Main Permainan Online Plays Org Bantu Kurangkan Stress
Plays.org Bantu Kurangkan Stress
Setiap hari bekerja di rumah menghadap komputer, penat juga minda dibuatnya. Lebih-lebih lagi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 melanda. Nak keluar rumah untuk menghirup udara segar pun teragak-agak kerana mementingkan kesihatan dan keselamatan diri. Keluar pun hanya untuk perkara penting seperti membeli bekalan makanan atau bersenam di kawasan sekeliling rumah. Kadang-kadang, jika ada masa terluang seketika, layan juga main permainan online Plays.org bantu kurangkan stress
Pelajar sekolah dan universiti juga turut terkesan dengan PKP ini. Bukan mudah belajar secara online, pelajar perlu lebih fokus dengan pembelajaran dan dalam masa yang sama perlu menyesuaikan diri dengan suasana belajar di rumah. Tetapi tidak mengapa, apabila tamat waktu bekerja atau belajar, berehatlah sepuasnya. Kesihatan tubuh badan dan minda juga perlu dititikberatkan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menyelesaikan suatu tugasan. Sesuatu perkara perlu dilaksanakan dengan bijaksana. Masa untuk melakukan pelbagai aktiviti perlu dirancang dengan sebaiknya
Sepanjang tempoh PKP, ketika ini boleh dijadikan sebagai masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah boleh dirancang supaya ibu bapa dan anak-anak tidak bosan dan tertekan dalam keadaan ini setelah selesai belajar dan bekerja secara online. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti memasak, bergotong-royong membersihkan rumah, berkebun, bersenam, melakukan aktiviti seni, menonton filem dan lain-lain lagi
Bagaimana pula dengan bermain permainan di telefon pintar atau di komputer yang menjadi kegemaran ramai pada masa kini seperti PUBG, Mobile Legend dan sebagainya? Tidak menjadi masalah jika mahu bermain permainan sebegitu. Tapi harus diingatkan supaya berpada-pada bermain permainan tersebut terutamanya pelajar sekolah supaya tidak menjadi ketagih. Cukup sekadar mengisi masa terluang dan bermain dalam masa yang ditetapkan agar tetap fokus terhadap pembelajaran online di rumah
Permainan Video Online Plays.orgBercakap tentang permainan video, baru-baru ini Mai terjumpa dengan satu laman web yang menyediakan pelbagai permainan yang boleh dimainkan secara online dan percuma iaitu Plays.org. Percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan. Seronoknya! Siapa yang tidak suka dengan perkataan percuma bukan? Hanya buka laman web tersebut dan terus memilih permainan video yang disukai.
Selain itu, laman web Plays.org tidak menampilkan sebarang iklan yang mungkin merunsingkan pemain. Barulah seronok bermain tanpa gangguan! Lagi pula, semua permainan dalam koleksi mereka adalah permainan HTML percuma yang tidak dapat disekat yang boleh dimainkan secara langsung di pelayar web tanpa muat turun aplikasi. Jimat ruangan peyimpanan data dalam gajet kita kan. Ia juga tidak memerlukan kita untuk mendaftar atau membuat akaun untuk bermain sesuatu permainan
Apa yang menariknya lagi di Plays.org, mereka menawarkan beratus-ratus permainan percuma kepada para pemain untuk setiap genre. Lihat sahaja pada bahagian paling bawah laman web tersebut untuk melihat katalog permainan.. banyak kan? Rambang mata pula nak buat pilihan heee..
Apabila buka laman web ini, teringat pula permainan video yang Mai selalu main ketika zaman belajar dahulu seperti mesin pinball, Zuma, Chicken Invaders, Pac Man dan lain-lain lagi.. memang mengimbau kenangan. Walaupun ia permainan yang boleh dikatakan mudah tetapi mampu mengurangkan tekanan. Ia seperti mengembalikan semangat dan keseronokan kepada diri setelah seharian penat bekerja atau belajar. Jangan risau, permainan seperti perang-perang dan serang hendap pun ada di Plays.org hehe
Bagi Mai, rata-rata permainannya sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Di Plays.org, permainan video berasaskan pendidikan juga turut disediakan. Permainan sebegini secara tidak langsung membantu kemahiran berfikir pelajar seawal dari murid tadika. Antaranya seperti menyusun nombor dan huruf, melukis dan mewarna, menyelesaikan puzzle, penyelesaian soalan matematik, fizik, muzik, kuiz dan lain-lain lagi. Semua ini boleh dimainkan bersama anak-anak dan ibu bapa. Seronoknya dapat meluangkan masa bersama keluarga
Pelbagai permainan pendidikan yang lain ada di Plays.org
Dari segi paparan permainan video di Plays.org pula, Mai berpuas hati dengan paparannya yang licin dan lancar ketika bermain. Penggunaan warna yang sesuai juga menarik minat pengguna dari pelbagai peringkat umur. Bunyi pada setiap permainan juga bagus. Mai sendiri tertarik untuk mencuba bermain macam-macam permainan di situ. Laman web Plays.org juga responsive, ia akan mengikut saiz paparan dari sesuatu peranti. Ia boleh dimainkan di pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet dan juga komputer
Paparan di komputer
Paparan di telefon pintar
Secara keseluruhan, Mai suka dengan kandungan permainan video di Plays.org. Dengan wujudnya laman web permainan video online seperti ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan keceriaan seterusnya dapat mengurangkan tekanan minda, lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP ini. Kalau ada masa terluang, buka laman web ini dan bermain sepuasnya. Jom rancang pelbagai aktiviti menarik ketika PKP. Masa bersama keluarga yang ada pada masa ini, eloklah dimanfaatkan sebaiknya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2021/07/main-permainan-online-playsorg-bantu-kurangkan-stress.html