Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing Polis Tahan Tiga Lelaki


Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing, Polis Tahan Tiga Lelaki
MERSING, 16 Sept (Bernama) — Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, di sini pagi tadi.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor itu digerakkan hasil maklumat awam.
Komander FRU SAC Rosli Md Yusof berkata pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Perodua Alza menemukan seekor harimau belang mati (Panthera Tigris Jacksoni) selain beberapa barangan lain yang turut dirampas.
“Harimau belang ialah khazanah negara yang tidak ternilai. Kehilangannya akibat kerakusan manusia ialah pengkhianatan kepada warisan bangsa.
“Risikan FRU akan terus berada di barisan hadapan, berganding bahu dengan agensi sahabat untuk memastikan setiap khazanah negara dipertahankan. Kami beriltizam membanteras pemburuan haram tanpa kompromi demi kelestarian alam dan generasi akan datang,” katanya.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas seekor harimau belang yang sudah mati, sebuah kereta Perodua Alza dan empat telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM294,007.
Siasatan awal mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan serius dipercayai akibat jerat selain enam kesan tembakan di kepala yang menjadi punca kematian.
Kesemua suspek berumur 28 hingga 49 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Pegawai penyiasat kita sedang lakukan siasatan lanjut dan lengkapkan kertas siasatan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing, Polis Tahan Tiga Lelaki appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/16/bangkai-harimau-belang-dalam-kereta-di-mersing-polis-tahan-tiga-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Ibu Bapa 2 Beradik Lemas Kereta Gelongsor Masuk Sungai 3 Hours Ago

Polis Tahan Ibu Bapa 2 Beradik Lemas Kereta Gelongsor Masuk Sungai 3 Hours Ago

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4182 hits
FMT ReportersMereka ditahan selepas memberi keterangan meragukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Dalam kejadian semalam dua beradik terbabit ditemukan lemas manakala ibu dan bapanya terselamat selepas kereta yang berad...
Polis Tahan Lelaki Potong Kabel Di Sungai Tiram

Polis Tahan Lelaki Potong Kabel Di Sungai Tiram

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1878 hits
Polis Tahan Lelaki Potong Kabel Di Sungai Tiram JOHOR BAHRU 21 Sept Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memotong kabel di tepi jalan Sungai Tiram di sini semalam Pemangku Ketua Polis Daerah...
Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil

Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2315 hits
FMT ReportersPolis berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika upacara sembahyang sedang berjalan Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ketika upacara di kuil PETALING JAYA Polis menahan...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2666 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4187 hits
NURSYASYA NADHIRAH ZABIDITangkap layar klip video memaparkan anggota polis terpaksa mengeluarkan senjata api untuk memaksa pemandu kereta Proton Wira berhenti di Bandar Baru Kuala Nerus pada kelmarin KUALA NERUS Tindakan seorang pelajar tin...
Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2367 hits
Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan SEREMBAN 5 Sept Seorang lelaki dan wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor...
Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2137 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriTELUK INTAN Perebutan harta dikenal pasti sebagai motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam kereta yang pemandunya turut bertindak menembak dan menikam seorang anggota polis dalam kejadian pa...
Buat Ceramah Berunsur Hasutan Polis Tahan Chegu Bard

Buat Ceramah Berunsur Hasutan Polis Tahan Chegu Bard

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 772 hits
SITI NUR ZAWANISeptember 6 2025Polis Diraja Malaysia telah pun menahan seorang aktivis politik yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Chegu Bard malam tadi Ia susulan dakwaan pemimpin pembangkang itu menyampaikan satu ceramah berunsu...
Polis Tahan Penjenayah Selepas Kejar Hingga R R Behrang

Polis Tahan Penjenayah Selepas Kejar Hingga R R Behrang

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1916 hits
Polis tahan penjenayah selepas kejar hingga R R Behrang Foto tangkap layar BEHRANG Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Hentian Rawat dan Rehat di sini gempar susulan adegan sekumpulan anggota polis mengejar dan menahan penjenayah ...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Sambal Jawa

Webmail Server Notification

Bila Kawan Suka Meminjam Duit

Best Healthy Banana Recipes No Sugar No Oats

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord