Baiki Umno Sebelum Kukuhkan Hubungan Dengan Ph Kata Wan Agyl



Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan berkata, hubungan antara Umno dan PH akan lebih kukuh jika Umno sendiri kuat. (FMT) – Seorang pemimpin Pemuda mahu kepimpinan Umno fokus pada usaha memperkukuh parti sebelum menambah baik hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan berkata, hubungan antara Umno dan PH akan menjadi kukuh secara semulajadi jika Umno sendiri kuat.
Bagaimanapun, katanya, hal ini tidak berlaku selepas Umno sekali lagi menunjukkan prestasi buruk pada PRN baru-baru ini.
Beliau memberitahu FMT, PH mungkin “menggugurkan” parti itu jika sokongan pengundi Melayu terus merudum. Jika ini berlaku, katanya, kerajaan perpaduan tidak lagi memerlukan Umno sebagai sekutunya untuk kekal di Putrajaya.
“Bila parti akan tangani masalah (hilang sokongan Melayu)? Kedudukan kita (Umno) sekarang dalam kerajaan perpaduan masih tidak diterima pengundi Melayu,” katanya.
“Jadi apa lagi selepas ini? Kita belum jelaskan kedudukan kita dalam kerajaan perpaduan, jadi bagaimana nak kekalkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu?”
Wan Agyl turut menggesa kepimpinan parti mendedahkan dapatan pascanilai dilakukan susulan PRN di enam negeri.
“Kami mahu tahu (kesimpulan dicapai) kerana menurut mereka laporan pascanilai telahpun diterima,” katanya.
Minggu lepas, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti telah memutuskan untuk memperkukuh hubungan dengan rakan parti komponen PH pada semua peringkat bagi memastikan kestabilan politik.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengalu-alukan pengumuman Asyraf itu, yang dipercayainya dapat membantu memastikan kelanjutan hayat kerajaan perpaduan.
Beliau yakin dengan sedikit masa, akar umbi Umno akan lebih selesa untuk bekerjasama dengan PH.
Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, akar umbi Umno lebih selesa bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana menjadi sebahagian daripada pentadbiran sama selama dua setengah tahun, bawah pimpinan Muhyiddin Yassin kemudian Ismail Sabri Yaakob.
“Ini sesuatu yang perlu kita tangani untuk menstabilkan kerajaan dan memperkukuh hubungan antara PH dan BN,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, segelintir ahli Umno mungkin memerlukan lebih masa untuk menerima kerjasama antara Umno dan PH yang sebelum ini bersaing.
Mazlan menggesa pemimpin parti menemui ahli akar umbi bagi meyakinkan mereka mengenai manfaat kerjasama ini dalam realiti politik kini.
“Kolaborasi ini (PH-Umno) belum pun setahun, jadi Umno dan PH perlu lebih masa untuk saling mengenali dan sesuaikan pendekatan masing-masing,” katanya.
“Jika dilakukan dengan baik, dan dengan DAP juga lebih bertoleransi, saya percaya ia akan lebih berjaya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/09/21/baiki-umno-sebelum-kukuhkan-hubungan-dengan-ph-kata-wan-agyl/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Laungan Peliwat Di Dewan Rakyat Wan Saiful Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm

Kecoh Laungan Peliwat Di Dewan Rakyat Wan Saiful Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 166 hits
agendaily com20 09 2023Wan Saiful membidas Anwar berhubung kekecohan di Dewan Rakyat pada 19 September 2023 semasa memberi penjelasan isu kes rasuah Zahid Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat semalam semasa Anwar Ibrahim memberi penjelasa...
Ekonomi Mahathir Firaunik Kata Pas Sebelum Ini

Ekonomi Mahathir Firaunik Kata Pas Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 197 hits
HarapanDaily comSeorang bekas pemimpin kanan Pas mengingatkan parti itu pernah menggelarkan model ekonomi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai firaunik Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang kini Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berkata ada...
Wallahi Wabillahi Watallahi Tak Pernah Diguna Dalam Perlembagaan Persekutuan Kata Wan Junaidi

Wallahi Wabillahi Watallahi Tak Pernah Diguna Dalam Perlembagaan Persekutuan Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 286 hits
KALIMAH Wallahi Wabillahi Watallahi tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59 Perlembagaan Persekutuan sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957 Yang Dipertu...
Umno Tak Mungkin Pulih Semula Kata Dr M

Umno Tak Mungkin Pulih Semula Kata Dr M

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 163 hits
Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjuangan Umno bukan lagi untuk bangsa negara dan agama tetapi demi menyelamatkan Presidennya Zahid Hamidi JOHOR BAHRU Dr Mahathir Mohamad berkata tidak mungkin Umno dapat dipulihkan semula Justeru beliau memin...
Umno Sahabat Setia Bantu Raih Lebih 50 Undi Melayu Kata Mat Sabu

Umno Sahabat Setia Bantu Raih Lebih 50 Undi Melayu Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 180 hits
Mohamad Sabu berkata kemenangan PRK Pulai dan Simpang Jeram menolak ombak politik melampau dibawa PN PETALING JAYA Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kemenangan besar Pakatan Harapan pada PRK Pulai dan Simpang Jeram hari ini disumbangkan ...
Umno Kena Solo Pilihan Raya Pisahkan Diri Dengan Dap Kata Isham

Umno Kena Solo Pilihan Raya Pisahkan Diri Dengan Dap Kata Isham

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 220 hits
freemalaysiatoday com 11 Sep 2023Ahli MKT itu berkata strategi itu penting demi meraih semula sokongan akar umbi tanpa memaksa mereka terima DAP Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil berkata Umno Barisan Nasional boleh kekal sebahagi...
Umno Akan Lenyap Jika Terus Bekerjasama Dengan Dap Kata Orang Kuat Najib

Umno Akan Lenyap Jika Terus Bekerjasama Dengan Dap Kata Orang Kuat Najib

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 155 hits
malaysianow com mySeptember 11 2023Isham Jalil berkata bahawa parti itu berada dalam keperluan mendesak untuk mengembalikan semula kepercayaan di kalangan ahli akar umbinya Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen DAP 2023 pada 10 September di Pu...
Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 351 hits
Seorang bekas menteri berkata sebarang langkah untuk menggabungkan Kuala Lumpur dengan Selangor akan menyebabkan Dewan Undangan Negeri mendapat sekurang kurangnya 24 lagi tambahan kerusi majoriti bukan Melayu keputusan yang katanya akan men...
Bekas Exco Melaka Jailani Akan Dipecat Umno Kata Sumber

Bekas Exco Melaka Jailani Akan Dipecat Umno Kata Sumber

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 144 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Bekas exco Melaka Jailani Khamis akan dipecat Umno kata sumber Sumber itu berkata pemecatan Adun Rembia antara agenda akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini Pada Mac 2020 Jailani ...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Time Management For Entrepreneurs

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia