Bakal Km Melaka Tak Goyang Bertemu Calon Km Wanita Pertama Pilihan Pn


agendaily.com19/11/2021
Bakal Ketua Menteri (KM) Melaka sebenar jika BN menang PRN, Sabtu ini, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak gusar dengan calon PN bagi jawatan KM, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bakal Ketua Menteri (KM) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan pencalonan lawannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai KM jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, sebagai ‘gula-gula’ sahaja.

Sambil menyatakan beliau tidak terkesan dengan pengumuman itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berpandangan dirinya tidak akan lemah, sebaliknya yakin akan mencapai kemenangan.

Malah, baginya pengundi Tanjung Bidara tidak akan beralih menyokong Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dalam PRN Sabtu ini.

Menurut kenyataan yang diberikan kepada FMT hari ini, Rauf yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara, pencalonan Mas Ermieyati hanya untuk mengumpan pengundi.

Pengumuman itu sekadar ‘gula-gula’ untuk mengumpan pengundi menyokong PN serta sebahagian daripada taktik yang tidak memberikan kesan, katanya.

“Mereka boleh umum apa sahaja, namun pengundi Tanjung Bidara mengetahui siapa pemimpin mereka. Keseluruhan (penduduk) Masjid Tanah melihat selepas beliau menang (bertanding tiket BN), tetapi meninggalkan parti (UMNO).

“Saya tidak fikir penduduk Tanjung Bidara ingin melakukan kesilapan sama sekali lagi,” katanya.

PRN Melaka terpaksa diadakan apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, diketuai bekas KM, Datuk Seri Idris Haron bersama dua lagi ADUN Bersatu dan Bebas, menarik sokongan terhadap Sulaiman sehingga kerajaan negeri tumbang pada 4 Oktober lalu.

Pada 5 Oktober lalu, Idris mendedahkan terdapat pemimpin UMNO di negeri itu membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris berkata disebabkan perkara itu beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau UMNO terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakusnya diibaratkan makan tangan kanan dan kiri, suap ke mulut sambil mata menjeling lagi makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka.

“Ribuan meter kubik pasir yang ditambak dari tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti,” katanya dalam program bual bicara Agenda Awani yang dihoskan oleh Essan Yahya.

Idris juga menuduh Ab Rauf menghalangnya menjadi KM Melaka apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Mac 2020, sedangkan beliau adalah Ketua Pembangkang.

“Mengikut konvensyen, Ketua Pembangkang akan menjadi KM sekiranya berlaku pertukaran kerajaan. Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, saya adalah Ketua Pembangkang.

“Jadi, sebagai Ketua Pembangkang, saya sepatutnya menjadi KM (semasa PH tumbang),” kata Idris sambil menjelaskan Rauf telah menghalang pelantikannya sebagai KM.

Untuk rekod, Ab Rauf disebut bakal KM Melaka sebenar jika BN menang PRN itu, walaupun Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bekas KM, Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah calonnya.

Petang tadi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai calon KM sekiranya PN menang PRN itu. Berita berkaitan

Namun, untuk memastikan Melaka menempa sejarah memiliki KM wanita pertama di negara ini, pemilih yang akan membuang undi Sabtu ini perlu memastikan semua calon PN menang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/bakal-km-melaka-tak-goyang-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 369 hits
Suasana sebuah rumah kampung di tepi sebatang jalan itu kebiasaannya tenang sahaja Namun bersempena Pilihan Raya Negeri Melaka ini bendera berwarna biru gelap Perikatan Nasional terpacak di pagar rumah itu Rumah itu dijadikan bilik gerakan ...
Prn Melaka Akses Adil Untuk Calon Pilihan Raya

Prn Melaka Akses Adil Untuk Calon Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 271 hits
DALAM laporan yang dikemukakan kepada kerajaan pada Ogos 2020 Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang undang Pilihan Raya antara lain mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya selaku agensi utama dalam pengurusan pilihan raya menge...
Prn Melaka Dira Abu Zahar Artis Pertama Menang Pilihan Raya

Prn Melaka Dira Abu Zahar Artis Pertama Menang Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 260 hits
PELAKON Dira Abu Zahar kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri Melaka bagi Dewan Undangan Negeri N25 Rim Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional di kerusi De...
Hiburan Artis Pertama Menang Pilihan Raya Dira Abu Zahar Kini Jadi Wakil Rakyat Di Dun Rim Melaka

Hiburan Artis Pertama Menang Pilihan Raya Dira Abu Zahar Kini Jadi Wakil Rakyat Di Dun Rim Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 465 hits
Pelakon telah mencipta sejarah tersendiri apabila dia merupakan selebriti pertama bergelar wakil rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka bagi Dewan Undangan Negeri Rim Dira atau nama sebenarnya Datuk Khaidiriah Abu Zahar telah m...
Calon Prn Melaka Calon Bakal Buat Wayang Baru Ker Ni

Calon Prn Melaka Calon Bakal Buat Wayang Baru Ker Ni

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 406 hits
PH vs BN vs PN Korang bertanding kalau tak dapat majoriti dan bentuk kerajaan minoriti Agaknya korang nak hamparkan drama macam mana lagi untuk rakyat marhaen melaka Harapnya ada satu gabungan yang bakal bentuk majoriti Tapi semua gabungan ...
Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard khas Pilihan Raya Negeri Melaka pada hari penamaan calon pada Isnin ini SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yang dikeluarkan dan dimuktamadka...
Mas Benam Rauf Jadi Km Wanita Pertama Di Melaka

Mas Benam Rauf Jadi Km Wanita Pertama Di Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 225 hits
Mas Ermieyati Baru sebentar tadi calon PERIKATAN NASIONAL bagi N02 Tanjung Bidara Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin diumumkan oleh Pengerusi parti gabungan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti ini ...
Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam PRN itu UMNO menampilkan...
Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 210 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang melontarkan persoalan mengapa Perikatan Nasional lewat mengumumkan calon ketua menteri Melaka Dalam satu kenyataan Lim mempersoalkan apakah benar gabungan politik itu sedang mempertimbangkan untuk memilih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta