  Baginda dibantu oleh barisan pembesar daerah.  Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen (1874) dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896). 
Sistem Residen mula diperkenalkan di negeri Perak pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.  Sistem Residen kemudiannya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain.  Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak lansung.   Mengikut sistem ini, Sultan akan memerintah negerinya mengikut nasihat Residen British.  Sistem Residen dilaksanakan tanpa panduan daripada gabenor atau pihak British.  Residen memerintah mengikut budi bicara masing-masing. 
Residen mengugat kuasa Sultan dan pembesar Melayu.  Residen menguasai pentadbiran dan ini menyebabkan Sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa kerana Residen yang menjalankan semua urusan pentadbiran negeri. 
Residen menasihati Sultan dalam semua perkara pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu.  Akan tetapi, nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan.

Residen  telah melampaui batas batas yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.   Contohnya JWW Birch telah melarang amalan perhambaan.  Ini telah dianggap melampaui bidang kuasa mereka kerana bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupaka adapt turun-temurun dalam masyarakat Melayu tradisional.  Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai yang selama ini dijalankan oleh sultan dan pembesar Melayu.  Pemungutan cukai juga merupakan adat dalam masyarakat Melayu tradisional.  Pungutan cukai ini telah diambil alih oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

Sistem Residen mempunyai kelemahan kerana setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan tugas mereka.  Residen terlalu berkuasa di negeri-negeri Melayu.  Gabenor Negeri-negeri Selat tidak dapat mengawal kuasa Residen.  Pentadbiran setiap negeri juga tidak teratur dan seragam. 
Pembangunan juga tidak seimbang.

Kelemahan Sistem Residen menyebabkan negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan akhirnya disatukan di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Persekutan yang ditubuhkan pada tahun 1896 kerana kelemahan sistem Residen.  Akibatnya setiap negeri berkembang mengikut dasar yang ditetapkan oleh Residen mereka.  Dengan adanya gabungan negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam Persekutuan tersebut, diharapkan bahawa sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara negeri-negeri Melayu dapat dimajukan.

Persekutuan juga akan dapat mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.  Ini akan menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doctor.

Masalah kewangan Pahang merupakan salah satu sebab  pembentukan Persekutuan 1896.  British telah campur tangan di Pahang pada 1888 dengan tanggapan bahawa Pahang mempunyai potensi ekonomi yang baik.  Pada tahun 1890-an, Pahang mengalami masalah kewangan yang teruk.  Menjelang akhir tahun 1891, hutang Pahang dengan Negeri-negeri Selat adalah kira-kira $6 juta.  Malah ini diberatkan lagi dengan kebangkitan Pahang pada tahun 1890-1895.  Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak berupaya membantu Pahang lagi.  British dalam keadaan serba salah, sama ada mahu berundur dari Pahang ataupun cuba menyelesaikan masalah kewangan Pahang itu.  British sangat mementingkan imej dan maruah di mata dunia.  Sekiranya, British berundur dari Pahang, ini akan menjatuhkan maruahnya.

C.P. Lucas telah mencadangkan pembentukan persekutuan untuk menyelesaikan masalah Pahang ini.  Diharapkan bahawa negeri yang kaya akan membantu negeri yang miskin.  Persekutuan juga akan dapat menyeragamkan sistem pentadbiran di negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan.  Negeri-negeri Melayu dibentuk pada 1896, Raja Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan bersetuju menerima seorang pegawai British yang digelar Residen Jeneral.  Beliau bertanggungjawab kepada Gabernor Negeri-Negeri Selat yang digelar Persuruhjaya Tinggi.

Raja-raja Melayu mesti mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang menyentuh adat istiadat dan agama Islam.  Melalui Persekutuan 1896, kuasa pentadbiran dalam tangan Residen Jeneral.  Beliau berkuasa dalam semua urusan kewangan dan cukai eksport.

Kerajaan Pusat telah membentuk banyak jabatan yang diketuai oleh pegawai British.  Ini telah menambahkan bilangan pegawai British.  Kuasa Sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.  Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kuasa Residen Jeneral.  British telah menubuhkan Durbar untuk mengatasi masalah ini.  Dalam Durbar Kedua, Sultan Idris telah mengkritik pemusatan kuasa yangada dalam tangan Residen Jeneral.  Dengan ini, British telah memikirkan supaya pengagihan kuasa pusat dilaksanakan.

