Bajet Yang Membuatkan Pembangkang Terdiam Akhirnya




Rasanya tidak perlu lagi disebut satu persatu atau didetailkan secara mendalam mengenai kandungan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, semalam.


Semua orang tentunya sudah sedia maklum mengenai bajet yang pertama kali dibentangkan oleh sebuah kerajaan baru selain BN sejak negara merdeka lebih 61 tahun yang lalu.


Apa pasti, bajet ini sangat menggembirakan rakyat dengan peruntukan yang menyeluruh untuk semua sektor, manakala bantuan atau kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk rakyat berpendapatan rendah pula sangat memuaskan hati.


Dari segi peruntukan, sama ada untuk pendidikan, perbelanjaan untuk syiar Islam, bantuan kepada sekolah-sekolah, bantuan sara hidup, subsidi minyak, skim bantuan untuk pekebun getah, kemudahan menggunakan pengangkutan awam, membekukan kenaikan tol, memansuhkan tol motorsikal  dan sebagainya - semuanya dilihat mampu memberi kepuasan yang sepatutnya kepada rakyat.


Setelah rakyat bersatu tenaga dan kemudian berpuas hati dapat menumbangkan kerajaan kleptokrasi pada 9 Mei lalu dan seterusnya menyaksikan Najib Razak serta Rosmah Mansor didakwa di mahkamah, Bajet 2019 ini boleh dikata  kepuasan ketiga bagi rakyat negara ini.


Akhirnya, jangkaan pembangkang, khususnya ramalan Najib sendiri bahawa Bajet 2019 akan menyaksikan banyak pemotongan perbelanjaan, penjimatan yang ketat dan kebaikannya hanya sedikit kepada rakyat, tidak seperti apa yang dilakukan oleh BN selama ini, ternyata meleset sama sekali.


Dari segi peruntukan, Bajet 2019 dijangka membelanjakan sejumlah RM314.5 bilion dan ini adalah lebih tinggi berbanding Bajet 2018 yang hanya memperuntukkan RM290.4 bilion.


Di sebalik penghapusan cukai GST yang membuatkan kerajaan terdahulu senang-senang mengaut RM42 bilion setahun daripada poket rakyat, kerajaan baru Pakatan Harapan, meskipun tanpa bantuan kewangan cukai GST, ternyata lebih mampu menyediakan perbelanjaan yang lebih besar untuk kepentingan rakyat.


Ini dengan sendirinya memperlihatkan Pakatan Harapan mampu mentadbir negara ini dengan lebih baik berdasarkan amalan jimat cermat, tiada pembaziran, mengurangkan ketirisan dan mengelakkan skandal kewangan serta aktiviti penyamunan wang rakyat.


Kemampuan merangka bajet yang baik dan memuaskan hati rakyat ini juga membuat UMNO jadi terdiam dan terkedu di mana akhirnya hanya ulasan remeh-temeh yang kedengaran daripada mulut para pemimpinnya seperti dikatakan "copy paste" daripada BN dan bajet kering, bahkan Zahid Hamidi menolak bajet ini, meskipun beliau sendiri ditolak oleh Pemuda UMNO agar bercuti daripada jawatannya.


Realitinya, dengan bajet yang sebegini baik, walaupun baru tidak sampai enam bulan mengambil alih kerajaan, dan sudah tentu tahun-tahun seterusnya bajet yang dibentangkan akan bertambah baik lagi, ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO dan BN serta akan meletakkan mereka berada lebih lama lagi di kerusi pembangkang di negara ini. (ShahbudinHusin 03/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/bajet-yang-membuatkan-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Bajet Ph Khuatir Kakitangan Awam Pembangkang Terus Bermusuh

Pasca Bajet Ph Khuatir Kakitangan Awam Pembangkang Terus Bermusuh

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 269 hits
Posted By on November 06 2018 Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin meminta semua pihak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan demi memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat Menurut beliau tidak ada gunanya peruntukan yang...
Ada Yang Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Saya Tak Kacak Artis Ini Di Pandang Rendah Tapi Akhirnya Dia

Ada Yang Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Saya Tak Kacak Artis Ini Di Pandang Rendah Tapi Akhirnya Dia

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 639 hits
Ada Yang Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Saya Tak Kacak Artis Ini Di Pandang Rendah Tapi Akhirnya Dia Ada Yang Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Saya Tak Kacak Artis Ini Di Pandang Rendah Tapi Akhirnya Dia
Selepas Tmj Mengamuk Sebab Isu Kasut Emas Macam Cinderella Dan Akhirnya Ini Rupaya Punca Sebenarnya

Selepas Tmj Mengamuk Sebab Isu Kasut Emas Macam Cinderella Dan Akhirnya Ini Rupaya Punca Sebenarnya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 617 hits
Selepas TMJ Mengamuk Sebab Isu Kasut Emas Macam Cinderella Dan Akhirnya Ini Rupaya Punca SebenarnyaSelepas TMJ Mengamuk Sebab Isu Kasut Emas Macam Cinderella Dan Akhirnya Ini Rupaya Punca Sebenarnya
Samsung Akhirnya Perkenalkan Teknologi Smartphone Lipat Infinity Flex

Samsung Akhirnya Perkenalkan Teknologi Smartphone Lipat Infinity Flex

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 325 hits
Samsung akhirnya perkenalkan teknologi smartphone lipat Infinity Flex Setelah kira kira lebih dari lima tahun mengembangkan teknologi rahasia smartphone lipat akhirnya Samsung memperkenalkan teknologi tersebut ke masyarakat
Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018

Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 412 hits
Jika entry sebelum ni mama dihujani pelbagai tandatanya setelah melihat trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 maka hari Selasa lepas Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018 Mama sekeluarga menonton Oper...
Akhirnya Hukum Karma

Akhirnya Hukum Karma

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 638 hits
Krisis perlembagaan yang dicetuskan BN di Perak pada 2009 kembali menghantui gabungan itu di Sabah hari ini Ia apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menggunakan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes itu sebagai rujukan bagi menolak saman...
Akhirnya Doa Dalam Tagar Raisameetsutopo Terwujud Bahagianya Sutopo Bahagianya Warganet Juga

Akhirnya Doa Dalam Tagar Raisameetsutopo Terwujud Bahagianya Sutopo Bahagianya Warganet Juga

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 248 hits
Lagi lagi kekuatan media sosial tagar RaisaMeetSutopo jadi kenyataan Bahagianya Pak Sutopo
Xiaomi Akhirnya Tembus Pasar Amerika Serikat

Xiaomi Akhirnya Tembus Pasar Amerika Serikat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 336 hits
Xiaomi akhirnya tembus pasar Amerika Serikat Salah satu vendor smartphone yang kiprahnya paling baik belakangan ini adalah Xiami Bagaimana tidak hanya berumur 8 tahun kini Xiaomi sudah jadi produsen smartphone terbesar ke empat di dunia
Majalah Mastika Akhirnya Terkubur Selepas 77 Tahun

Majalah Mastika Akhirnya Terkubur Selepas 77 Tahun

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1465 hits
Rasanya netizen tidak perlu diperkenalkan lagi dengan majalah Mastika yang suatu ketika dulu pernah menjadi rebutan setiap orang Setiap keluarannya pasti ditunggu dengan kisah seram mistik dan penuh tauladan yang silih berganti Majalah tert...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi