Hentikan Sindiran Kami Bukan Makan Gaji Buta Kata Guru


 
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berkata, semua pihak harus menerima kenyataan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ialah satu-satunya pilihan dalam keadaan sekarang.KUALA LUMPUR: Selepas berterusan dituduh makan “gaji buta” semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), warga guru sekali lagi menggesa orang ramai menghentikan tohmahan itu dan mengiktiraf pengorbanan mereka untuk memastikan pelajar menerima pendidikan berkualiti di rumah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, warga pendidik mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih menarik.
“Ada guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik,” katanya.
Ini kali kedua sejak bulan lalu NUTP terkilan dengan persepsi orang ramai yang menganggap guru kurang bekerja dan makan gaji buta dalam tempoh PKP susulan penularan pandemik Covid-19.
Beliau berkata, sepanjang PdPR dilaksanakan, ramai guru sanggup berkorban demi memastikan murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, malah apabila kaedah itu dilaksanakan, hampir semua kos berkaitan ditanggung guru sendiri, terutamanya melibatkan utiliti.
Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Semua murid lain akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mulai 20 Jan.
Aminuddin mengakui pembelajaran secara bersemuka lebih memberikan impak dan mencapai objektif jika dibandingkan PdPR, namun semua pihak harus menerima kenyataan PdPR satu-satunya pilihan dalam keadaan sekarang.
“Kami anggap segala permasalahan sebagai cabaran dan guru-guru akan melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan dan kesesuaian murid. Dalam hal ini, proses pengajaran dan pembelajaran guru berasaskan keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada,” katanya.
Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya.
Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan dalam talian, luar talian dan “off-site”, sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.
Pada 20 Dis lepas, Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, sebanyak 2.699 juta sesi PdPR dilaksanakan membabitkan guru dan murid sekolah rendah serta menengah di bawah KPM di seluruh negara dari 17 hingga 30 Nov tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 64% merupakan PdPR dalam talian, 17% luar talian, manakala 19% gabungan kedua-dua kaedah tersebut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/aoRtAVAO-nM/hentikan-sindiran-kami-bukan-makan-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Makan Gaji Buta Tolong Hentikan Sendiran Nutp

Guru Makan Gaji Buta Tolong Hentikan Sendiran Nutp

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Selepas berterusan dituduh makan gaji buta semasa perintah kawalan pergerakan warga guru sekali lagi menggesa orang ramai menghentikan tohmahan itu dan mengiktiraf pengorbanan mereka untuk memastikan pelajar menerima pendidikan...
Nutp Guru Banyak Berkorban Henti Tohmah Makan Gaji Buta

Nutp Guru Banyak Berkorban Henti Tohmah Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 260 hits
Kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 17 Jan Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang ...
Pembelaan Adik Sultan Hb X Setelah Dipecat Dan Dituding Makan Gaji Buta

Pembelaan Adik Sultan Hb X Setelah Dipecat Dan Dituding Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 340 hits
Menanggapi tudingan makan gaji buta GBPH Yudhaningrat atau Gusti Yudho angkat bicara Gusti Yudho menegaskan sebutan makan gaji buta tidaklah sesuai dengan kenyataan
Keh Keh Sunnah Bersekongkol Dengan Kleptokrat Pengkhianat Dan Bagai Lagi Macamana Lebai Makan Gaji Buta Macamana Pulak

Keh Keh Sunnah Bersekongkol Dengan Kleptokrat Pengkhianat Dan Bagai Lagi Macamana Lebai Makan Gaji Buta Macamana Pulak

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 238 hits
Mereka yang menolak darurat lebih hayati sunnah Trump berbanding Rasulullah kata Abdul HadiPas menyatakan hukum Proklamasi Darurat seperti mana diperkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah adalah w...
Dalil Guna Nama Rasullullah Pulak Atau Adakah Makan Gaji Buta

Dalil Guna Nama Rasullullah Pulak Atau Adakah Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 302 hits
BON KELANANGPAPA nak beritahu la kepada sekalian walaun bahawasanya Nabi Muhammad xmakan gaji buta KOH KOH KOH PUNYA lobai
Makan Gaji Buta Pandai La Cakap

Makan Gaji Buta Pandai La Cakap

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 515 hits
Dah jadi jadi duta khas ke Timur Tengah gaji jalan penuh walau hanya duduk di rumah terpaksalah cakap macam ni Parlimen digantung tu apa kaitannya dengan Covid
Kata Roy Suryo Gelagat Risma Ingin Jadi Gubernur Jakarta Sudah Kelihatan Jelas

Kata Roy Suryo Gelagat Risma Ingin Jadi Gubernur Jakarta Sudah Kelihatan Jelas

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 286 hits
Keberadaan relawan Pasukan Tri Rismaharini yang menginginkan Menteri Sosial Tri Rismaharini menjadi Gubernur DKI Jakarta menjadi sinyal kuat bahwa Risma ingin jadi orang nomor satu di DKI Jakarta Demikian disampaikan mantan Menpora Roy Sury...
Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 326 hits
Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID 19 semakin mengganas dan politiking yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat demikian menurut pakar perlembagaan Mereka berp...
Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

Menteri Masih Dalam Kabinet Mahdzir Kata Umno Masih Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 358 hits
Mahdzir Khalid KUALA LUMPUR Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional pada ketika ini sebab masih ada menteri dalam Jemaah Menteri selepas tiga Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin Naib P...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025