Kesimpulannya, British menubuhkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.  Sultan Melayu di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah kehilangan kuasa pada Residen British.  Malah apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk pada tahun 1896, kuasa sultan semakin hilang.  Ini disebabkan kuasa mereka telah diambil alih oleh Residen Jeneral.
[Sejarah 2] - Perubahan Pentadbiran di Tanah Melayu (1874 - 1896) | Persatuan Pelajar Tingkatan Enam [SMK Ketereh]http://peptensmkk.blogspot.com/2012/09/sejarah-2-perubahan-pentadbiran-di.html
Sistem Ekonomi Di Tanah Melayu Sebelum 1874 
Huraikan Sistem Ekonomi Yang Diamalkan Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British Pada Tahun 1874.Pengenalan :Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri.Ekonomi sara diri bermaksud melakukan pelbagai kegiatan ekonomi secara kecil- kecilan untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Sekiranya ada lebihan, barulah dijual atau aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dihasilkan sendiri boleh dijalankan.Kegiatan terpenting ialah pertanian.Di samping itu, terdapat juga kegiatan perikanan, berburu, penternakan, mengutip hasil hutan dan pertukangan.Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti pertanian dagangan, perlombongan dan perdagangan.Isi-isi :Ekonomi Sara DiriPertanian :Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau t anah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditan am dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak.Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah Perlis,Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke-19.Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan.Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankansistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentuSelain itu, terdapat juga tanaman lain seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung,tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat danlain-lain. Terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian.Perikanan :Merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut,sungai dan tasik dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu,lukah,serkap,jala dan kelong.Di Pantai Timur kegiatan perikanan antara bulan Mac dan Oktober. Musim Tengkujuh pula tangkapan tertumpu di sawah padi dan tasik.Jika ada lebihan tangkapan dihasilkan pula makanan seperti belacan, cencaluk, budu,keropok dan ikan kering.Berburu :Kegiatan memburu binatang untuk mendapatkan sumber makanan juga dijalankan seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.Kegiatan menjerat gajah dilakukan untuk dijadikan binatang pengangkutan terutamanya di Pahang.Ternakan :Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan disamping kegiatan pertanian.Binatang ternakan juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.Memungut Hasil Hutan :Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”.Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.Pertukangan :Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain dan menghasilkan kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pe rtukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata.Di samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga dari pada tanah. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh.Ekonomi KomersialPertanian Dagangan :Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian dagangan.Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina t elah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan diSingapura dan EropahDi Seberang Prai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.Perlombongan :Pada peringkat awal aktiviti perlombongan dijalankan secara kecil-kecilan. Pembesar-pembesar Melayu berperanan sebagai pengeluar modal seperti Long Jaafar dan NgahIbrahim di Perak.Bijih timah,bijih besi dan emas merupakan hasil perlombongan yang terdapat di TanahMelayu. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke- 19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-anDi Selangor, kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dari Kesultanan Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. Ia dieksport ke luar pada tahun 1859Di Negeri Sembilan pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan aabad ke- 19 dibawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya MelakaLombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-anDi Pahang,kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar negeri-negeri Selat Perdagangan.Kegiatan ini dilakukan oleh rakyat,pembesar dan golonganbangsawan. Orang Melayu mula terlibat dengan perdagangan antarabangsa dengan adanya pelabuhan seperti Melaka,Pulau Pinang,Kedah dan Johor lama. Contohnya di Terengganu kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina Terengganu sudah pun mempunyai seorang kapitan Cina. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas,bijih timah,kopi,pinang,rotan dan damar.Barangan lain yang dibeli ialah tembikar,candu dan kain dari pedagang Cina,Arab dan India.Pahang mengeksport bijih timah dan kapur barus serta mengimport sutera dan kain dari Jawa.Johor mengeksport gading gajah,tanduk badak ,bijih timah dan pinang kering.Kaum wanita di Kelantan berniaga di pasar-pasar pada abad ke-19 hingga sekarang.Penggunaan mata wang melancarkan jual beli dan perdagangan.Perhutanan :Kegiatan perhutanan yang dijalankan oleh masyarakat Tanah Melayu ialah mencari rotan, getah perca dan pembalakan.Kesimpulan :Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada pertanian dagangan, perlombongan dan perdaganganTanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanammodal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan.
Sistem Ekonomi Di Tanah Melayu Sebelum 1874 | Weblog Cikgu Jumali
https://fastnote.wordpress.com/sistem-ekonomi-di-tanah-melayu-sebelum-1874/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/11/tanah-melayu-1874-8574.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buruh Import Berketurunan Jawa Ke Tanah Melayu

Buruh Import Berketurunan Jawa Ke Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1022 hits
Selain dari mengimport tenaga buruh dari negara India dan China syarikat syarikat milik kapitalis Inggeris yang banyak membuka ladang getah dan lombong bijih timah di Malaya sejak awal abad ke 19 turut mengambil buruh dari kepulauan Jawa Ga...
Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 849 hits
Tanah rizab Melayu antara salah satu perkara yang sangat sensitif dan jarang jarang disebut dalam mana mana laporan berita Mengikut wasiat ditulis oleh Raja Raja Melayu salah satu daripada 7 perkara yang disebut adalah mengenai tanah rizab ...
Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 623 hits
Orang orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegem...
Kesan Kepada Tanah Melayu Dengan Adanya Bangkok 1909 8575

Kesan Kepada Tanah Melayu Dengan Adanya Bangkok 1909 8575

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 392 hits
Anglo Siamese Treaty of 1909From Wikipedia the free encyclopedia Anglo Siamese Treaty of 1909 Bangkok TreatyContextTransfer of Tringganu Kedah and Perlis to the United Kingdom of Great Britain and Ireland Britain recognized Siamese sovereig...
Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 800 hits
10 Disember 1947Bendera kebangsaan yang pertama dalam sejarah Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya termasuk di Singapura Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947 hampir semua bandar bandar dan pekan ...
Tanah Melayu Kereta Api 8576

Tanah Melayu Kereta Api 8576

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 944 hits
Top 10 Safest Countries For Tourists And Travel boredarticles comutm source taboolasafestgood utm medium referral utm term databilityindia themalaysianreservePembinaan Jalan Kereta Api Di Kedah 20 12 2013 11 52 AM Dilihat 6090 Persaingan ku...
London Ke Arah Islam Melayu Ketum Jilat Liberalisme

London Ke Arah Islam Melayu Ketum Jilat Liberalisme

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 325 hits
London kini menuju ke arah bandar Islam dengan beratus ratus mahkamah syariah rasmi yang telah mula beroperasi di ibu negara dan terdapat masjid masjid yang dibuka di tapak gereja gereja terkenal yang telah wujud selama beratus ratus tahun ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte