Banduan Cipta Lagu Penghormatan Buat Negara Dari Bilik Akhir Di Singapura
Ahmad Mustakim Zulkifli 
 Ini adalah lagu kedua yang  ditulis oleh Pannir Selvam Pranthaman, yang kini menunggu hukuman mati  akibat kesalahan mengedar dadah. 

Pemuzik dan penggubah lagu,  Saint T.F.C merakam suara bagi lagu Bukan Sekadar Hikayat yang ditulis  banduan akhir warga Malaysia, Pannir Selvam yang dipenjarakan di Penjara  Cangi, Singapura.      Seorang banduan Malaysia  yang menunggu hukuman mati di Singapura mencipta sebuah lagu sebagai  penghormatan kepada mereka yang berjuang dan berkorban untuk negara,  karya keduanya sejak dimasukkan ke penjara tujuh tahun lalu.
Ini merupakan lagu kedua ciptaan Pannir Selvam Pranthaman, seorang  banduan warga Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati pada 2017 kerana  membawa dadah ke republik itu.
Lagu pertamanya, “Arah Tuju” yang dinyanyikan Santesh Kumar, diterbitkan pada April lepas.
  Karya  terbarunya, “Bukan Sekadar Hikayat”, akan dinyanyikan oleh seorang  penyanyi rap India tempatan, Samson Thomas, atau lebih dikenali sebagai  Saint TFC.
Bercakap kepada MalaysiaNow, adik kepada Pannir, Angelia Pranthaman  berkata ia adalah caran abangnya untuk menunjukkan penghargaan kepada  negara walaupun berada di penjara dan menunggu hukuman mati.
“Sudah pasti kita akan dapat ‘arah tuju’ ke mana perjalanannya akan  pergi,” katanya menjelaskan kesinambungan dari lagu pertama itu.

Presiden  Sebaran Kasih, Angelia Pranthaman menerangkan pelancaran lagu Bukan  Sekadar Hikayat yang ditulis oleh Pannir Selvam yang dipenjarakan di  Penjara Cangi, Singapura sejak 2014, lagu tersebut akan dilancarkan pada  13 September 2021 di Facebook Sebaran Kasih.Angelia, yang merupakan presiden NGO Sebaran Kasih berkata Pannir menulis lirik “Bukan Sekadar Hikayat” pada 2019.
Katanya, mereka berhubung dengan Pannir melalui telefon dan e-mel,  dan dia meminta supaya Thomas menyumbang vokal untuk lagu itu,  mengatakan penyanyi itu memiliki “suara yang tepat” untuk memperjuangkan  isu tersebut.
Pannir dipenjarakan di Penjara Changi, Singapura kerana menyeludup  51.84g diamorphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi  negara itu.
  Pada 16 Mei 2019, penjara itu mengeluarkan notis pelaksanaan hukuman pada 24 Mei lalu.
Pannir memohon untuk menangguhkan pelaksanaan hukumannya dan Mahkamah  Rayuan republik itu membenarkan penangguhannya beberapa jam sebelum  dijadualkan menjalani hukumannya bagi membolehkannya mencabar keenganan  presiden Singapura untuk memberikan pengampunan.
Lagu pertama Pannir menceritakan penderitaan banduan akhir dan merayu pengampunan dan belas kasihan.
Angelia berkata “Arah Tuju” berjaya meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai masalah itu.
“Kami terima mesej dari ramai orang yang meminta kami teruskan usaha  yang baik ini, kami yakin ia akan bangkitkan kesedaran dan acara seperti  ini akan akhirnya menyebabkan hukuman mati dihapuskan di Malaysia,”  katanya dan menambah “Arah Tuju” akan menjadi penanda aras kepada “Bukan  Sekadar Hikayat” di Malaysia.
“Arah Tuju” setakat ini memperoleh lebih dari 27,000 tontonan di YouTube.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/banduan-cipta-lagu-penghormatan-buat.html