Bajet 2023 Akan Di Bentang Esok Pm Tidak Mohon Bubarkan Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR - Bajet 2023 akan dibentangkan petang esok oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Ini kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara petang tadi.
Istana Negara dalam kenyataan di Facebook malam ini, memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet petang semalam.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Perkembangan terbaharu itu, meredakan seketika desas desus dan spekulasi kononnya Dewan Rakyat akan dibubarkan petang ini atau pagi esok, sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual jam 4 petang esok.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kepemimpinan UMNO yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masih mahu mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat selepas Bajet 2023 dibentang atau diluluskan kelak.
Terdahulu petang tadi, Ismail Sabri diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira sejam. Kenderaan Toyota Alphard putih yang membawa Perdana Menteri memasuki Istana Negara pada jam 3.49 petang, sebelum keluar menerusi pintu utama pada jam 4.45 petang.
Ketika meninggalkan Istana Negara, Ismail Sabri hanya melambai tangan kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama seawal jam 7.30 pagi. Namun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung pertemuan itu.
Sejurus meninggalkan Istana Negara tadi, Ismail Sabri menghadiri pertemuan dengan 'Top 5' kepemimpinan UMNO di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, namun sehingga awal malam ini, tidak diketahui hasil pertemuan yang berlangsung.
Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi, menarik perhatian ramai berikutan spekulasi beliau akan memohon pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRU-15.
Sebelum ini, khabar angin Perdana Menteri dijangka memohon perkenan baginda untuk membubarkan Parlimen tercetus susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan tahun ini.
Berdasarkan keputusan itu, banyak pihak berpandangan Parlimen perlu dibubar awal atau pertengahan bulan ini kerana PRU-15 berisiko diadakan pada musim tengkujuh dan banjir jika ia dibubarkan lebih lewat dari tempoh itu.
Pada perkembangan sama, seramai 12 Menteri Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) tidak bersetuju terhadap cadangan menetapkan PRU-15 diadakan pada tahun ini, kerana prihatin kesulitan dihadapi rakyat berikutan banjir yang dikhuatiri berlaku ketika peralihan monsun ketika ini dan Monsun Timur Laut yang bermula bulan depan.
Untuk itu, mereka turut mengutuskan surat kepada Seri Paduka bagi menyampaikan pandangan tidak bersetuju PRU-15 diadakan pada tahun ini.
Keprihatinan Seri Paduka terhadap kebimbangan pelbagai pihak berhubung ancaman banjir dan bencana ketika musim Monsun Timur Laut tahun ini, terserlah apabila baginda melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dekat Ampang, pagi semalam.
Dalam lawatan itu, baginda meminta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bersama agensinya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi taklimat berhubung persiapan menghadapi banjir tahun ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/bajet-2023-akan-di-bentang-esok-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Razali Terkilan Pm Tipu Rakyat Setelah Bentang Bajet 2023

Razali Terkilan Pm Tipu Rakyat Setelah Bentang Bajet 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 236 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Razali Idris terkilan kerana Perdana Menteri sendiri mengambil pendekatan menipu rakyat dengan sekadar melakukan pembentangan Bajet 2023 tetapi kemudian membubarkan Parlimen Ketua Badan Pimpinan ...
Rakyat Perlu Menangkan Bn Di Pru15 Jika Mahu Bajet 2023 Direalisasikan

Rakyat Perlu Menangkan Bn Di Pru15 Jika Mahu Bajet 2023 Direalisasikan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 233 hits
Rakyat perlu menangkan BN di PRU15 jika mahu Bajet 2023 direalisasikanFoto Malay MailSegala peruntukan bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan seperti yang diumumkan dalam belanjawan tahun hadapan sudah tersedia untuk direalisasikan ...
Di Jangka Bajet 2023 Lebih Mengembang Utamakan Rakyat

Di Jangka Bajet 2023 Lebih Mengembang Utamakan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 251 hits
Terkini BANK Dunia menjangka Bajet 2023 Malaysia akan lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas Menurut Apurva Sanghi Ketua Ekonomi Bank Dunia ...
Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 225 hits
agendaily com1 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya faham kenapa PRU 15 perlu disegerakan Pengumuman UMNO semalam bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan ...
Utamakan Keselamatan Rakyat Selangor Pulau Pinang Negeri Sembilan Hanya Akan Bubarkan Dun Pada 2023

Utamakan Keselamatan Rakyat Selangor Pulau Pinang Negeri Sembilan Hanya Akan Bubarkan Dun Pada 2023

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 434 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menegaskan tiga negeri di bawah kepimpinan mereka iaitu Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing biarpun Parlimen dibubarkan dalam masa terd...
Spekulasi Bubar Dewan Rakyat Bersidang Seperti Biasa Esok Speaker

Spekulasi Bubar Dewan Rakyat Bersidang Seperti Biasa Esok Speaker

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 230 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 10 2022 12 48 PMMesyuarat Dewan Rakyat esok akan diteruskan seperti yang dijadualkan maklum Speaker Azhar Azizan Harun Dia dipetik Berita Harian berkata bahawa Dewan Rakyat dijadual untuk membahaskan Bajet 20...
Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

Bajet 2023 Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 526 hits
Pada 7 Oktober 2022 Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz membuat pembentangan Bajet 2023 yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat kelangsungan perniagaan kemakmuran ekonomi dan kecek...
Import Makanan Cecah Rm70 Bilion Bajet 2023 Perlu Hasilkan Makanan Dalam Negara

Import Makanan Cecah Rm70 Bilion Bajet 2023 Perlu Hasilkan Makanan Dalam Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 328 hits
Belanjawan 2023 perlu fokus ke arah menghasilkan makanan dalam negara kerana import makanan telah mencecah sekitar RM70 bilion setahun Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin pada 2020 import makanan negara adalah sebanyak RM...
Pm Yakin Bajet 2023 Dapat Sokongan Ahli Parlimen

Pm Yakin Bajet 2023 Dapat Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 209 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob yakin Bajet 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat ini akan mendapat sokongan Ahli Parlimen supaya ia dapat untuk diluluskan nbsp Saya percaya bajet akan diterima sebab bajet ini untuk rakyat kalau pembangka...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr