Bakal Guru Terpaksa Jadi Jaga Di Sekolah


 Oleh Ahmad Suhael Adnan
- Gambar hiasan Kuala Lumpur: Cita-cita asal ke menara gading adalah untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan menjadi guru terlatih, namun selepas menamatkan pengajian hanya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah.
Itu realiti pahit dihadapi sejumlah graduan pendidikan universiti awam (UA) apabila impian membina kerjaya sebagai guru terus buntu, sehingga terpaksa menerima apa saja peluang pekerjaan yang ada, termasuk menjadi buruh kasar yang tidak memerlukan sebarang kelayakan ijazah.
Lebih memeritkan, ijazah pendidikan yang dipegang seolah-olah 'tidak laku' apabila sejumlah besar syarikat dan agensi kerajaan tidak begitu berminat mengambil mereka bekerja.
Lepasan ISMP Sejarah, Riuh Mendorig, 27, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Penampang, Sabah, sejak lebih dua tahun lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2018.
Sejak itu juga, Riuh sentiasa berdepan sindiran segelintir individu yang menganggap usahanya menyambung pengajian dalam bidang pendidikan untuk mencapai cita-cita menjadi guru, hanya sia-sia.
"Memang sedih dan marah apabila ada yang menyindir, namun saya anggap belum sampai rezeki.
"Sementara belum dapat bergelar pendidik, saya menerima apa saja pekerjaan yang ada ketika ini.
"Saya masih tidak berputus asa untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti," katanya kepada BH.
Ketika meninggalkan kampung halaman dan berkelana lebih 1,500 kilometer ke UPSI untuk mencapai cita-cita menjadi guru, Riuh tidak menyangka akan menjejak kaki semula di sekolah, namun kali ini sebagai pengawal keselamatan.
"Saya pernah memohon pekerjaan lain dalam sektor kerajaan mahupun swasta termasuk sebagai kakitangan sumber manusia di pusat beli-belah, namun tiada yang mahu menerima kerana saya ada ijazah pendidikan," katanya tidak menolak ia adalah salah tanggapan lulusan universiti perlu dibayar gaji tinggi.
Sementara itu, graduan ISMP Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurul Syazwani Mohamad Ghaazali, 29, juga senasib dengan Riuh, masih menunggu panggilan temu duga sejak menamatkan pengajian kira-kira empat tahun lalu.
Sepanjang tempoh berkenaan, anak jati Kuala Nerus, Terengganu itu, bertukar-tukar pekerjaan termasuk menjadi guru ganti, menjual kuih raya dan kini sebagai tutor di rumah.
"Sejak konvokesyen, memang ada beberapa panggilan temu duga, tetapi bukan untuk pengkhususan ekonomi kerana pengkhususan ini tidak dibuka sejak lima tahun lalu.
"Hakikatnya, graduan pendidikan dilatih mengajar pelbagai subjek.
"Saya sebagai tutor di rumah, kini mengajar beberapa mata pelajaran, termasuk untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
" Ada rakan dipanggil temu duga atas kuota pengkhususan mereka tetapi apabila masuk ke sekolah, mengajar subjek lain. Jadi, mengapa panggilan temu duga masih mengikut pengkhususan?
"Saya tidak cemburu kepada graduan ISMP yang sudah berjaya bergelar guru, cuma berharap diberi peluang untuk ditemu duga kerana cita-cita untuk bergelar pendidik masih belum terpadam," katanya.
Graduan ISMP Muzik, Richard Antaim, 28, yang tamat pengajian di UPSI pada 2018, kini meneruskan kelangsungan hidupnya dengan menjual sayur di Kampung Ratau di Kota Belud, Sabah, sejak lebih setahun lalu kerana belum dipanggil untuk ditemu duga sejak tamat konvokesyen.
"Nasib sama turut dialami 33 rakan lepasan ISMP Muzik bagi tahun sama dengan saya.
"Saya pernah cuba meminta pelbagai pekerjaan termasuk sebagai kerani, namun majikan mungkin ragu-ragu untuk ambil bekerja kerana mungkin anggap saya akan berhenti apabila memperoleh panggilan temu duga guru nanti," katanya.
Sebagai penyelesaian jangka pendek, dia yang kini berpendapatan RM500 hingga RM800 sebulan, berharap kerajaan akan mengubah dasar dengan mengutamakan graduan pendidikan bagi pengambilan guru interim, berbanding membukanya kepada mana-mana lepasan universiti tanpa mengira kursus yang dipelajari.
"Pengambilan guru interim lebih mendahulukan pemegang ijazah selain pendidikan, atas alasan kami akan ditawarkan temu duga menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
"Kami agak terkilan kerana ada lambakan graduan pendidikan, tetapi tiada asas mengajar pula diberi keutamaan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/bakal-guru-terpaksa-jadi-jaga-di-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Ditulis Guru Tadika Masjid Al Khair Ini Mungkin Sesuai Untuk Si Cilik Semasa Cuti Sekolah Jun

Buku Ditulis Guru Tadika Masjid Al Khair Ini Mungkin Sesuai Untuk Si Cilik Semasa Cuti Sekolah Jun

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 350 hits
SINGAPURA Lazimnya setiap musim cuti sekolah ibu bapa pasti merancang kegiatan untuk mengisi masa anak mereka dengan bermakna Ini lebih lebih lagi di tengah keadaan pandemik COVID 19 sekarang di mana orang ramai tidak digalakkan keluar ruma...
Bapa Tikam Guru Besar Sekolah Sampai Mati Lepas Anak Dilarang Jawab Ujian Kerana Belum Bayar Yuran Sekolah

Bapa Tikam Guru Besar Sekolah Sampai Mati Lepas Anak Dilarang Jawab Ujian Kerana Belum Bayar Yuran Sekolah

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 245 hits
Seorang bapa kepada pelajar sekolah dilaporkan nekad menikam guru besar sebuah sekolah di Desa Ulupulu 1 Indonesia pada Selasa gara gara anaknya dilarang menjawab peperiksaan kerana yuran jawatankuasa sekolah belum dilunaskan lapor portal i...
Jaga Jaga Mereka Yang Gila Kuasa

Jaga Jaga Mereka Yang Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 286 hits
Jajaran politik baharu demi rakyatMUFARAQAH antara Pas dan UMNO sedikit pun tidak menggemparkan arena politik negara Tidak keterlaluan dikatakan kerjasama kedua dua parti itu sekadar retorik politik dengan menjaja nama orang Melayu Di sisi ...
Jaga Solat Dan Bersedekah Jenazah Datin Harum Semerbak

Jaga Solat Dan Bersedekah Jenazah Datin Harum Semerbak

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 269 hits
Terlalu banyak kejadian yang telah berlaku dalam kehidupan peribadi dan jendela dunia kita hari ini Satu persatu menjadi sebuah pengalaman dan pengajaran untuk kita memahami erti kehidupan Bertafakur seketika menginsafi setiap kejadian itu ...
Jaga Kesihatan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat

Jaga Kesihatan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 657 hits
Jaga Kesihatan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan hari Sha bersama klien Walaupun Bekerja Dari Rumah program pemulihan yang telah dirancang sepanjang tahun tetap perlu dijalankan seperti bias...
Good Idea Nak Tiru Tak Bagi Anak Bergerak Idea Kreatif Issey Jaga Anak Bersunat Dipuji

Good Idea Nak Tiru Tak Bagi Anak Bergerak Idea Kreatif Issey Jaga Anak Bersunat Dipuji

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 413 hits
Ragam anak berkhatan sememangnya menghiburkan Ada yang begitu tenang dan berani tidak terkecuali juga yang penuh aksi drama sebelum selesai waktu berkhatan Semuanya satu kenangan manis sementara anak hendak membesar Penyampai radio Issey ti...
Akar Ubi Jaga

Akar Ubi Jaga

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 275 hits
Sumber Google Penerangan Ubi Jaga adalah sejenis herba dari keluarga Smilacaceae Tumbuhan ini mempunyai lebih daripada 200 spesis yang didakwa sebagai tumbuhan asli atau natif di Malaysia Thailand dan Indonesia Tumbuhan ini juga tumbuh meli...
Tular Abang Sanggup Jaga Adik Sewaktu Ayah Tengah Solat Tapi Ini Pula Yang Dia Buat Sebaik Sahaja Ayah Selepas Solat

Tular Abang Sanggup Jaga Adik Sewaktu Ayah Tengah Solat Tapi Ini Pula Yang Dia Buat Sebaik Sahaja Ayah Selepas Solat

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 485 hits
Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri jika cantik coraknya maka cantiklah hasilnya
Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 571 hits
AssalamualaikumBismillahHidup kalau tiada masa boleh huru hara tak tahu waktu rehat waktu bekerja ataupun waktu untuk beribadah Betapa pentingnya waktu dalam kehidupan harian kita Cuma bagaimana kita menggunakan masa 24 jam yang Allah bagi ...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya