Bajet 2022 Berita Gembira Untuk Penjawat Awam




KUALA LUMPUR: Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi perhatian dan tidak akan dilupakan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.

"Kita sangat menghargai penjawat awam kerana mereka sangat penting kepada pembangunan negara, tentu sekali tidak pernah melupakan mereka... tunggu sajalah pembentangan Bajet 2022," katanya ketika ditanya mengenai 'berita baik' bagi penjawat awam dalam belanjawan tahun depan semasa Wawancara Bajet 2022 media bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Dua aspek yang diberi tumpuan dalam Bajet 2022 adalah penjanaan pekerjaan bagi sektor swasta dan awam bagi mengatasi masalah pengangguran dan pendidikan yang merangkumi peruntukan untuk institusi pendidikan bukan hanya untuk Sekolah Kebangsaan, tetapi juga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil serta Maahad Tahfiz.

Ismail Sabri berkata, penjanaan pekerjaan melibatkan semua pihak, golongan belia, rentan dan orang kurang upaya (OKU).

"Hampir 440,000 penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan berjaya dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 22 Okt lepas menerusi pelbagai inisiatif," katanya.

Beliau berkata, majoriti daripada kejayaan itu disumbangkan oleh penempatan pekerjaan secara pengambilan terus menerusi program Penjana Kerjaya, program Short-term Employment Program atau MySTEP serta Program Perantisan dan Skim Perantisan Nasional (SPN) membabitkan peruntukan RM3.9 bilion.

Katanya, kadar pengangguran dalam negara juga beransur pulih dari nilai tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos lepas hasil program latihan relevan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran selari permintaan industri.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat supaya mendengar dan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal mereka peroleh daripada Bajet 2022.

Dalam sektor pendidikan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan terus menekankan kualiti pendidikan serta membina ketahanan sistem pendidikan negara berdasarkan pengalaman semasa pandemik COVID-19 selain memberi perhatian mengenai pembayaran pinjaman pendidikan.

Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga akan menyokong kembali sesi pembelajaran yang lama terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi dan sosial terutama melalui agenda digitalisasi menerusi penyediaan kemudahan serta bantuan pendidikan kepada golongan B40 yang paling terjejas.

"Apa yang penting adalah imunisasi anak-anak kita yang sekarang ini sedang berjalan lancar dan ini salah satu aspek yang akan menentukan kejayaan pembukaan sekolah semula, di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik dan berdisiplin," katanya.

Beliau berkata, sekolah-sekolah daif khususnya di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam Bajet 2022 yang mana ia akan dibaik pulih bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan sempurna.

Katanya, Bajet 2022 akan membantu Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19.

- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2021/10/bajet-2022-berita-gembira-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam Ptptn

Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 775 hits
Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN Assalammualaikum semua Hari ni telah berlangsung Siaran Khas Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zefrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan ...
Bajet 2022 Inovasi Ekonomi Jamin Kedudukan Belia

Bajet 2022 Inovasi Ekonomi Jamin Kedudukan Belia

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 210 hits
Isu gaji minima bukanlah satu satunya aspek yang perlu ditekankan dalam menyelesaikan masalah kos sara hidup dan pengangguran yang dihadapi golongan belia Bagi pengasas bersama UNDI18 Tharma Pillai pokok pangkal dalam menjamin anak muda men...
Kuala Krai 7 Individu Termasuk Penjawat Awam Didakwa Terlibat Laga Ayam

Kuala Krai 7 Individu Termasuk Penjawat Awam Didakwa Terlibat Laga Ayam

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 360 hits
Tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan sabung ayam pada bulan lalu Kesemua tertuduh Mohd Zin Kadir 74 Mohd Zin Ab Latif 51 Noraizat D...
Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 268 hits
Datu Rosmadi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Bersama Pasukan pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Sabah Datuk Masnah Mat Salleh Foto NSTP MOHD ADAM ARININ Pelalian syarat mohon...
Mahfuz Omar Dr Ismail Salleh Isu Pandora Papers Bajet 2022

Mahfuz Omar Dr Ismail Salleh Isu Pandora Papers Bajet 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 291 hits
ISU YANG DIKETENGAHKAN IALAH1 DALAM KONTEK RMK 12 DALAM KERAJAAN MELIHAT 12 KALI MERANCANG MASIH TAK LEPAS IALAH KEMISKINAN LUAR BANDAR 2 PEMIMPIN BUKAN TEMPAT MEMBINA KEKAYAAN DAN BUKAN MEMBANTU RAKYAT3 PEMIMPIN PAS TIDAK CAKNA SOAL JUDI A...
Bajet 2022 Kerajaan Sasar Tingkatkan Amalan Digital Dalam Kalangan Pks

Bajet 2022 Kerajaan Sasar Tingkatkan Amalan Digital Dalam Kalangan Pks

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 232 hits
Bajet 2022 dirangka berdasarkan senario negara yang sedang pulih dari krisis pandemik selain memberi tumpuan kepada agenda pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G program Jendela serta meningkatkan amalan digital terutamanya dalam kalangan per...
Program Subsidi Upah Perlu Rm1 Bilion Sebulan Bajet 2022

Program Subsidi Upah Perlu Rm1 Bilion Sebulan Bajet 2022

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 341 hits
Program subsidi upah yang berakhir pada Disember 2021 perlu diteruskan dan diberi peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2022 Pembantu Jurucakap Pekerja dan Hak Pekerja KEADILAN Hassan Abdul Karim berkata program berkenaan dilihat amat mem...
Bajet 2022 Usahawan Muda Perlu Sokongan Pemasaran Digital

Bajet 2022 Usahawan Muda Perlu Sokongan Pemasaran Digital

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 231 hits
Usahawan muda yang berniaga dalam talian di Kelantan berharap Belanjawan 2022 dapat membantu mereka dari segi sokongan pemasaran digital Walaupun ramai anak muda yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana sudah lama bertapak lama di p...
Bajet 2022 Beri Latihan Dan Dorongan Kepada Asnaf

Bajet 2022 Beri Latihan Dan Dorongan Kepada Asnaf

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan disaran mengutamakan peruntukan latihan dorongan serta peralatan mesin kepada golongan asnaf dalam pembentangan Bajet 2022 kelak berikutan pendekatan itu dilihat lebih praktikal Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidi...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama