Bangkitlah Tiada Formula Mudah Berjaya Pesan Juruterbang Kepada Anak Anak Keluarga B40


 
Juruterbang, Ezairol Rezan Zainol, 43, mahu kepada mereka yang sedang “jatuh” untuk kembali bangkit dan sentiasa positif meneruskan kehidupan.RAWANG: Ezairol Rezan Zainol masih sebak mengenangkan kesusahan hidup keluarganya, bertahun-tahun selepas beliau sudah mencapai cita-cita menjadi seorang juruterbang.
Lelaki berusia 43 tahun itu berkata, keluarganya begitu susah sehinggakan terpaksa mengumpul wang kocek walaupun hanya ingin menikmati nasi lemak.
“Masa di sekolah, saya jarang makan di kantin sekolah sebab wang cukup-cukup untuk beli kuih dan tambang bas. Kalau teringin nak beli nasi lemak atau mi kari itu, terpaksa kumpul duit sekolah dua hari baru cukup,” katanya kepada FMT.
Ezairol membesar dalam keluarga B40. Berasal dari Yong Peng, Johor, anak sulung daripada enam adik-beradik itu berkata, bapanya, seorang bekas askar mencari rezeki dengan menanam sayur dan ibunya mengambil upah menjahit baju.
Sambil membantu ayah, Ezairol ketika membesar menjual pisang goreng demi membantu keluarga.
“Kalau kita miskin dan tidak punya apa-apa, orang takkan pandang mahu pun hormat pada kita. Malah, akan ada yang menghina kerana kau golongan B40 yang tidak punya apa-apa,” katanya.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, walaupun hidup susah, dia sama sekali tidak melupakan pelajaran.
Ezairol tekad berusaha sehabis mungkin dalam bidang pelajaran dengan harapan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.
“Tiada jalan mudah atau ‘formula’ bagi orang daripada keluarga susah. Jika anda sedang belajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh. Jika anda sedang bekerja atau berniaga, buatlah betul-betul,” katanya.
Katanya, masih segar dalam ingatannya apabila mengenangkan ibunya mengeluarkan simpanan, wang upah menjahit yang diselitkan pada bantal, semata-mata bagi membiayai pelajaran ke menara gading di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).
Ezairol berkata, ketika di UTMKL, dia mengambil bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan ketika itu memerlukan RM1,000 untuk mendaftar di pusat pengajian berkenaan.
Katanya, impian ibunya hanya satu, iaitu ingin membuktikan anaknya juga boleh berjaya seperti orang lain.
Selepas melanjutkan pelajaran ke universiti, dia diterima masuk dalam polis sebagai pegawai berpangkat inspektor.
Ezairol Rezan Zainol ketika berkhidmat dalam pasukan polis.Ketika menjawat sebagai pegawai polis pula, dia berjaya melepasi ujian pemilihan bagi pengambilan juruterbang baharu polis.
“Masa dalam polis dulu saya bawa Pilatus Porter PC6 B2H4, Cessna Caravan 208, Cessna 172 dan Beechcraft King Air B300,” katanya.
Menurutnya, cita-citanya adalah menjadi seorang juruterbang dan pada usia 40 tahun, dia mengambil keputusan berhenti sebagai juruterbang polis dan bertugas sebagai juruterbang di syarikat swasta Raya Airways.
Pada masa sama, dia sempat menasihatkan anak-anak yang berasal daripada keluarga susah bahawa tiada formula untuk berjaya.
“Bangkitlah dari kejatuhan. Bangkit kembali dengan lebih kuat. Anda mampu jadi jauh lebih baik dari apa yang anda fikirkan. Hanya diri kita sendiri yang boleh menolong kita dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/bangkitlah-tiada-formula-mudah-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Mudah Anak Dengar Cakap Berjaya Rajinlah Suap Anak Makan

Rahsia Mudah Anak Dengar Cakap Berjaya Rajinlah Suap Anak Makan

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 199 hits
Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian Berbeza dengan ibu yang bekerjaya Memang pe...
6 Potret Keseruan Keluarga Desta Liburan Di Bali Bareng Anak Anak

6 Potret Keseruan Keluarga Desta Liburan Di Bali Bareng Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 192 hits
Desta sedang menikmati kehidupan rumah tangganya dengan Natasha Rizki Pasangan yang menikah pada 2013 ini telah dikaruniai tiga orang anak yakni Megumi Arrawda Sachi Miguel Arrawsya Janied Miskha Arrawfa Najma Terbaru Desta menghabiskan mom...
Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah Rm150 Rm1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 L Semak Status Anda Segera

Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah Rm150 Rm1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 L Semak Status Anda Segera

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 325 hits
Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150 RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 l Semak Status Anda Segera Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM150 RM1000 kepada seluruh keluarga rakyat Malaysia Melalui Jabatan Kebajikan Masy...
Lelaki Lanjut Usia Beria Set Up Meja Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Seorang Netizen Syak Ahli Keluarga Hilang Serentak

Lelaki Lanjut Usia Beria Set Up Meja Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Seorang Netizen Syak Ahli Keluarga Hilang Serentak

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 456 hits
Lelaki lanjut usia beria set up meja pesan 8 set makanan tapi makan seorang Netizen syak ahli keluarga hilang serentakJumaat 29 April 2022 5 00 AMOleh WAIS QORNI AZIZANLelaki ini dikatakan sering berkunjung ke kedai sama hampir setiap mingg...
Baru Berusia 14 Tahun Anak Kelahiran Selangor Berjaya Tawan Abc Ada Misi Lebih Besar

Baru Berusia 14 Tahun Anak Kelahiran Selangor Berjaya Tawan Abc Ada Misi Lebih Besar

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 246 hits
PADA usia 14 tahun Kalirra Isis Athelage Don berjaya mencapai impian yang dicemburui oleh ramai pendaki Bulan lalu Kalirra berjaya menakluk Kem Pangkalan Annapurna di Nepal salah satu destinasi paling popular di Himalaya Anak kelahiran Puch...
Investigasi 3 Anak Meninggal Akibat Hepatitis Tak Ada Keluarga Kena Demam Kuning

Investigasi 3 Anak Meninggal Akibat Hepatitis Tak Ada Keluarga Kena Demam Kuning

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 188 hits
Sementara itu dia menjelaskan dari hasil kontak investigasi dari keluarga ketiga anak tersebut tidak ada yang terinfeksi demam kuning
Nak Mudah Jaga Anak Hfmd Ini Panduan Pemakanan Cara Mudah Untuk Mak Ayah Senang

Nak Mudah Jaga Anak Hfmd Ini Panduan Pemakanan Cara Mudah Untuk Mak Ayah Senang

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 244 hits
Kes kenaikan jangkitan Penyakit Kaki Tangan Mulut yang melanda kanak kanak kebelakangan ini dilihat semakin membimbangkan Lebih buruk lagi sambutan hari raya yang baru berlalu tambah menularkan jangkitan Jika anak anak kita terkena jangkita...
Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 200 hits
Ada yang tanya bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak Sebaik baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa apa gay...
Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 193 hits
Dalam fasa kanak kanak nak membesar setahun sakit beberapa kali itu biasa Ini kerana sistem imun anak masih belum matang dan anak lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang ramai ...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya