20 Along Wanita Agresif Langsi Di Lembah Klang Harian Metro 06 04 2023


 
Kuala Lumpur: Lebih 20 along wanita dikesan aktif mengumpan mangsa untuk membuat pinjaman di ibu negara sejak dua tahun lalu.

Mereka dikatakan lebih agresif dan akan mengugut peminjam yang gagal melunaskan bayaran atau memberikan wang yang diminta biarpun hutang dibayar mengikut jadual.

Nama-nama seperti Emma, Wendy, Winnie, Sherry dan Amoi kini dikatakan sangat popular apatah lagi dengan kewujudan puluhan aplikasi yang menyediakan pinjaman tanpa lesen di media sosial.

Mendedahkan perkara itu Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor berkata, dapatan terbaru pihaknya mendapati, along wanita berkenaan lebih licik memperdaya mangsa yang kesempitan untuk mendapatkan wang.

Katanya, dengan tawaran pinjaman serendah RM150, along wanita terbabit akan 'berlakon' baik di depan mangsa sebelum menunjukkan perangai mereka yang sebenar.

"Lima nama ini memang popular di Lembah Klang. Mereka tidak mengendahkan sebarang perbincangan untuk membantu pengadu sebaliknya mencabar aktivis kita untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Ada yang menjadi dalang kes simbah cat tanpa rasa takut kepada undang-undang. Kebanyakannya sudah mengambil alih fungsi telefon bimbit mangsa dan menggunakannya untuk mengugut mereka.

"Daripada seorang wanita lembut yang bercakap di hujung talian, mereka bertukar menjadi bengis dan mendesak supaya bayaran dibuat secepat mungkin," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, fenomena wanita mendominasi 'industri' along ini dikesan sejak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan sejak itu jumlah mereka semakin bertambah.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Zaima, 30-an berkata, dia meminjam RM3,000 menerusi satu aplikasi Februari lalu.

Dia kemudian dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai perunding pinjaman dan pada peringkat awal semuanya berjalan lancar.

"Tidak lama kemudian, saya dipaksa untuk membayar lebih daripada ansuran biasa dan kadar itu semakin meningkat selepas itu.

"Sebelum ini suara wanita itu lembut, tapi sejak bayaran saya bermasalah, saya ditengking, diugut dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Tidak sangka pula saya berdepan dengan seseorang yang menjerit sepanjang perbualan di telefon. Terkejut juga apabila PPIM maklumkan ramai lagi along wanita di negara ini," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro 
20 ALONG WANITA AGRESIF, 'LANGSI' DI LEMBAH KLANG
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/953812/20-along-wanita-agresif-langsi-di-lembah-klang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/04/20-along-wanita-agresif-langsi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 275 hits
Kuala Lumpur Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa malah turut didakwa menghina agama Islam Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Muhammad Zharif Jo...
Bakal Jemaah Umrah Tuntut Emraz Kembalikan Pasport Wang Rm1 8 Juta Metro Tv Harian Metro 04 04 2023

Bakal Jemaah Umrah Tuntut Emraz Kembalikan Pasport Wang Rm1 8 Juta Metro Tv Harian Metro 04 04 2023

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 306 hits
Kuala Lumpur Kira kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel Tours Sdn Bhd menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1 8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu sepert...
Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 285 hits
Kuala Lumpur Pemandu teksi Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam selepas lima hari berjalan kaki dari Tol Skudai Johor Bahru Johor menuju Istana Negara di sini dalam membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan...
Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 332 hits
Artikel oleh Harian MetroPENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI
25 Bufet Ramadan Bawah Rm50 Sekitar Lembah Klang 2023 Free Pun Ada

25 Bufet Ramadan Bawah Rm50 Sekitar Lembah Klang 2023 Free Pun Ada

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 529 hits
Tercari cari bufet Ramadan murah di sekitar lembah Klang dengan bajet bawah RM50 Haaa anda berada di tempat yang betul jom selongkar list berikut Buffet Ramadhan MURAH bawah RM50 sekitar Lembah Klang Jangan Lupa Like Share Komen
Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 152 hits
Kuala Lumpur Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin agresif perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat Ketua Aktivis Persatu...
Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

Monkeys Canopy Resort

Bawa Bekal Jimat Duit Belanja

Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

Cabinet Discusses Reactions To Minimum Wage Epf Proposals

Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

Sains Di Hujung Jari Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku


echo '';
Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia


Jumpa Kami Di Sini

Psm Slams Kok Over Discriminatory Epf Contribution Proposal

Mp Fears Backlash After Anwar Welcomes Najib S Apology

Pulut Panggang Inti Ikan Kelantan

Data 24

Penang Children Festival 2024