Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terjejas Pandemik
Program Percuma Dr Azizan, Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital
Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19 yang masih hangat sehingga kini, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini. Pelbagai sektor penting negara menghadapi cabaran dan masalah yang menyebabkan perubahan keadaan ekonomi semasa. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dan juga penutupan sebahagian ekonomi sebagai langkah mengekang penularan wabak, sedikit sebanyak membuatkan sebilangan perniagaan merudum terutamanya industri dan peniaga kecil. Akibatnya, sehingga ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan dengan situasi getir ini. Disebabkan ini, terbitnya program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 anjuran Dr Azizan bantu usahawan terjejas pandemik. Yang menariknya, ia adalah PERCUMA
Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0
Seperti yang telah diperkatakan oleh Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd, pihak RichWorks sangat memahami kesukaran yang dialami ini. Oleh sebab itu, ramai usahawan yang berhubungan dengan mereka di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka. Tambahnya lagi, meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika musim pandemik ini.
Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran Nombor 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman mahu mengadakan program khas buat pertama kali iaitu Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini. Daripada perniagaan secara tradisional seperti kebiasaannya, apa kata buat sedikit perubahan dengan mula mempelajari seterusnya menguasai bisnes online dan pemasaran digital.
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenali nama Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan? Apabila sebut sahaja nama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran Nombor 1 Asia ini, pasti teringat tentang pelbagai seminar bersama RichWorks yang dibuat untuk para usahawan. Sudah pasti banyak ilmu penting berkaitan dicurahkan.
Jom Bangkit Bisnes Dari Krisis!
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini, ada usahawan yang melihat waktu ini adalah peluang untuk mereka boleh menjana pendapatan. Namun, ada juga yang terputus modal akibat perniagaan dihentikan dalam tempoh PKP sehingga tidak dapat diteruskan. Kerana hal inilah pentingnya usahawan dan juga peniaga mempunyai ilmu yang sepatutnya supaya masalah seperti ini dapat diatasi.
Ketika krisis ini juga, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan pandemik COVID-19. Sebagai contoh, ramai orang mula membeli-belah secara online, penggunaan platform e-dagang semakin meluas, bekerja dari rumah seperti menyediakan makanan dan lain-lain.
Apabila berada dalam keadaan negara dilanda wabak mengancam nyawa ini, tidak dinafikan kehidupan seharian kita turut berubah. Sekarang ini, mahu tidak mahu, kita perlu biasakan diri dengan norma baharu. Makna kata, perlu mengikut setiap peraturan semasa yang ditetapkan. Seharusnya kita perlu berfikir di luar kotak dan bertindak memperbaiki bisnes seiring waktu.
Seperti yang kita tahu, pandemik ini adalah masalah satu dunia, bukan hanya negara kita. Jika diikutkan sahaja masalah ini dan hanya menunggu keadaan semasa untuk kembali normal seperti dulu, mungkin sinar yang masih bersisa menjadi semakin malap. Apa yang perlu dibuat adalah bertindak segera dengan membuat persediaan dari sekarang untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita.
Oleh itu, para usahawan serta anggota masyarakat untuk amatlah disarankan untuk hadir ke program Bangkit yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah pun berjaya membantu ramai usahawan dengan lebih 800,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini
Apa yang Akan Dipelajari dalam Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0- Solusi Bisnes & Pemasaran Digital?
Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada para usahawan, peniaga kedai mahupun yang buat bisnes dari rumah 2021. Sudah tiba masanya untuk menuju digital dalam perniagaan supaya lebih maju ke hadapan.
Ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan kerana pelbagai ilmu penting yang bakal dipelajari oleh peserta dalam sesi Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital. Antaranya seperti:
1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik
2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital
3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang
4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang
6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.
Pendaftaran Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Adalah Percuma!
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Sempena 13 tahun RichWorks, mereka ingin menaja pembelajaran secara Virtual Online sepanjang pandemik dan PKP ini secara PERCUMA. Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital akan diadakan pada 27 Ogos hingga 29 Ogos ini. Pendaftaran segera amatlah dialu-alukan kerana ia terhad untuk 10,000 pendaftar yang pertama. Untuk keterangan lanjut tentang program ini dan mendaftar, anda boleh klik di sini.
Ini adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan. Sudahlah banyak perkara yang akan dipelajari, pendaftaran percuma lagi disediakan untuk anda. Ayuh bangkit kembali bersama RichWorks demi kelangsungan perniagaan ke arah digital. Jangan lupa untuk kongsikan perkara baik ini kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk menaikkan perniagaan kerana Richworks nak bantu ramai orang lagi.
Untuk keterangan lanjut tentang program ini, anda boleh layari laman web richworks.com/bangkit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2021/08/bangkit-bisnes-dari-krisis-anjuran-dr-azizan-bantu-usahawan-terjejas-pandemik.html