Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan


Dua Kanak-Kanak Lemas: Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan
SEREMBAN, 5 Sept (Bernama) — Seorang lelaki dan wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki bapa kepada dua kanak-kanak itu dan wanita berumur 41 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada 8 malam tadi, selepas didapati memberi keterangan meragukan berhubung kejadian tersebut.
“Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 16 rekod lampau termasuk empat kes masih dikehendaki berkaitan tipu dan jenayah manakala wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Hasil saringan ujian air kencing kedua-duanya adalah negatif. Semakan ke atas kereta tersebut mendapati kenderaan itu pernah dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Alzafny meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi IPD Port Dickson di talian 06-6472222 atau Pegawai Penyiasat ASP Husairin Che Hussin di talian 012-9654927 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, Alzafny berkata pada 11.45 pagi semalam pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, Port Dickson dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak tersebut masing-masing berumur enam dan lapan tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor, dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin dilaporkan berkata kanak-kanak perempuan berjaya dinaikkan ke darat pada 1.24 tengah hari manakala kanak-kanak lelaki pula pada 1.47 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa dua kanak-kanak serta lelaki dan wanita itu sedang berehat sambil memancing di kawasan terbabit dan secara tiba-tiba kenderaan yang berada dalam keadaan parkir secara tiba-tiba menggelongsor jatuh ke dalam sungai.
Katanya ketika kejadian lelaki tersebut berada di luar kereta manakala mangsa berada di dalam kenderaan bersama seorang wanita namun dia berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berdekatan.
Sumber: Bernama
BACA: Kereta Tergelongsor Ke Dalam Sungai, Dua Beradik Maut BACA: Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul – Pakar Patologi The post Dua Kanak-Kanak Lemas: Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/05/dua-kanak-kanak-lemas-polis-tahan-lelaki-dan-wanita-beri-keterangan-meragukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Ibu Bapa 2 Beradik Lemas Kereta Gelongsor Masuk Sungai 3 Hours Ago

Polis Tahan Ibu Bapa 2 Beradik Lemas Kereta Gelongsor Masuk Sungai 3 Hours Ago

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4184 hits
FMT ReportersMereka ditahan selepas memberi keterangan meragukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Dalam kejadian semalam dua beradik terbabit ditemukan lemas manakala ibu dan bapanya terselamat selepas kereta yang berad...
Jheains Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama

Jheains Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 173 hits
JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama SEREMBAN 6 Sept Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sedang menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak kanak lemas selepas kende...
Kelantan Polis Buru Wanita Miliki Dua Ic Disyaki Dalang Sindiket Dadah Di Kelantan

Kelantan Polis Buru Wanita Miliki Dua Ic Disyaki Dalang Sindiket Dadah Di Kelantan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2348 hits
BernamaPolis Kelantan sedang mengesan seorang wanita dipercayai memilik dua kad pengenalan Malaysia dan Thailand susulan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire miliknya disita dalam operasi di Sungai Golok minggu lepas Ketua Polis Ke...
Polis Marin Rampas Dua Senjata Api Di Rumah Penyeludup

Polis Marin Rampas Dua Senjata Api Di Rumah Penyeludup

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1727 hits
Polis Marin rampas dua senjata api di rumah penyeludup Antara barang kawalan yang cuba diseludup ke negara jiran yang dirampas dalam serbuan PPM semalam Foto PPM KOTA KINABALU Pasukan Polis Marin Kudat merampas dua laras senjata api buatan ...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4010 hits
Kalbana Perimbanayagam dan Zahratulhayat Mat Arifam hmetro com myPolis menahan enam individu susulan penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan milik lelaki yang menikam dan menembak seorang anggota polis di Simpang Pulai awal pagi tadi ...
Polis Siasat Penyebaran Palsu Terkait Bangsa Wanita Di Media Sosial

Polis Siasat Penyebaran Palsu Terkait Bangsa Wanita Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3893 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar umum siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap berita tidak benar berkait kes wanita ditahan kerana menaiki pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 negeri Perak...
Polis Siasat Berita Tidak Benar Berhubung Bangsa Wanita Naik Pentas

Polis Siasat Berita Tidak Benar Berhubung Bangsa Wanita Naik Pentas

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1087 hits
Polis beri amaran tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pihak dengan sengaja buat atau sebar kenyataan tidak benar Pengarah JSJ M Kumar umum siasatan bawah Seksyen 505 KK terhadap berita tidak benar berkait kes wanita ditahan kerana menaik...
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4801 hits
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis IPOH 31 Ogos Polis menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan...
Ucapan Berbaur Hasutan Polis Buru Wanita

Ucapan Berbaur Hasutan Polis Buru Wanita

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1171 hits
Buletin TV3 nbsp TAWAU Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan ketika Himpunan Solidarity Justice For Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam kelmarin Ketua Polis Daerah Tawau ...
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn

Doa 19 Oktober 2025

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak