Sekolah Kampung Kelahiran Mat Kilau Akan Dipindahkan


Oleh HARIS FADILAH AHMAD KEADAAN persekitaran sekolah yang ditenggelami air Sungai Pahang dalam kejadian banjir bermula pada 18 Disember lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMADJERANTUT: Setiap kali musim tengkujuh pada penghujung tahun, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di sini serta penduduk di pesisir Sungai Pahang pastinya dihantui musibah banjir.
Kebimbangan mereka menjadi realiti apabila setiap tahun boleh dikatakan air Sungai Pahang yang berdekatan kira-kira 600 meter memasuki kawasan sekolah tersebut.
Musibah terburuk dalam sejarah sekolah itu pernah dilaporkan pada 1971, 1987, bah merah 2014, 2015 malah tahun ini sebanyak dua kali, iaitu pada Januari dan bulan ini menyebabkan kerosakan banyak harta benda yang menelan kerugian hampir jutaan ringgit.
Bertolak daripada peristiwa tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan SMK Pulau Tawar yang terletak di Kampung Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau tidak sesuai lagi sebagai tempat pembelajaran dan wajar dipindahkan ke kawasan selamat.
“Hal ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan Pejabat Daerah di sini tentang rentetan kejadian banjir serta memberikan cadangan sekolah ini wajar dipindahkan dengan pembinaan bangunan baharu di tempat selamat.
“Kerajaan Pahang tidak ada masalah untuk menyediakan tapak malah sudah ada pun kawasan di Kampung Bukit Rang yang dicadangkan oleh wakil rakyat di sini (Nazri) dan saya (kerajaan negeri) bersetuju sekiranya ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk projek sekolah baharu ini,” katanya di SMK Pulau Tawar dekat sini semalam.
Wan Rosdy diiringi wakil rakyat setempat serta Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris selain pentadbir, pengurusan sekolah, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah, bilik darjah, asrama termasuk lokasi yang ditenggelami banjir berlaku pada 18 Disember lalu.
Sempena program itu, Wan Rosdy turut menerima 200 kit berbentuk bantuan makanan kering serta barang sanitasi daripada Pengerusi Malaysia Medical Association (MMA) Bahagian Pengamal Perubatan Swasta, Dr. Balachandran S. Krishnan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Jerantut.
Menurut Wan Rosdy, fenomena itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana boleh membantutkan pembelajaran pelajar apabila menyaksikan musim pejur diiringi musibah banjir, mereka terpaksa bercuti panjang dan perlu membersihkan sekolah semula apabila air surut malah tekanan kos kerugian yang banyak termasuk kerja pemulihan pasca kejadian ini.
“Saya berasa sedih, tetapi reda dengan ujian Allah SWT kerana tahun ini sahaja sekolah ini sudah dua kali dilanda banjir yang dahsyat, iaitu pada awal tahun ini dan mulai 18 Disember lalu,” katanya.
Sementara itu, Nazri yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang berkata, tapak untuk bangunan baharu sebenarnya sudahpun disediakan di Kampung Bukit Rang, iaitu terdapat lokasi penempatan penduduk yang lebih selamat berdekatan Jalan Jerantut ke Maran.
“Kerajaan negeri dan Pejabat Daerah di sini sudah menyediakan tapak menerusi perancangan membina sekolah baharu dan mengharapkan kelulusan peruntukan Kerajaan Persekutuan.
“Harapan penduduk Pulau Tawar supaya projek bangunan baharu direalisasikan di Bukit Rang tanpa mengambil masa yang lama kerana kita tidak mampu lagi menanggung kerugian yang banyak setiap kali banjir melanda termasuk gangguan pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar kawasan ini,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/sekolah-kampung-kelahiran-mat-kilau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Love Addict Rapper Kampung X Sadbunny Feat Chubbynoyz

Lirik Love Addict Rapper Kampung X Sadbunny Feat Chubbynoyz

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 163 hits
kau buat aku mabuk malam inikau buat aku tinggi malam inikau tenggelamkan aku dalam cintamukau buat aku candu akan kasihmuoh baby i love u so much terasa terbang ke atas aku hanyu di dalam rasa kedamaiancukup kita berdua persetan keramaianb...
Tanah Runtuh Warga Emas Cedera Tertimbus 4 Rumah Rosak Di Kampung Sungai Penchala

Tanah Runtuh Warga Emas Cedera Tertimbus 4 Rumah Rosak Di Kampung Sungai Penchala

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 217 hits
Empat buah rumah rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah Kampung Sungai Penchala yang dipercayai berlaku kira kira 1 22 pagi tadi KUALA LUMPUR Seorang warga emas cedera manakala empat buah rumah rosak teruk dalam k...
Pahang Pula Banjir Siti Nurhaliza Bimbang Nasib Orang Kampung Walaupun Saya Di Kl Hati Saya Ada Di Lipis

Pahang Pula Banjir Siti Nurhaliza Bimbang Nasib Orang Kampung Walaupun Saya Di Kl Hati Saya Ada Di Lipis

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 203 hits
PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terkesan dengan paparan berita berkenaan mus1bah banjir yang berlaku di Kuala Lipis Pahang Siti atau sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin 42 memberitahu walaupun dia kini berada di Kuala Lu...
Banjir Lelaki Ditemui Lemas Di Kampung Baru Lanjut

Banjir Lelaki Ditemui Lemas Di Kampung Baru Lanjut

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 176 hits
SEPANG Seorang lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga 12 Disember lalu ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti pagi tadi Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Saharuddin 26 yang juga pegawai operasi di ba...
Syaiful Mahu Beli Bot Nelayan Bantu Penduduk Kampung Di Sabah Cari Rezeki Kongsi Hasil Juara Mlm21

Syaiful Mahu Beli Bot Nelayan Bantu Penduduk Kampung Di Sabah Cari Rezeki Kongsi Hasil Juara Mlm21

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 181 hits
MAHU berkongsi rezeki pelawak Syaiful daripada kumpulan Tiro berhasrat membeli sebuah bot nelayan untuk kegunaan penduduk kampungnya mengunakan wang hasil kemenangan Maharaja Lawak Mega 2021 Kata Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif 32 sel...
Khalid Samad Dakwa Tanah Di Kampung Baru Antara Rm 850 Rm 1000 Kaki Persegi

Khalid Samad Dakwa Tanah Di Kampung Baru Antara Rm 850 Rm 1000 Kaki Persegi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 218 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menegaskan nilai tanah Kampung Sungai Baru Kampung Bharu adalah antara RM850 hingga RM1 000 sekaki persegi sebagaimana nilai tanah di Kampung Bharu di bawah Malay Agriculture Setlement atau Mas...
Pengambilan Tanah Kampung Baru Selesai Januari

Pengambilan Tanah Kampung Baru Selesai Januari

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 175 hits
BH ONLINE Foto hiasan Fail NSTP KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemi...
Adapting To Consumer Behavior

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Drama Khilaf Yang Tertulis

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Cik Piah Nak Suami Raya Chord

Dap Sudah Perangai Sama Sakau Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Nga Kor Ming Azmin Ali

Polis Raub Menahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Pakir Sebuah Kuil Pada Ahad Lalu

Gear Up With The New Bike Exif Merch Store