Prn Melaka Akses Adil Untuk Calon Pilihan Raya



DALAM laporan yang dikemukakan kepada kerajaan pada Ogos 2020, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) antara lain mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaku agensi utama dalam pengurusan pilihan raya mengetuai satu skim yang boleh memastikan setiap parti dan calon yang bersaing menikmati akses adil kepada media massa dari segi liputan.
Ia bermakna, SPR akan mengetuai sebuah jawatankuasa pemantauan disyorkan yang turut dianggotai oleh pelbagai pihak.
Hari ini, 14 bulan kemudian ketika kita menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pilihan raya yang mengejut dan lebih mengejutkan, julung kali parti dan calon berhadapan dengan larangan proses berkempen berikutan pandemik Covid-19.
SPR mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana bimbang impak pandemik.
Meskipun SOP yang diumumkan pada hari penamaan calon sedikit lebih baik berbanding keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua minggu sebelum itu tetapi ruang lebih fleksibel yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Susulan itu, parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penganalisis berharap SPR menyemak semula SOP semasa yang didakwa tidak dapat melaksanakan tugas-tugas berkempen dengan sempurna.
SPR perlu mencari satu kaedah dalam memberi ruang kepada calon-calon untuk berkempen.
Berdasarkan SOP SPR, kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka adalah dilarang.
Bagi tujuan berkempen, calon digalakkan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Wechat, Snapchat, WhatsApp, Telegram dan lain-lain aplikasi.
Selain itu, kempen menggunakan rangkaian televisyen dan media tempatan juga digalakkan. Calon perlu memanfaatkan penggunaan teknologi.
Susulan ketetapan norma baharu yang diperkenalkan oleh SPR, dengan ramai melihat sebagai sekatan total, BERSIH 2.0 dengan kerjasama Sinar Harian, Astro Awani dan Sin Chew Daily tampil menyediakan platform khas kepada setiap calon yang bertanding.
Inisiatif yang dikenali sebagai Suara Untuk Semua terdiri daripada tiga komponen iaitu Suara Calon, Siaran Politik Parti dan dialog antara calon-calon Ketua Menteri Melaka.
Ketika para calon dan jentera pilihan raya masing-masing berhadapan kekangan luar biasa di bawah norma baharu kempen pilihan raya, inisiatif itu pertama kali diperkenalkan dalam skala besar-besaran merupakan detik bersejarah bagi pengurusan pilihan raya dan akses kepada media.
Penggunaan skim berkenaan bermakna negara sudah mula bergerak ke arah syor ERC.
Dua hari selepas pengumuman inisiatif tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan ruang untuk semua calon PRN Melaka berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.
Beliau berkata, perincian perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkaitan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Langkah itu juga termasuk dalam laporan ERC yang kesemuanya mempunyai 49 syor.
Maknanya, penggunaan pendekatan pelbagai yang relevan dan wajar serta sesuai dengan keperluan semasa bagi menyediakan akses yang seimbang kini diperlukan.
Kita perlu berubah. Apabila kesemua organisasi media bergabung tenaga, kita boleh merasai persekitaran pilihan raya lebih efektif dan dinamik.
Pihak berkuasa dan setiap pemegang taruh perlu mempelbagaikan platform berkempen agar parti, calon serta pengundi akan mencapai prinsip pilihan raya demokrasi.
* Dr G Manimaran ialah pengamal media dan penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir
PRN Melaka: Akses adil untuk calon pilihan raya
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood Jangan sampai kita hempas makanan – Rider Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’ Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu

 
The post PRN Melaka: Akses adil untuk calon pilihan raya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/14/prn-melaka-akses-adil-untuk-calon-pilihan-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Prn Melaka Makna Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

Pasca Prn Melaka Makna Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 303 hits
Susulan kemenangan bergaya Barisan Nasional yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka ke 15 dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada kes
Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Tidak Adil

Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Tidak Adil

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 224 hits
Jawatankuasa Komunikasi Digital dan Multimedia PAKATAN HARAPAN dalam satu kenyataan merujuk kepada SOP yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara berhubung Pilihan Raya Negeri Melaka yang tidak membenarkan kempen secara tradisional Nam...
Prn Melaka Analisa Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

Prn Melaka Analisa Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 309 hits
Susulan kemenangan bergaya Barisan Nasional yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka ke 15 dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada kes
Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam PRN itu UMNO menampilkan...
Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard khas Pilihan Raya Negeri Melaka pada hari penamaan calon pada Isnin ini SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yang dikeluarkan dan dimuktamadka...
Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 215 hits
PRN Melaka Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu MELAKA Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk ...
Mahathir Tegur Calon Jual Namanya Dalam Prn Melaka

Mahathir Tegur Calon Jual Namanya Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 181 hits
Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad menegur calon yang mengaitkan dirinya dan parti itu dalam pilihan raya negeri Melaka Tanpa menyebut secara khusus pihak itu dia menegas...
Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 169 hits
PRN Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri Melaka agar berhati hati dengan strategi pembunuhan karakt...
Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Apa pengalaman dan kebijaksanaan yang dia ada untuk jadi calon dan berkhidmat dengan berkesan jika menang Calon muda sewajarnya dalam lengkongan 35 tahun ke atas jiwa dan mental tak koyak PH tak serius mereka utamakan calon yang boleh dicuc...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025