Baik Syok Sendiri Perjuang Islam Dari Bantu Dap


NAZMAN CHE IBRAHIM



SEDIH apabila YB Senator menyebut “tiada apa apa pun hal yang boleh dibanggakan bagi menunjukkan negeri itu (Kelantan) lebih Islamik”. Takkanlah tiada langsung kebaikan negeri ini di mata Yang Berhormat? Tiadanya kedai kedai menjual nombor ekor dan premis judi di negeri ini berbanding negeri negeri lain, tidak istimewakah bagi Datuk?

Dataran Stadium negeri ini tempat kita semua mengadakan solat tarawih, khatam dan daurah al Quran, disuburi dengan majlis majlis ilmu setiap tahun pada bulan Ramadan, tidak gembirakah Datuk dengan biah solehah sebegini?

Suburnya kelas kelas pengajian agama, berkembangnya pondok pondok dan madrasah di negeri ini sepanjang hampir 30 tahun Kelantan ditadbir dengan dasar Islam, tidakkah melegakan hati Datuk?

Bersihnya pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tempoh ini tanpa terpalit dengan sebarang kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tidakkah nampak kesan negeri ini ditunjangi oleh Islam?

Walaupun YB Senator mengatakan Kelantan hanya merasa “syok sendiri” dengan perkataan dan konotasi Islamik, itu sebenarnya lebih baik daripada bersekongkol dengan DAP yang secara jelas dan terang menghalang segala usaha PAS untuk meletakkan Islam pada tempat yang tertinggi dalam negara sendiri. Syok sendiri perjuangkan Islam lebih baik daripada syok sendiri bertembung dengan perlaksanaan Islam.

Kenyataan YAB Menteri Besar Negeri Kelantan berkaitan kes remaja yang disyaki memijak Al-Quran nampaknya disalah ertikan oleh sebilangan kecil pihak termasuk YB Senator. Semua orang memahami dengan mudah akan maksud YAB Menteri Besar bahawa kes tersebut adalah satu ujian dan cabaran buat negeri ini yang cuba untuk mendidik rakyatnya dengan agama Islam yang menyeluruh, namun masih sahaja ada segelintir kecil remaja yang tertinggal dan tercicir daripada program program tarbiah dan juga pendidikan keagamaan.

Jelas dan terang. Ia tidak perlu disensasikan pun. Malahan bukan sahaja menjadi cabaran kepada kerajaan negeri, tetapi juga kepada kerajaan pusat yang memiliki segala macam media massa, akhbar arus perdana, televisyen, JAKIM, IKIM, YADIM dan seluruh agensi serta badan dakwah juga organisasi penerangan, untuk membina generasi yang benar benar memahami Islam. Atau adakah setelah PAN pergi menjauhi PAS serta aspirasi perjuangan Islamnya, maka PAN dan PH terlepas daripada memikirkan aspek dakwah dan pendidikan Islam ini?

YB Senator turut mempersoalkan ukuran KPI yang mengatakan Kelantan lebih islamik. Ya, agak melucukan. KPI bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan dalam soal ini. Jika kita mahu bertanya pun, kenapa sejak 1990 sehingga YB meninggalkan PAS pada 2015, perjuangan Islam pernah menjadi dokongan utama bagi YB Datuk? Apakah KPI, rasional dan MBO bagi pihak YB sewaktu berada 25 tahun dalam kerajaan Islam Kelantan? Adakah sepanjang tempoh yang panjang itu Datuk tidak merasakan apa apa yang “Islamik” telah dilakukan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz dalam mentadbir negeri ini?

Satu petikan daripada ribuan kata kata YB Datuk satu ketika dahulu, “parti ini tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum Hudud. Sebab itulah kerajaan PAS Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan” (Laporan Mstar 22 Disember 2008). Harapnya kemanisan memperjuangkan “Kelantan Islamik” tidak akan pernah sirna dari memori kita semua. HARAKAHDAILY





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/baik-syok-sendiri-perjuang-islam-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islamik Syok Sendiri

Islamik Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 263 hits
Tanggapan PAS Kelantan bahawa kerajaan negeri itu lebih Islamik berbanding negeri lain adalah takrifan syok sendiri kata Pengerusi PH Kelantan Husam Musa Hakikatnya kata anggota Dewan Negara itu jika diperhalusi keadaan semasa di Kelantan t...
Agenda Sulit Dap Lantik Orang Sendiri Nak Kaut Kekayaan Negara

Agenda Sulit Dap Lantik Orang Sendiri Nak Kaut Kekayaan Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 781 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius tindakan Menteri MESTECC YB Yeo Bee Yin untuk melantik YB Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Keputusan ini secara jelasnya menyerlahkan lagi kerakusan DA...
Dr Mahathir Merestui Langkah Dap Membangsatkan Masyarakat Melayu Islam Dan Bumiputera Malaysia

Dr Mahathir Merestui Langkah Dap Membangsatkan Masyarakat Melayu Islam Dan Bumiputera Malaysia

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 666 hits
Semalam dalam laman blog nie admin buat pencerahan kenapa seruan Dr Mahathir supaya masyarakat Melayu Islam sertai Bersatu MESTI di tolak Secara ringkasnya dalam siaran semalam admin senaraikan beberapa aset yang berpotensi milik masyarakat...
Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik

Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 554 hits
Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik Photo by it s me neosiam from Pexels Kebersihan dan Iman
Kenapa Dap Tidak Bantu Anwar

Kenapa Dap Tidak Bantu Anwar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 380 hits
Oleh Raja Petra Kamarudin Adakah anda menyedari bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu senyap terhadap video lucah gay Azmin Haziq Biasanya pasukan ayah anak ini selalu bercakap semua perkara Mereka juga bahkan akan berdakwah kepada o...
Lebih Baik Buat Sendiri Jom Buat Fucuk

Lebih Baik Buat Sendiri Jom Buat Fucuk

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 643 hits
Hidup lama dah tak tau pulak fucuk ni boleh buat sendiri akhirnya berjaya juga buat kepada kawan yang nak cuba ni akak kongsikan resepi ye
Pakistan Sambut Baik Usaha Cetuskan Semula Kebangkitan Islam

Pakistan Sambut Baik Usaha Cetuskan Semula Kebangkitan Islam

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 284 hits
Pakistan sambut baik usaha cetuskan semula kebangkitan Islam Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jul 2019 12
Rancangan Bayan Linnas Dan Jalan Amanah Bantu Penyampaian Nilai Islam Di Tv Alhijrah

Rancangan Bayan Linnas Dan Jalan Amanah Bantu Penyampaian Nilai Islam Di Tv Alhijrah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 545 hits
TV AlHijrah kini sedang menyiarkan dua rancangan istimewa iaitu rancangan Bayan Linnas dan rancangan Jalan Amanah khas untuk tontonan penonton setianya Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Encik Namanzee Harris TV AlHijrah sentiasa b...
Ngo Ngo Wanita Islam Bantah Pelantikan Rania

Ngo Ngo Wanita Islam Bantah Pelantikan Rania

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 419 hits
HARAKAHDAILY MERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye kami NGO NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism Malaysi...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa