Maut Angkara Tripping Jump Challenge Ketahui Bahaya Hentakan Di Kepala


Tripping Jump Challenge atau juga dikenali sebagai Skullbreaker Challenge di TikTok, saat ini adalah salah satu daripada beberapa 'social media challenges' yang sangat berisiko kerana mampu mengundang padah kepada mereka yang melakukan aksi bodoh ini.


Anda, terutamanya pelajar sekolah adalah dinasihatkan agar tidak melakukannya kerana ia berupaya mendatangkan bukan saja kecederaan serius, bahkan meragut nyawa.

Selain itu, impak jatuh mengejut juga boleh menyebabkan sakit belakang kronik dan kecederaan pada tulang serviks yang akhirnya akan membawa kepada lumpuh.

Di Amerika Syarikat sebenarnya, sudah ada laporan kanak-kanak cedera akibat melakukan aksi dalam challenge ini.

Di Brazil seorang remaja wanita berusia 16 tahun meninggal dunia selepas melakukan aksi Tripping Jump Challenge.

Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas kepalanya terhentak di lantai sekolahnya, di Mossoro, Rio, Brazil.

Mangsa mengalami trauma di kepala dan dihantar pihak sekolah ke hospital dalam kejadian yang berlaku pada November 2019 lalu, tetapi viral semula di media sosial pada bulan Februari 2020.

Difahamkan, Emanuela melakukan Tripping Jump Challenge bersama dengan 2 rakannya yang sebelum itu mengajaknya untuk bermain permainan itu.

Selepas melompat, 2 rakannya menendang kaki Emanuela menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak kuat di lantai.

RISIKO KEPALA TERHENTAK

Sementara itu, pakar perubatan memberi amaran bahawa permainan seperti itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan otak, kecederaan di bahagian tulang belakang, retak tempurung kepala dan maut.

Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di kepala iaitu:
Hentakan yang kuat secara langsung.Hentakan yang kuat secara tidak langsung.
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan, tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan:
Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak.Bengkak pada tisu otakKerosakan otak yang teruk.Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian, juga berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Melakukan aksi Tripping Jump Challenge.Penunggang dan pembonceng motosikal golongan yang paling berisiko mendapat terhadap kecederaan kepala.Pengguna jalanraya.Pekerja-pekerja binaan.Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.
Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?

Pesakit yang mengalami kecederaan kepala mungkin menunjukkan tanda-tanda dan gejala berikut:
Terlibat dalam aksi Tripping Jump Challenge.Terlibat dalam trauma atau kemalangan.Bengkak atau luka pada kulit kepala.Sakit dan pening kepala.Kabur pandangan.Muntah.Hilang ingatan.Sawan.Tahap kesedaran berkurangan atau pengsan.
Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala yang serius mungkin berlaku:
Tahap kesedaran yang berkurangan.Mengantuk yang teramat sangat.Muntah yang berpanjangan.Sakit kepala yang teruk.Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan.Tidak dapat bercakap dengan betul.Penglihatan semakin kabur.
Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?

Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke hospital atau klinik.

Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk.

Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke papan yang keras.

Ketika diangkat, gunakan 'splint' untuk mengelakkan pergerakan bahagian tubuh yang cedera.

Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menunggu petugas yang terlatih tiba.

Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?

Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami. Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.

Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak, pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan kematian.

Bagaimana kita boleh mencegah kecederaan kepala?
Elakkan aksi Tripping Jump Challenge.Sentiasa gunakan peralatan keselamatan.Apabila menggunakan kenderaan: Motosikal – pakai topi keledar dengan betul. Kereta – pakai tali pinggang keledar. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.Bagi pekerja-pekerja binaan: Pakai topi keselamatan setiap masa dan sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh DiriApa Itu Cabaran Blue Whale, Remaja Sanggup Membunuh Diri?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/aksi-maut-tripping-jump-challenge.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 620 hits
Tripping Jump Challenge kini menjadi viral dalam kalangan remaja di seluruh dunia melalui di pelbagai platform media sosia namun pakar bimbang trend terbaru tersebut boleh memudaratkan diri pelakunya Selain boleh mendatangkan kecederaan fiz...
Remaja Maut Kepala Parah Selepas Melakukan Tripping Jump Challenge

Remaja Maut Kepala Parah Selepas Melakukan Tripping Jump Challenge

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 1030 hits
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia selepas melakukan permainan popular yang trending di media sosial iaitu Tripping Jump Challenge Emanuela Medeiros cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekol...
Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 386 hits
KETIKA ini netizen di alam maya sibuk membincangkan mengenai satu lagi cabaran baharu yang sedang popular di seluruh dunia Perbincangan bukan kerana keseronokan mencuba tripping jump challenge sebaliknya cabaran itu hanya boleh mengundang p...
Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 543 hits
Pasti ramai di antara anda suka membawa botol air ke dalam kereta untuk diminum ketika dalam perjalanan Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa botol air tersebut boleh menyebabkan kemalangan dan mengundang maut Seperti kita tahu setiap kereta...
Bahaya Alahan Kacang Tanah Boleh Maut

Bahaya Alahan Kacang Tanah Boleh Maut

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 387 hits
Bercakap mengenai alahan kulit pasti ramai yang belum tahu ada pelbagai jenis alergi yang boleh berlaku Anda pasti biasa mendengar tentang individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti sotong dan udang Tetapi adakah anda pern...
Waspada Bahaya Skullbreaker Challenge Yang Viral Di Media Sosial

Waspada Bahaya Skullbreaker Challenge Yang Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 414 hits
Media sosial kembali dikejutkan dengan tren challenge baru Kali ini giliran Skullbreaker Challenge yang naik daun di TikTok Sayangnya tren ini telah memakan korban di AS Seorang pelajar SMA di Miami Florida dilaporkan mengalami luka setelah...
Gagal Jadi Kepala Desa Anwar Banting Stir Jadi Penipu Bermodus Gandakan Uang

Gagal Jadi Kepala Desa Anwar Banting Stir Jadi Penipu Bermodus Gandakan Uang

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 267 hits
Korban adalah I Wayan Andika Dia termakan rayuan kedua pelaku karena saat itu lagi butuh uang
Kepala Kuda Minum Air Miri Runtuh

Kepala Kuda Minum Air Miri Runtuh

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 612 hits
Kepala kuda minum air runtuh MIRI Kepala kuda yang seakan akan sedang minum air yang menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di sini dilaporkan runtuh pada semalam Berdasarkan satu video yang dimuat naik oleh saluran Durian Fli...
Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa Mereka Berisiko Gegaran Otak

Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa Mereka Berisiko Gegaran Otak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 281 hits
Dalam membesarkan anak anak pastinya pelbagai ujian yang datang melanda Ada hari anak dilanda demam dan ada pula terjatuh ketika bermain Namun tahukah anda ia berpotensi untuk mengalami masalah gangguan otak Mengekalkan keselamatan serta fi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut