Wira Penguat Kuasa Tidak Di Dendang Bantu Banteras Aktiviti Penerokaan Tanah Haram




KUANTAN – Wira tak didendang. Inilah frasa tepat bagi merujuk peranan berkesan namun secara diam-diam ubi oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, dalam membanteras gejala penerokaan tanah secara haram di negeri ini.
Dan Pahang ialah satu-satunya negeri menubuhkan unit bersepadu ini, berupa gabungan keanggotaan beberapa jabatan dan agensi penguat kuasa negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri.
Berpedomankan ketegasan dan political will tinggi Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail susulan suasana sosiopolitik negeri yang mengizinkan; telah menjadi daya penggalak kepada UPNP menjayakan misinya.
Pedoman ini menurut Pengarah UPNP, Encik Ahmad Rizal Ali penting, membuat kesemua 164 pegawai penguat kuasa beliau berasa selesa dalam melaksanakan tugas mereka tanpa gentar atau memihak (fear nor favour).  
Apatah lagi apabila ada kesedaran awam tentang pengaruh besar UPNP lalu mampu melancarkan lagi operasi mereka. Encik Ahmad Rizal memberi contoh pada satu operasi hendak dijalankan, telah cuba dihalang oleh pihak berpengaruh di kawasan berkenaan.
REKOD KEJAYAAN/KEBERKESANAN UPNP
“Tapi, bila pegawai penguat kuasa kami sebut mereka dari UPNP, pihak terbabitpun  berlembut, mungkin tahu UPNP dapat sokongan kuat Menteri Besar yang terbukti konsisten tegasnya,” katanya.
Antara kejayaan utama UPNP ialah pada November 2019 di bawah Ops Gading di Cameron Highlands termasuk Sungai Ichat, membabitkan kawasan kira-kira 2,258 hektar atau bersamaan hampir 3,000 padang bolasepak yang daripadanya, 84 peratus berjaya diambil tindakan.
Hasilnya, Ops Gading – yang turut disertai jabatan dan agensi penguat kuasa lain; diiktiraf berjaya. Di Sungai Ichat sendiri, air sungainya yang tercemar teruk tahap 4 akibat gejala penerokaan tanah haram tersebut, telah pulih sepenuhnya sehingga tahap 1!
Dan sejak penubuhannya hujung tahun 2019, UPNP telah menjalankan pelbagai siri penguatkuasaan melibatkan kesalahan-kesalahan bukan sahaja di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, malah Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Enakmen Sumber Air 2007.
Bagi tahun 2021 sehingga 25 Oktober lepas sahajapun, 100 kes tangkapan dibuat. Ia juga berjaya melakukan operasi serbuan, rampasan, sitaan jentera/kenderaan dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perlombongan haram, pemindahan bahan batuan dan penerokaan Tanah Kerajaan.
LEBIH RM7 JUTA NILAI RAMPASAN/SITAAN
Rampasan dan sitaan ini meliputi 62 jengkaut, 49 lori, 15 lori hantu, tujuh (7) jentolak, masing-masing tiga (3) lori panjang dan backhoe, serta masing-masing satu (1) traktor dan kenderaan pacuan empat roda, kesemuanya bernilai RM7.36 juta.
Begitu juga yang membabitkan peralatan iaitu 18 pam pasir, 10 pam air, lapan (8) jenerator, dua (2) enjin air serta masing-masing satu pontoon, palong, dram (trommel) dan alat pengesan logam, kesemuanya pula bernilai RM180,500.
UPNP juga telah membuka 83 kertas siasatan membabitkan kesalahan di bawah KTN 1965, Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Enakmen Sumber Air 2007 yang daripadanya, 28 dalam tindakan, 23 menunggu izin untuk dikompaun, 17 ditawarkan kompaun dan tujuh (7) untuk lakukan pendakwaan.
Tahun 2021 ini sehingga 25 Oktober juga, ia mengeluarkan 25 tawaran kompaun bernilai RM948,000 yang daripadanya, telahpun menerima kutipan bayaran RM351,000.
Selain itu, UPNP juga berjaya melakukan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Raub pada 25 Oktober lepas bagi kesalahan di bawah Enakmen Sumber Air 2007 dengan denda RM70,000 dikenakan ke atas tertuduh yang mengaku bersalah. Dan ini julung kalinya pendakwaan dilakukan di bawah Enakmen Sumber Air 2007 sejak diwartakan.
GIACC SARANKAN PENUBUHAN UPNP
UPNP turut menjalankan operasi penguatkuasaan bersama-sama Jabatan Perhutanan Negeri bagi memusnahkan tanaman durian Musang King secara haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub seluas 101 hektar.
Menyingkap sejarah penubuhan, ia bermula dengan pertemuan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dengan delegasi Kerajaan Pahang diketuai SUK Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak. 
Pada pertemuan 26 April 2019 itu, Tan Sri Abu Kassim menyarankan Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah badan penguat kuasa bersepadu melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, demi membanteras gejala penerokaan tanah haram.
Dato’ Sri Dr Salehuddin menyahut saranan ini, lalu segera menganjurkan beberapa siri bengkel untuk memperhalusinya. Dalam masa sama, cadangan penubuhannya diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang meluluskannya pada mesyuarat 9 Oktober tahun sama.
Sejak itu, bergeraklah UPNP dengan bidang kuasanya meliputi usaha menangani 88 jenis kesalahan di bawah 10 Enakmen Negeri dan empat (4) Akta Persekutuan, serta melibatkan jabatan-jabatan berkepentingan – selain PTG dan Jabatan Perhutanan ialah Jabatan Perikanan, Badan Kawal Selia Air (BKSA) di Pejabat SUK Negeri, dan kesemua 11 Pejabat Daerah dan Tanah; serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
SETELAH DUA TAHUN UPNP, PASUKAN ELIT PULA DITUBUHKAN
Setelah dua (2) tahun berlalu, Dato’ Sri Wan Rosdy sendiri melihat ada keperluan menubuhkan apa yang dinamakan Pasukan Elit Penguatkuasa yang masih di bawah UPNP, tetapi dianalogikan seperti Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Peringkat awal ini, 20 orang dalam usia 35 tahun ke bawah, terpilih menganggotainya. Bagi memantapkan kemahiran mereka, latihan sebulan termasuk cara penggunaan senjata api diadakan di Kem Gerakan Am Bukit Galing, Kuantan yang tamat hujung bulan lepas (Oktober 2021).
Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasa ini adalah pelengkap, dan dijangkakan usaha risikan seterusnya pembanteraan gejala penerokaan tanah secara haram dapat digiatkan, sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri sangat serius dalam menangani isu ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/wira-penguat-kuasa-tak-di-dendang-bantu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri ...
Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 418 hits
Fareez AzmanAbdul Majid berkata pasukan itu akan mengambil tindakan tegas kepada mana mana pihak yang melanggar peraturan sepanjang proses berkenaan Gambar fail AYER KEROH Sebuah pasukan penguat kuasa bersepadu membabitkan polis Kementerian...
Terbukti Ambil Dadah Park Yoochun Kini Haram Terlibat Dalam Sebarang Aktiviti Di Industri Hiburan

Terbukti Ambil Dadah Park Yoochun Kini Haram Terlibat Dalam Sebarang Aktiviti Di Industri Hiburan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
Park Yoo chun bekas ahli TVXQ dan JYJ telah dilarang untuk muncul di televisyen dan meneruskan sebarang aktiviti dalam industri hiburan Terdahulu Park Yoo chun telah didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine bersama bekas teman wanitany...
Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terjejas Pandemik

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terjejas Pandemik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 303 hits
Program Percuma Dr Azizan Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital Sejak dunia dilanda pandemik COVID 19 yang masih hangat sehingga kini Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini Pelbagai sektor penting negara ...
Laluan Seksyen 43 9 Jalan Simpang Pulai Cameron Highland Ditutup Kerana Tanah Runtuh

Laluan Seksyen 43 9 Jalan Simpang Pulai Cameron Highland Ditutup Kerana Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 188 hits
Tanah runtuh dilaporkan berlaku di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands di sini petang tadi menyebabkan laluan itu di Seksyen 43 9 ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik bermula 9 malam ini Perkara itu disah...
Cecair Merah Di Tanah Perkuburan Bukan Darah

Cecair Merah Di Tanah Perkuburan Bukan Darah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Cecair yang mengalir seperti darah daripada Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang di sini dikenal pasti bukan darah namun siasatan masih dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan Ahli Majlis Bandaraya Seremban Datuk Ib...
Hukum Wanita Dalam Haid Ziarah Tanah Perkuburan

Hukum Wanita Dalam Haid Ziarah Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 217 hits
Setiap kali lebaran yang akan menjelang tiba salah satu amalan yang harus kita lakukan iaitu menziarahi tanah perkuburan sanak saudara kita yang telah meninggal dunia Namun bagi golongan wanita kadangkala ada sedikit kegusaran terutamanya k...
Cecair Merah Di Tanah Perkuburan Bukan Darah

Cecair Merah Di Tanah Perkuburan Bukan Darah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 181 hits
Cecair yang mengalir seperti darah daripada Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang di sini dikenal pasti bukan darah namun siasatan masih dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan Ahli Majlis Bandaraya Seremban Datuk Ib...
Milik Siapa Tanah Israel Sekarang

Milik Siapa Tanah Israel Sekarang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 271 hits
Aku ada satu benda nak share ngan korang berkenanan info pasai sikit sejarah yang tengah di olah semula oleh sebuah syarikat yang aku sendiri tak pasti tapi bagi aku ada gunanya juga info yang diberi tapi jangan la percaya atau ambik bulat ...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun