Bahaya Tripping Jump Challenge
BAHAYA TRIPPING JUMP CHALLENGE
BAHAYA TRIPPING JUMP CHALLENGE
Terkini, satu cabaran baharu yang tengah trending sekarang adalah tripping jump challenge . Ia bukan hanya di Malaysia malah popular seluruh dunia.
Ramai yang sedar tentang bahaya melakukan aksi ini. Aksi ini boleh menyumbang kepada kematian. Biasanya aksi sebegini dilakukan diperingkat usia yang muda terutamanya murid dan pelajar sekolah.
APAKAH CABARAN TRIPPING JUMP CHALLENGE?
Berdasarkan perkongsian di laman media sosial, bagi melakukan aksi ini memerlukan tiga orang yang berdiri sederet. Pada mulanya, dua orang yang berada dikiri dan kanan akan melompat tinggi. Kemudian, individu yang berdiri di tengah pula akan melompat tinggi dan dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat. Maka terjatuh kawan mereka dalam keadaan yang agak bahaya dan boleh mencederakan. Bukan jatuh biasa sebenarnya, jatuh dengan kepala dan badan dilantai dengan hentakan yang kuat.
Adakah anda menganggap perbuatan seperti itu sebagai gurauan atau permainan yang menyeronokan?
RISIKO YANG BOLEH BERLAKU KEPADA INDIVIDU YANG MELAKUKAN CABARAN TRIPPING JUMP CHALLENGE :
1.Hentakan di bahagian kepala.Jika berlaku henatakan di bahagian kepala sekali gus boleh menjejaskan anggota terpenting manusia iaitu otak. Hal ini boleh menyebabkan kematian otak atau brain dead.
Definasi Kematian Otak
Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak, termasuk pangkal otak
Kriteria
Ini adalah diagnosis klinikal yang dipastikan mengikut kriteria neurologi yang ketat dan ianya menyumbang hanya 1% daripada keseluruhan kematian. Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, kriteria penghalangan yang perlu dipertimbangkan dan kriteria diagnostik yang jelas perlu dipatuhi sebelum kematian otak disahkan. Dua pakar berpengalaman dalam pengesahan kematian otak dan diberi kuasa oleh pihak hospital berkenaan akan memeriksa pesakit secara bebas. Keseluruhan proses ini akan diulang selepas tempoh masa sekurang-kurangnya enam jam selepas pemeriksaan pertama, dan tidak semestinya melibatkan kedua-dua pakar yang sama. Masa pengesahan kematian adalah selepas pemeriksaan yang kedua.
Pengiktirafan dan penerimaan
Seseorang yang telah disahkan mengalami kematian otak dianggap sudah mati. Ini kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan atau tidak, dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh mesin. Dengan itu, otak adalah organ yang menentukan kematian atau kehidupan seseorang.
Syarat-Syarat Diagnosa kematian otak :
Pesakit adalah dalam keadaan koma yang teramat sangat, tidak mampu bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum pemeriksaan. Sebab koma berlaku diketahui dan mencukupi untuk menerangkan keadaan pesakit.Kerosakan otak yang berkekalan dan tidak boleh dirawati.
Koma yang teramat sangat, tidak responsif dan tidak memberi tindakbalas, Glasgow Coma Score (GCS) 3/15
Kegagalan refleks pangkal otak (memeriksa refleks secara dari atas ke bawah pangkal otak) disahkan melalui ujian di bawah :-
Refleks cahaya ke atas anak mata – tiada respons terhadap cahaya terang kedua-dua belah mata
Refleks oculocephalic (Respons Doll’s eye) – ketiadaan pergerakkan mata
Respons motor bagi saraf yang mengawal otot-otot muka – tiada respons
Refleks kornea – tiada respons penutupan mata
Refleks vestibulocochlear (ujian Caloric) – tiada pergerakkan mata ke arah rangsangan air sejuk
Refleks oropharyngeal – tiada respons
Reflex tracheobronchial – tiada rangsangan batuk pada sedutan cecair bronkial
Apnoea disahkan melalui ujian apnoea – tidak adanya pernafasan spontan apabila PaCO2 > 60mmHg
2.Kecederaan fizikal pada sel-sel tisu di bahagian kaki.
3. Kecederaan bahagian tengkuk
4. Kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan maut dan juga lumpuh.
5. Sakit pada belakang yang kronik.
6. Kecederaan pada organ dalaman.
PERANAN IBUBAPA DAN GURU
1. Menasihati anak-anak dan murid tentang bahaya cabaran tripping jump challenge.
2. Menasihati anak-anak dan murid supaya mengelakkan diri daripada menerima cabaran atau ajak rakan untuk melakukan aksi tersebut.
3. Pihak pentadbiran sekolah perlu menjelaskan kepada murid tentang bahaya dan kesalahan melakukan cabaran yang bahaya itu.
The post BAHAYA TRIPPING JUMP CHALLENGE appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bahaya-tripping-jump-challenge.html