Import Makanan Cecah Rm70 Bilion Bajet 2023 Perlu Hasilkan Makanan Dalam Negara




 Belanjawan 2023 perlu fokus ke arah menghasilkan makanan dalam negara kerana import makanan telah mencecah sekitar RM70 bilion setahun.

Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, pada 2020 import makanan negara adalah sebanyak RM55.5 bilion.

Tahun 2021, Malaysia mengimport RM63 bilion makanan, naik 13.5%. Hal itu, katanya merupakan satu record tertinggi dalam sejarah.

Dengan kenaikan harga komoditi dan makanan di pasaran dunia, jelas Sim, pengimportan makanan tahun 2022 mungkin mencapai RM70 bilion.

"Maka kerajaan dalam bajet 2023 harus menumpukan segala usaha meningkatkan pengeluaran makanan domestik. Lebih kurang 1 juta warga petani, nelayan dan penternak mengharapkan kerajaan menambahkan peruntukan untuk meningkatkan pengeluaran sektor pertanian.

"Sektor pertanian mengalami tekanan yang serius pada tahun 2022," katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Parlimen Pertanian dan Komoditi KEADILAN itu membariskan masalah yang dihadapi sektor pertanian berupa kenaikan kos input pertanian seperti baja yang naik 150%; makanan haiwan naik 200% dan racun serangga naik 100%.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, subsidi kerajaan tidak mencukupi menyebabkan petani mengurangkan pengeluaran di samping masalah mendapatkan pekerja asing.

"Ketika Belanjawan 2023 menjadi tumpuan rakyat Malaysia, apakah perancangan kerajaan mengatasi segala cabaran demi memastikan sekuriti makanan rakyat Malaysia terjamin. Saya ingin mencadangkan 3 penambahbaikan dalam Belanjawan 2023 demi membantu para petani," katanya.

Sehubungan itu, Sim mencadangkan agar dirangka peruntukan khas untuk sektor pertanian seperti memperuntukan RM5 bilion Tabung Subsidi Sektor Pertanian

Katanya, sektor pertanian seperti padi beras, sayur-sayuran dan buah-buahan menghadapi kenaikan kos baja dan racun serangga.

Sektor penternakan ayam, penelur, ruminan, khinzir dan akuakultur pula menghadapi kenaikan kos makanan haiwan. Oleh itu, kerajaan harus memberi subsidi input pertanian demi mengurangkan harga makanan di pasaran.

Juga memperuntukkan RM5 bilion Tabung Pinjaman Pemodenan Agrofood

"Sektor pertanian ini perlu dimodenkan supaya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing. Para petani memerlukan pinjaman faedah rendah dan mudah untuk memodenkan ladang mereka. Kerajaan harus membantu meningkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.

"Pembebasan cukai secara automatik mesti diberikan kepada semua pengusaha, petani, nelayan dan penternak dalam sektor agro-makanan selama 5+5 tahun.

"Demi menggalakkan pelaburan dalam sektor agro-makanan, kerajaan sewajarnya memberi pembebasan cukai kepada semua pengusaha yang layak.

"Walaupun MoF ada program sedia ada, tetapi ia penuh dengan karenah birokrasi dan selalunya pengusaha kecil dan sederhana tidak berjaya mendapat pelepasan cukai. Pelepasan cukai secara automatik akan membantu petani, nelayan dan penternak yang kecil dan sederhana," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru itu, tiba masanya kerajaan mengubah dasar pertanian negara kerana pada tahun tahun sebelum ini amat kurang fokus diberikan kepada sektor pertanian dan makanan.

"Masa sudah berubah. Kerajaan-kerajaan seluruh dunia telah mengubah fokus kepada sekuriti makanan. Malaysia juga perlu berubah fokus.

"Saya mengharapkan Kementerian Kewangan memberi tumpuan yang lebih serius dalam sektor pertanian dalam Belanjawan 2023 ini," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/import-makanan-cecah-rm70-bilion-bajet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2023 Dnb Akan Perluas Rangkaian 5g Di Seluruh Negara

Bajet 2023 Dnb Akan Perluas Rangkaian 5g Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 187 hits
Dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul pelbagai bantuan dan penambahbaikan telah diumumkan termasuk dari segi infrastruktur digital dan capaian internet Bagi tahun 2023 kerajaan mengumumkan Digital Nasional Berhad...
Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 181 hits
Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gula gula pilihan raya yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentang oleh kerajaan BN semalam Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin belanjawan yang banyak mengumumkan pemberian d...
Awani Ringkas Bajet 2023 Peruntuk Rm372 3 Bilion

Awani Ringkas Bajet 2023 Peruntuk Rm372 3 Bilion

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 204 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Terima Peruntukan Rm15 1 Bilion Bajet 2023 Bantu Kpt Memacu Masa Depan Anak Bangsa

Terima Peruntukan Rm15 1 Bilion Bajet 2023 Bantu Kpt Memacu Masa Depan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 183 hits
Beberapa hari lalu ramai menerima khabar gembira apabila berpeluang menikmati taraf kehidupan lebih baik sebaik sahaja pembentangan Bajet 2023 dibentangkan pada Jumaat lalu Ini termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi apabila menerima perun...
Rm372 34 Bilion Untuk Belanjawan 2023 Bajet Pru 15

Rm372 34 Bilion Untuk Belanjawan 2023 Bajet Pru 15

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 200 hits
Belanjawan negara untuk tahun depan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini 7 Oktober 2022 Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan mendedahkan pelan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372 340 ...
Bajet 2023 Rm300 Juta Bagi E Sukan Pengecualian Duti Import Amp Amp Cukai Jualan Untuk Peralatan Studio

Bajet 2023 Rm300 Juta Bagi E Sukan Pengecualian Duti Import Amp Amp Cukai Jualan Untuk Peralatan Studio

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 152 hits
Tengku Zafrul dalam Bajet 2023 tadi mengumumkan kerajaan Malaysia akan membelanjakan sebanyak RM13 juta untuk pembangunkan e Sukan seluruh negara Selain itu kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk inisiatif dipanggil DEKA...
Bajet 2023 Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Mujahid

Bajet 2023 Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Mujahid

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 212 hits
Bajet 2023 bernilai RM369 34 Bilion dimana RM272 34 Bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala untuk Pembangunan bernilai RM97 Bilion Sektor sosial mendapat peruntukan terbesar dalam perbelanjaan mengurus iaitu RM108 Bilion Bajet ka...
Bajet 2023 Tambah Baik Bantuan Keluarga Malaysia

Bajet 2023 Tambah Baik Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 276 hits
Bajet 2023 berjumlah RM372 3 bilion ini menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding Bajet 2022 iaitu sebanyak RM332 bilion Bajet ini menyediakan RM272 3 bilion bagi Belanja Mengurus RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di ...
Belanjawan Dibentang Semula Jika Pru Sebelum Bajet 2023 Dilulus

Belanjawan Dibentang Semula Jika Pru Sebelum Bajet 2023 Dilulus

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 187 hits
Belanjawan negara untuk tahun depan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini 7 Oktober 2022 Belanjawan baharu perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen Pemb...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


New Order

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord