Bakal Dapat Baby Tak Lama Lagi Ini 7 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling membahagiakan bagi mana-mana pasangan.

Namun disebalik kebahagian tersebut ada amanah yang perlu dilaksana oleh bakal ibu bapa:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
(49)لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
(50)أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. MENGAZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. MENTAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’. Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya. Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.

6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Kredit: Qurban.com

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bakal Dapat Baby Tak Lama Lagi? Ini 7 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bakal-dapat-baby-tak-lama-lagi-ini-7-sunnah-menyambut-kelahiran-bayi-dalam-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Bulan Merana Alahan Insyaallah Baby Boy Bakal Bersalin Bulan Depan Ezzaty Sarat Hamil Anak Kedua

Empat Bulan Merana Alahan Insyaallah Baby Boy Bakal Bersalin Bulan Depan Ezzaty Sarat Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 270 hits
Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak kedua mereka di laman Instagram semalam Menurut Ezzaty bulan hadapan mereka bakal menambah ahli keluarga baru memandangkan dia bakal bersalin ...
Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan Paling Mudah Nak Sediakan

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan Paling Mudah Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 277 hits
Bila anak sudah mencecah usia 8 bulan mama boleh hidangkan makanan jejari atau finger food buat mereka Antara kelebihan pemberian finger food pada bayi adalah boleh membantu koordinasi mata serta tangan bayi melatih bayi untuk memegang bend...
Bayi Hendak Dikebumi Didapati Masih Bernyawa

Bayi Hendak Dikebumi Didapati Masih Bernyawa

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 168 hits
Pengarah pengebumian menyedari bayi itu masih bernyawa dan jantungnya berdegup ketika mahu dikebumikan Newsflash RIO DE JANEIRO Seorang bayi di Brazil yang disahkan meninggal dunia semasa dilahirkan dan sedang disiapkan untuk dikebumi didap...
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 310 hits
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan PintarTips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan Pintar Ibu berperanan menyalurkan nutrisi menyeluruh buat bayi dalam kandungan maka ibu mengandung digalakkan untuk mengamalkan ...
Sebelum Cari Pengasuh Untuk Bayi Anda Pertimbangkan Beberapa Perkara Ini Dahulu

Sebelum Cari Pengasuh Untuk Bayi Anda Pertimbangkan Beberapa Perkara Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 179 hits
Majoriti ibu bapa mula tertekan keliru dan cemas apabila melibatkan soal penjagaan bayi mereka khususnya apabila membabitkan orang luar Walaupun kebanyakan pusat penjagaan kanak kanak adalah pilihan terbaik namun bagi sesetengah orang merek...
5 Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian

5 Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 372 hits
Ada banyak jenis buaian yang dijual dipasaran pada masa kini Boleh lihat pelbagai jenis buaian dijual pada harga yang reasonable dan affordable boleh tengok platform Shopee dan buat perbandingan harga Antara jenis jenis buaian yang ada iala...
Lirik Sisi Timur Kelahiran Baru Rio Satrio Feat Rinanda Maharani

Lirik Sisi Timur Kelahiran Baru Rio Satrio Feat Rinanda Maharani

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 230 hits
satu cerita terciptatentang tempat yang entah berapa lamabegitu banyak gunanyabagi semua kehidupanseni rupa tertuabukti kehidupan masa lampauhiasan menakjubkan matategores indah dengan sengajadan tak pernah kudugamataku pun terbukasisi timu...
Sekolah Kampung Kelahiran Mat Kilau Akan Dipindahkan

Sekolah Kampung Kelahiran Mat Kilau Akan Dipindahkan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 178 hits
Oleh HARIS FADILAH AHMAD KEADAAN persekitaran sekolah yang ditenggelami air Sungai Pahang dalam kejadian banjir bermula pada 18 Disember lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar di Jerantut Pahang UTUSAN HARIS FADILAH AHMADJERANTUT S...
Jangan Mendesak Anak Makan Banyak Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

Jangan Mendesak Anak Makan Banyak Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 233 hits
Memang tak sabar bila anak dah mula masuk usia 6 bulan ini bermaksud anak sudah ready untuk makan Tapi sebelum suap anak makan mama papa perlu ambil tahu beberapa panduan tentang pemakanan si kecil Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan 1 ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok