Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya


Seolah tahu ajalnya bakal tiba, seorang suami dan bapa kepada dua anak sudi merakamkan gambar kenangan sambutan Aidilfitri terakhir sebelum ‘pergi’ buat selama-lamanya pada hari ketujuh Syawal setelah maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.
Isteri mangsa, Nur Hashima Md Isa, 29, berkata, sebelum ini, arwah suaminya, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 28, tidak gemar bergambar tetapi ketika sambutan raya tahun ini, arwah ‘mudah’ meminta untuk bergambar bersama.
“Kalau nak bergambar sebelum ini, kena pujuk dulu sebab arwah tak suka, tetapi raya tahun ini, kami siap berhenti tepi sawah padi sebelum sampai kampung semata-mata nak ambil gambar,” katanya.
“Arwah tetap nak pergi..”
Dalam kejadian pada Ahad, Muhammad Fazli dikatakan terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan bersama rakan konvoi lain dari Tikam Batu ke Jitra, Kedah.
Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan telah berlanggar dengan sebuah kenderaan di hadapan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Menurut Nur Hashima, mangsa bertolak dari rumah pada kira-kira jam 6 petang dalam keadaan hujan renyai.
Lokasi Muhammad Fazli maut selepas terbabit dalam kemalangan pada Ahad lalu. “Saya dah habaq (beritahu) tak payah ke sana, sebab banyak kenderaan, selain keadaan hujan tetapi dia berkeras tetap nak pergi juga.
“Kira-kira lepas sejam lebih, saya dapat tahu daripada keluarga maklumkan dia terlibat kemalangan,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan di Kilometer 76.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berlaku antara sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner dengan motosikal mangsa jenis Yamaha Y15.
Langgar belakang kereta, cuaca hujan lebat
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menungang motosikal dikatakan bergerak laju dari arah Gurun menghala ke Alor Setar telah melanggar belakang kenderaan SUV yang sedang bergerak perlahan di lorong kiri dipercayai mengalami kesesakan disebabkan kemalangan yang berlaku di arah sama iaitu di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah pada pelbagai bahagian.
“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat, suasana gelap tanpa lampu jalan dan jalan lurus,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
Kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Sinar Harian

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post “Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-sangka-arwah-beriya-nak-bergambar-raya-petanda-akan-pergi-selamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 254 hits
Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh salah seorang netizen berkenaan sikap anak perempuan kesayang beliau yang menginginkan hasil duit raya si kecil itu ditukarkan di kedai emas Keinginan anak kecil tersebut membuatkan ibu kepada...
Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 195 hits
Rindu yang tiada penghujung Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu Nur Hanis meninggal dunia pada u...
Kalau Nak Kira Juga Kenalah Intai Che Ta Kali Ini Tak Kongsi Jumlah Baju Raya Buat Awal Elak Kalut

Kalau Nak Kira Juga Kenalah Intai Che Ta Kali Ini Tak Kongsi Jumlah Baju Raya Buat Awal Elak Kalut

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 395 hits
Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta memilih untuk tidak berkongsi mengenai persalinan baju rayanya tahun ini atas alasan tersendiri Menurut Che Ta dia bagaimanapun tetap akan berkongsi mengenai aktiviti sambutan lebarannya bersama ke...
Kucing Pun Nak Raya Pakai Baju Melayu Baju Kurung

Kucing Pun Nak Raya Pakai Baju Melayu Baju Kurung

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 215 hits
Antara koleksi kucing yang dipakaikan baju Melayu dan pakaian raya PETALING JAYA Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini rata ratanya disambut dengan penuh meriah oleh orang ramai dengan memperagakan busana Melayu yang baharu dan cantik Nam...
Nak Menyusu Direct Ke Guna Botol Waktu Raya Ni Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

Nak Menyusu Direct Ke Guna Botol Waktu Raya Ni Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 167 hits
Sambutan hari raya bertambah meriah dan menyeronokkan bila dapat berkumpul bersama sanak saudara Bagi ibu yang masih menyusukan anak kadangkala masa menziarah sanak saudara boleh menjadi saat yang agak kelam kabut bila anak menangis nak men...
Iqbal Tunai Janji Nak Bagi Netizen Duit Raya Rm70 000 Di Klia2 Malam Ni

Iqbal Tunai Janji Nak Bagi Netizen Duit Raya Rm70 000 Di Klia2 Malam Ni

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 308 hits
nbsp Sebagaimana yang telah dijanjikan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal akan mengagihkan duit raya kepada orang ramai bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sekitar pukul 8 45 malam ini Dijangka Iqbal akan tiba di KLIA 2 ...
Nak Bagi Duit Raya Kat Kawan Kawan Sekelas Almy Nadia Fizz Fairuz Tunaikan Permintaan Anak

Nak Bagi Duit Raya Kat Kawan Kawan Sekelas Almy Nadia Fizz Fairuz Tunaikan Permintaan Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 202 hits
Satu kelegaan pastinya bagi pelakon Datin Almy Nadia dan Dato Fizz Fairuz selepas dapat menunaikan hasrat anaknya yang ingin memberikan duit raya pada rakan sekelasnya Menerusi Instagramnya Almy berkongsi cerita kisah anaknya yang mahu berk...
Bini Mana Tak Berasap Uqasha Beng4ng Dah Bersiap Cantik Nak Dating Kamal Tukar Plan Pergi Futsal

Bini Mana Tak Berasap Uqasha Beng4ng Dah Bersiap Cantik Nak Dating Kamal Tukar Plan Pergi Futsal

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 148 hits
Menerusi satu klip yang menceritakan kisah pasangan selebriti yang baru bergelar suami isteri mennyertai rancangan The House menjadi topik perbualan ramai apabila mereka melayari bahtera rumahtangga mereka dengan menghadap realiti semasa Pe...
Nak Luang Masa Dengan Anak Tanpa Tahu Abi Pergi Bila Bila Masa Datuk Azizul

Nak Luang Masa Dengan Anak Tanpa Tahu Abi Pergi Bila Bila Masa Datuk Azizul

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 249 hits
Bapa kepada tiga cahaya mata perempuan yang digelar The Pocket Rocketman Datuk Mohamad Azizulhasni Awang berkata sebolehnya setiap hari dia mahu luangkan masa sepenuhnya dengan isteri dan anak anak seperti tiada hari esok Bukan itu saja seb...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew