Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023


 
Kuala Lumpur: Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa, malah turut didakwa menghina agama Islam.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Zharif Johor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peminjam yang mendakwa diugut dan diganggu along dari Johor Bahru.

"Minggu lalu, pihak kami menerima aduan daripada seorang peminjam yang tidak mampu membayar balik pinjaman along kerana kadar bunga melampau yang dikenakan.

"Disebabkan tidak mampu membayar balik hutang itu, peminjam mendakwa along bertindak mengugutnya, selain membuat salinan MyKad (peminjam) dengan menulis kata-kata yang menghina agama Islam, sebelum menyebarkannya di kawasan kediaman peminjam," katanya kepada BH, semalam.

Muhammad Zharif berkata, susulan kejadian itu pihaknya cuba menghubungi along berkenaan, bagaimanapun sindiket itu bertindak agresif dan bergaduh dengan aktivis PPIM.

"Along ini berada di Johor dan kita tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya mereka kerana nombor telefon tidak didaftarkan di negara ini, sekali gus menjadikan siasatan siapa dalang di sebalik penghinaan (agama Islam) itu lebih sukar.

"Pihak kita masih mencari jalan penyelesaian dan berharap kerajaan serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memantau pendaftaran talian telefon mudah alih dengan lebih ketat, di samping memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahayanya jika mereka memberikan maklumat peribadi bagi digunakan untuk mendaftar talian telefon mudah alih," katanya.

Katanya, persatuan itu juga bimbang kes seperti keldai akaun, di mana pemilik tidak menyedari akaun bank milik mereka digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu dan kerja jenayah sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara.

"Jika tidak dikawal dengan ketat dan diambil perhatian oleh KKD, kejadian seperti keldai akaun ini akan merebak kepada keldai akaun telefon pula.

"Ia sangat membimbangkan kerana ugutan boleh dibuat oleh sesiapa di mana-mana tanpa pendaftaran sah dan sukar untuk dikesan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
'ALONG' HINA ISLAM, UGUT PEMINJAM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/950167/along-hina-islam-ugut-peminjam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/along-hina-islam-ugut-peminjam-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Takat Kutip Duit Along Mula Hina Islam Samudera My 27 03 2023

Bukan Takat Kutip Duit Along Mula Hina Islam Samudera My 27 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR 27 Mac 2023 Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan sahaja rakus mengutip duit dan mengaut keuntungan malah didakwa mula menghina agama Islam Menerusi sebuah video Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia mem...
Ppim Gesa Kdn Jakim Siasat Ceti Haram Hina Agama Islam Berita Harian 29 03 2023

Ppim Gesa Kdn Jakim Siasat Ceti Haram Hina Agama Islam Berita Harian 29 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mohon Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam...
Ah Long Semakin Berani Hina Islam Sidang Media Ppim 29 03 2023

Ah Long Semakin Berani Hina Islam Sidang Media Ppim 29 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 228 hits
Masalah Ah long tidak pernah selesai malah Persatuan Pengguna Islam Malaysia berpendapat ia semakin parah Pelbagai alasan digunakan peminjam namun hakikatnya punca utama adalah gagal menguruskan kewangan dengan baik sehingga apabila berlaku...
Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 424 hits
Artikel oleh Harian MetroPENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI
Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 263 hits
Kuala Lumpur Faktor kekurangan mendadak bakalan di pasaran menyebabkan harga beberapa sayur sayuran yang dijual di pasar raya tempatan naik sehingga 100 peratus Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia Mohd Afiq Salim berkata tinjauan pi...
Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 314 hits
Kuala Lumpur Pemandu teksi Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam selepas lima hari berjalan kaki dari Tol Skudai Johor Bahru Johor menuju Istana Negara di sini dalam membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan...
Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 187 hits
Kuala Lumpur Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin agresif perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat Ketua Aktivis Persatu...
Ceti Haram Hina Agama Islam Ppim Gesa Kdn Jakim Bertindak Tv Pertiwi 29 03 2023

Ceti Haram Hina Agama Islam Ppim Gesa Kdn Jakim Bertindak Tv Pertiwi 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 246 hits
BANGI Rabu Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai along yang bertindak menghina agama islam Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan memohon Kemenete...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future