Kesan Makan Ais Batu Sehingga Ketagih


Kesan makan ais batu sehingga ketagih.
Dalam 5 orang anak saya ni, anak nombor 2 memang suka kunyah ais. Kunyah ais macam makan keropok.
Setiap hari, dari pagi sampai ke patang. Tak sah kalau tak kunyah ais.
Dialah yang bekukan ais tu dalam freezer dan dia juga yang pastikan bekalan ais takkan putus. Kalau ikutkan saya dan yang lain-lain memang tak minum ais.
Perangai anak kedua ni memang agak sukar dijangka ke? Ada je yang pelik-pelik untuk dikaji haha.
Kesan makan ais batu sewaktu hamil
Tapi teringat saya masa mengandungkan anak pertama dulu. Waktu tu dah 7-8 bulan. Suka betul kunyah ais.
Orang kata tak elok risau baby besar. Tapi Alhamdulillah lahir normal dengan berat 3.02kg. Dan setakat tu, saya ada tanya doktor.
Tapi doktor kata tak memudaratkan. Tapi hati-hati juga risau tercekik ais. Arghh sudah kan!
Baca–> Pengalaman bersalin anak ke 5 dan komplikasi pendarahan
Tabiat mengunyah ais batu Saya bukan apa, risaukan kesihatan anak saya. In case ada mudarat pada diri dia. Bila saya google, terjumpa artikel ni.
Tabiat suka kunyah ais ni dipanggil Pagophagia. Keinginan ini boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan.
Pagophagia adalah gangguan makan yang jarang berlaku dan juga dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.
Eh seram plak baca nama gelaran tu kan. Ok sambung baca lagi.
Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
Faktor yang menyumbang untuk kunyah ais batu 1) Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
2) Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
Alamak harapnya anak saya ni tiada kaitan dengan masalah emosi. Setakat ni memang cuba jaga emosi anak-anak supaya tenang di kala PKP 2.0 ni.
3) Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas.
Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
Kesan sampingan PAGOPHAGIA Ada beberapa artikel yang saya baca dan nampaknya tabiat kunyah ais ni tiada kesan mudarat. Maksudnya ia tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius.
Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking). Adoi minta dijauhkanlah hendaknya. Tak larat nak larang dah sebenarnya. Setiap hari without fail anak saya mengunyah ais.
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Rumusan kesan makan ais batu Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali.
Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.
#HealthDrZubaidi
Saya harap artikel ini dapat memanfaatkan semua. Risau kan jadi parents ni. Kita akan tengok setiap anak tu peel nya berbeza. Sentiasa nak kena pantau dan cari kesan jika sesuatu perangai pelik tu timbul. Hahaha.
Perangai pelik lain tu takdelah setakat ni. Cuma suka kunyah ais batu je dan harapnya tak berpanjanganlah tabiat ni.
The post Kesan makan ais batu sehingga ketagih appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2021/01/kesan-makan-ais-batu-sehingga-ketagih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Rempeyek Murah Kuala Lumpur

Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Rempeyek Murah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 593 hits
hai assalammualaikum Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Selalu kalau nak makan rempeyek jumpa waktu raya je Dekat Kuala Lumpur ni memang susah nak nampak rempeyek kalau ada pun harga mahal juga Pastu suami bawak balik rempeyek Kegemaran...
Nasi Kukus Sotong Besar Kambing Bakar Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Memang Padu Rasa Gerenti Ketagih Nak Makan

Nasi Kukus Sotong Besar Kambing Bakar Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Memang Padu Rasa Gerenti Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 585 hits
Makan Di Mana membawa anda ke lubuk makanan sedap yang bikin ketagih untuk merasainya lagi Kita terjah ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam Kalau guna waze gerenti sampai ke restoran ini Restoran ini memang mendapat sambutan ramai ...
Pegar Makan Padi

Pegar Makan Padi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 211 hits
Mengambil kira ketinggian Bahasa Melayu dan kebijaksanaan orang pada zaman dahulu adalah tidak logik burung pegar digunakan dalam peribahasa ini
Senarai Kedai Makan Wajib Singgah Di Kelantan Tahun 2021

Senarai Kedai Makan Wajib Singgah Di Kelantan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 351 hits
Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan Tahun 2021 Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa tempat makan yang korang boleh pergi sekiranya datang berkunjung ke negeri Kelantan Kedai makan yang disenaraikan ini semuanya saya dah pern...
Susahlah Asyik Ternampak Warna Ni Je Godaan 3 Warna Psikologi Ini Pengaruhi Selera Makan

Susahlah Asyik Ternampak Warna Ni Je Godaan 3 Warna Psikologi Ini Pengaruhi Selera Makan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 200 hits
Hidup tanpa warna umpama melihat sebuah kanvas putih kosong Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya Tahukah anda setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit seban...
Cari Tempat Makan Pizza Terbaik Di Pulau Pinang

Cari Tempat Makan Pizza Terbaik Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 310 hits
Nak rasa makanan paling sedap di Pulau Pinang masa bercuti ke sana nanti Bila berada di Pulau Pinang menu paling dinikmati dan di cari sudah tentulah nasi kandar pasembor rojak cendol dan sebagainya Tapi ada juga makanan lain sebenarnya Bai...
Waspada Setelah Makan Langsung Merokok Akan Berakibat Fatal Dalam Tubuh

Waspada Setelah Makan Langsung Merokok Akan Berakibat Fatal Dalam Tubuh

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 195 hits
Sumber viva Merokok merupakan kegiatan buruk yang umum dilakukan di mana saja dan kapan saja Bahkan dengan merokok konon dianggap bisa memberikan kenikmatan tersendiri yang dirasakan bagi si perokok Merokok sering dilakukan di sembarang tem...
Pertemuan Di Kedai Makan Tok Mat Tambun Sunway City

Pertemuan Di Kedai Makan Tok Mat Tambun Sunway City

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 514 hits
Hai semua Kisah kali ni mengenai sahabat yg rose dah anggap seperti adik sendiri dia lebih muda dari rose Siti ni ibu tunggal dan mempunyai empat orang cahaya mata Arwah suami siti dah 3 tahun meninggal sakit jantung Sahabat baik suami rose...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya