Banci 2020 Mesra Teknologi Tumpu Kawasan Capaian Internet Tinggi


PUTRAJAYA, 6 JULAI: Fasa pertama pelaksanaan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census bermula Selasa ini sehingga 30 September bersifat mesra teknologi dan bertepatan dengan keadaan semasa negara yang masih berdepan ancaman Covid-19.
Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kira-kira tiga juta isi rumah dipilih bagi mengisi bancian melalui e-Census, merangkumi mereka yang tinggal di kawasan ketersambungan tinggi dan mempunyai capaian internet, memandangkan kemudahan itu penting bagi mengisi maklumat.
“Banci dilakukan setiap 10 tahun jadi pastinya elemen yang berbeza daripada tahun 2010 ialah tahap literasi dan juga kesediaan rakyat Malaysia hendak menerima kaedah e-Census ini.
“Kawasan luar bandar kita akan fokus pada bulan Oktober nanti (fasa kedua secara bersemuka). Sebab itu kita tak boleh jalankan e-Census sepenuhnya.
“Ia tertumpu kepada kawasan yang ketersambungan tinggi seperti bandar dan luar bandar yang ada kemudahan internet,” katanya yang menjelaskan persediaan Banci 2020 termasuk e-Census sudah bermula seawal 2017 lagi.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di pejabatnya di Jabatan Perangkaan Malaysia di sini baru-baru ini sempena Hari Banci Malaysia yang akan dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Foto Facebook DOSM SelangorMohd Uzir yang juga Ketua Perangkawan berkata setelah mendapat kelulusan kerajaan pada 2017 bagi melaksanakan Banci 2020 dan memenuhi Akta Banci 1960 (disemak 1969), penyenaraian dan gerak kerja oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dilakukan di setiap negeri bagi mengemas kini senarai rumah di seluruh Malaysia, termasuk kawasan kediaman baharu.
Katanya, hasil daripada gerak kerja itu, sejumlah sembilan juta kediaman disenaraikan, termasuk tiga juta isi rumah yang akan mengisi maklumat bancian menerusi kaedah e-Census.
“Mereka (anggota DOSM) akan kemas kini atau dalam bahasa statistik dipanggil ‘listing’. Dan kita lihat juga kawasan perumahan baharu, sama ada akan siap pada 2020, tidak kira sama ada perumahan itu diduduki atau tidak.
“Jadi (untuk) perhubungan kita telah berjaya menyenaraikan lebih kurang sembilan juta rumah yang ada di Malaysia ini. Kita dah selesai, jadi bila kita laksanakan e-Census, senarai semua rumah itu sudah ada dalam sistem,” katanya.
Menyentuh mengenai cabaran pelaksanaan e-Census, Mohd Uzir menasihatkan penduduk yang terpilih mengisi maklumat secara dalam talian itu memanfaatkan tempoh tiga bulan yang diperuntukkan bagi mengisi borang berkenaan dengan jujur dan telus.
Katanya, mereka juga boleh menyimpan maklumat jawapan tanpa perlu menjawab kesemua 106 soalan secara terus pada satu-satu masa dan hanya menghantar borang bancian apabila sudah pasti dan selesai menjawab kesemua soalan.
“Kita minta supaya bila melaksanakan e-Census mereka tidak (mengisi soal selidik) pada saat akhir (kerana) akan ada kesesakan, sistem tergendala dan sebagainya. Apabila melaksanakan e-Census ini mungkin ada kekurangan contohnya sesetengah kawasan itu kepadatan tinggi, internet akan (menjadi) sedikit perlahanlah.
“Sebab itu kita beri masa panjang, tiga bulan. Bagusnya e-Census, kita boleh simpan dulu dan boleh kembali semula untuk sambung (mengisi borang). Bila dah puas hati, lega dan fikir ini adalah masa depan diri dan anak-anak barulah tekan ‘hantar’. Kita selalu ingatkan ‘data anda adalah masa depan kita’,” katanya.
Setiap isi rumah yang bakal mengisi e-Census akan menerima poskad yang disertakan nombor identiti masing-masing dan dikehendaki memasukkan nombor tersebut apabila mendaftar masuk e-Census.
Tarikh penghantaran poskad kepada isi rumah yang akan mengisi e-Census adalah pada Isnin ini hingga 24 Julai dan bagi mereka yang ingin memohon untuk mengisi e-Census dikehendaki membuat prapendaftaran bermula Isnin ini hingga 23 Sept.
“Dengan pandemik Covid-19, kita buat penyesuaian dengan memanjangkan tempoh e-Census sehingga 30 Sept, kemudian baru kita pergi (mengikut cara) konvensional iaitu (banci) bersemuka, dengan harapan semasa konvensional itu, pandemik yang berlaku ini dah semakin berkurangan, terkawal dan diatasi dengan baik,” katanya.
Pelaksanaan Banci 2020 yang melibatkan 32.7 juta penduduk Malaysia akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula Selasa ini hingga 30 Sept menerusi e-Census, manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Okt dengan kaedah temu ramah bersemuka.
Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Banci 1960 (pindaan 2006) sekiranya seseorang yang dibanci enggan menjawab dengan benar, memberikan jawapan palsu, menyerahkan pernyataan atau penyata palsu dan mengabaikan peraturan di bawah akta itu.
Sabit kesalahan di bawah akta berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/banci-2020-mesra-teknologi-tumpu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banci 2020 32 6 Juta Penduduk Malaysia Dibanci Bermula Selasa Ini

Banci 2020 32 6 Juta Penduduk Malaysia Dibanci Bermula Selasa Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 347 hits
Bernama Pembancian dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada hari bancian termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun ini Gambar hiasan KUALA LUMPUR P...
Permohonan Jawatan Penyelia Pembanci Sambilan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

Permohonan Jawatan Penyelia Pembanci Sambilan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 707 hits
PERMOHONAN JAWATAN PENYELIA PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020 CARA PERMOHONAN JAWATAN PENYELIA PEMBANCI SAMBILAN Permohonan jawatan boleh dilakukan secara online di portal MyCensus2020 CARA DAFTAR PERMOHONAN JAWAT...
Indeks Usd Kembali Ke Kawasan Penyatuan 09 Julai 2020

Indeks Usd Kembali Ke Kawasan Penyatuan 09 Julai 2020

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 245 hits
Pada carta 4 jam kita melihat Perbezaan antara USDX dan Stochastic Oscillator Terdapat titik perubahan yang berpotensi untuk USDX dan kawasan penyatuan sebelumnya Ini mungkin berlaku jika USDX tidak turun dan ditutup di bawah tahap 96 36 Th...
Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 454 hits
PUTRAJAYA 4 JULAI Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang bermula Selasa ini adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik Ketua ...
9 Daerah Dinilai Bawaslu Jateng Rawan Tinggi Pilkada 2020

9 Daerah Dinilai Bawaslu Jateng Rawan Tinggi Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 230 hits
Kategori kerawanan ini berdasarkan indeks kerawanan pemilu di 21 kabupaten kota jateng yang akan digelar pada Desember 2020
Banci 2020 Lebih 30 Peratus Penduduk Dijangka Guna E Census

Banci 2020 Lebih 30 Peratus Penduduk Dijangka Guna E Census

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 884 hits
PUTRAJAYA 7 JULAI Lebih 30 peratus penduduk Malaysia dijangka mengisi borang soal selidik secara dalam talian bagi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin Pada Banci 2020 kali ini ki...
Banci 2020 Ecensus Cara Daftar Log Masuk Jawab Soalan Selidik Online

Banci 2020 Ecensus Cara Daftar Log Masuk Jawab Soalan Selidik Online

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 885 hits
BANCI 2020 eCENSUS CARA DAFTAR LOG MASUK JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA ITU BANCI 2020 Jabatan Perangkaan akan mula melancarkan Banci 2020 bermula 7 7 2020 Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilak...
Apa Itu E Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020

Apa Itu E Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1522 hits
Disebabkan penularan wabak COVID 19 Fasa 1 Banci Penduduk Dan Perumahan 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan menggunakan mod pembancian e Census di mana cara pembancian ini tidak memerlukan proses bancian secara bersemuka dan ha...
Takwim Persekolahan Pindaan Penggal Persekolahan 2020

Takwim Persekolahan Pindaan Penggal Persekolahan 2020

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 1161 hits
Takwim Persekolahan Pindaan Penggal Persekolahan 2020 Takwim pindaan penggal persekolahan tahun 2020 boleh dimuat turun melalui pautan berikut terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung F...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda