Bajet 2021 Tergantung Jika Muhyiddin Hilang Sokongan



Perdana Menteri (PM) kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya melepaskan jawatan seandainya beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amuriddin Haron berkata, keengganan Muhyiddin berbuat demikian memungkinkan Belanjawan atau Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober atau November ini akan tergantung kerana gagal mendapat kelulusan Parlimen.
“Kita tidak lupa bahawa Bajet akan dibentangkan dalam sebulan ini. Kalau Bajet (yang disediakan oleh PN) ini tidak akan diterima oleh Ahli Parlimen.
“Bila bajet tidak diterima ini menunjukkan sokongan kepada pemerintah bermasalah dan menunjukkan negara kita lemah. Kalau tidak lulus macam mana kita mahu melaksanakan perbelanjaan kewangan pada tahun hadapan, mahu bayar gaji dan sebagainya.
“Inilah risiko yang mungkin berlaku. Lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM segera. Ini doa kita. Terus mengharap kepada Allah agar memudahkan urusan ini.
“Kalau di Timur Tengah ada Erdogan, di Asia Tenggara kita berharap sangat ada Datuk Seri Anwar (sebagai pemimpin besar di rantau ini),” katanya dalam Forum “DSAI PM9 Malaysia, Langkah ke hadapan” anjuran Gabungan Reformis Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui Facebook dari Kediaman Menteri Besar di Seremban, malam tadi.
Menurut Amiruddin lagi, penyokong Reformasi juga harus bersiap sedia dengan beberapa kemungkinan sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati Muhyiddin kehilangan sokongan.
Katanya, terdapat dua kemungkinan, sama ada jawatan PM akan diserahkan kepada Anwar atau Agong akan bersetuju untuk membubarkan Parlimen dan Reformis perlu bekerja kuat untuk memenangkan Pakatan Harapan.
“Kita terima bahawa dalam pertemuan PM dengan Agong ada dua kemungkinan. Saya ada berbincang dengan pengamal undang-undang, menyatakan bahawa, pertama, sama ada dia (Muhyiddin) boleh serahkan (jawatan) dengan cara baik, nyatakan tidak ada sokongan dan Agong tentukan siapa yang akan menggantikan. Kedua dia memilih untuk membubarkan Parlimen. Kalau dibubarkan parlimen adakah kita bersedia? Itu persoalan kita.
“Pilihan raya kita harap tidak berlaku dalam suasana Covid 19 yang kritikal dan mungkin datang gelombang ketiga kalau pilihan raya dipanggil untuk menentukan kepimpinan baru. Saya rasa Covid 19 ini akan mendatangkan lebih banyak masalah,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Amiruddin menolak tuduhan pihak lawan kononnya Anwar kemaruk merebut kuasa di tengah-tengah pandemik Covid 19.
Menurutnya, Anwar tidak ‘gila kuasa’ kerana telah sanggup menunggu selama 22 tahun. Anwar hanya ingin merobah Malaysia menjadi lebih baik ditengah-tengah barah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29939

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Muhyiddin Tidak Cukup Sokongan Bajet 2021 Tergantung Aminuddin Harun

Jika Muhyiddin Tidak Cukup Sokongan Bajet 2021 Tergantung Aminuddin Harun

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya melepaskan jawatan seandainya beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan ahli ahli Parlimen Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Am...
Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 379 hits
Pada 23 September 2020 jam 12 10 tengahari bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada A...
Tarik Balik Sokongan Kepada Muhyiddin Jika Km

Tarik Balik Sokongan Kepada Muhyiddin Jika Km

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 262 hits
FMT Seorang pemimpin Pemuda Umno mendesak supaya Barisan Nasional menarik balik sokongan kepada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya ketua menteri Sabah yang baru dilantik dari PPBM Dalam catatan di Facebook Nazi...
Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak pernah membuktikan sokongan yang diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu melalui undi di ...
Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 651 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara mengesahkan 11
Muhyiddin Hilang Majoriti Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat

Muhyiddin Hilang Majoriti Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 280 hits
Ahli ahli Parlimen KEADILAN menyokong agar segera dikembalikan kerajaan yang diberi mandat memerintah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Menurut Ketua Whip Parlimen KEADILAN Datuk Johari Abdul Ahli ahli Parlimen yang bermesyuara...
Muhyiddin K Jaan Baru Sabah Akan Dapat Sokongan Padu Kerajaan Pusat

Muhyiddin K Jaan Baru Sabah Akan Dapat Sokongan Padu Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 369 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menunaikan segala janji dalam kempennya sempena Pilihan Raya Negeri Sabah dan kerajaan negeri yang terbentuk mendapat sokongan padu kerajaan Persekutuan pimpinannya Segala yang dikempen ...
Hilang Majoriti Pkr Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Hilang Majoriti Pkr Desak Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 357 hits
Perdana Menteri kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap telah hilang keabsahan sebagai PM sebaik sahaja pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September lalu bahawa majoriti Ahli ahli ...
Rentasan Mingguan 083 Pm 8 Hilang Majoriti Kerajaan Muhyiddin Bakal T

Rentasan Mingguan 083 Pm 8 Hilang Majoriti Kerajaan Muhyiddin Bakal T

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 329 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0831 TANGGUNGJAWAB KITA SELAMATKAN NEGARA 2 PILIHAN RAYA NEGERI SABAH TIBA MASANYA KITA INSAF 3 PAS SEMAKIN TIDAK SIGNIFIKAN 4 PRINSIP ROH DAN NYAWA PAKATAN HARAPAN
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins