Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Boleh Sebabkan Kejang Sawan


Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah, Boleh Sebabkan Kejang & Sawan. Memang nampak comel bila anak-anak masih kecil dipakaikan dengan barangan kemas baik gelang, rantai, cincin mahupun anting-anting. Namun, jika mak ayah ada berhasrat untuk tindikkan anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, elok tangguhkan dulu keinginan ini.Ini kerana mungkin ramai mak ayah yang tak tahu bahawa luka tindikan tersebut berbahaya pada bayi usia begini.

Luka Tindikan Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut menyebabkan jangkitan kuman tetanus, sekali gus boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan. Berikut Perkongsian Panduan Tindik Telinga Bayi oleh beliau :

1. Prosedur Yang Bersih & Selamat Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga. Menindik sebaiknya dilakukan di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan. Doktor juga akan membius cuping telinga sebelum menindiknya.

2. Telah Mendapat Suntikan (DTap) Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTap) yang melindunginya daripada kuman tetanus.Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang dan sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.

3. Bayi Berusia 6 Bulan Ke Atas Bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa.Justeru ibu bapa yang mahu menindik telinga bayi, disarankan agar menunggu sehingga anak mereka berusia enam bulan ke atas.

4. Pilihan Material Anting-Anting Selain itu pastikan anting-anting untuk bayi dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.

5. Kepentingan 6 Minggu Pertama Mak ayah juga disarankan supaya memberi perhatian terhadap luka tindikan dalam masa enam minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik itu menggunakan air bersih bagi mengelak jangkitan kuman dan alahan. Sebenarnya, tak salah mak ayah nak menindik telinga anak-anak yang masih kecil. Namun pastikan penuhi panduan dan syarat tertentu sebelum menindik telinga bayi seperti yang dijelaskan oleh Doktor Zubaidi ini iya.
Sumber: Dr Zubaidi HJ Ahmad Via Mingguan Wanita
Artikel Lain

Ramai Kata Suami Lebih Cenderung Untuk Curang Ketika Isteri Sedang Hamil? Tidak ada kajian atau teori sains yang boleh membuktikan bahawa lelaki paling cenderung untuk curang sewaktu isterinya hamil. Meskipun begitu, segala macam perubahan fizikal, psikologi dan perilaku yang dialami oleh perempuan sewaktu hamil juga dirasakan oleh sang suami. Pelbagai perubahan ini boleh membuatkannya berasa diabaikan.

Fokus Perhatian Di sisi lain, pertukaran fokus perhatian isteri ini boleh menimbulkan cemburu dalam diri si suami kerana berasa diabaikan. Ada juga yang berasa takut jika apabila bayinya lahir, si isteri menjadi tidak lagi mencintainya seperti dahulu. Contohnya, anda ingin mengajak isteri dating ke tempat kegemaran berdua, tetapi dia lebih memilih untuk berehat sahaja di rumah kerana takut kepenatan. Anda juga mungkin lebih banyak menghabiskan waktu makan sendirian, atau malah makan di luar rumah, kerana isteri jadi lebih jarang memasak sewaktu hamil.

Keperluan Emosi Selain daripada keperluan emosi, lelaki juga mungkin berasa bahawa keperluan seksnya turut diabaikan. Ramai suami yang mengaku bahawa mereka semakin jarang berhubungan seks sewaktu isteri hamil kerana kegairahan seks isteri yang menurun. Isteri juga mungkin berfikir tidak seharusnya berhubungan seks sewaktu hamil kerana takut memudaratkan bayi. Selain itu, rasa tidak percaya diri kerana berasa gemuk dan tidak menarik mungkin menghantui beberapa isteri untuk berhubungan seksual.

Suami dan isteri harus sama-sama saling mengerti Untuk menghindari konflik dan rasa cemburu buta, baik suami mahupun isteri harus saling mengerti dan peduli dengan keadaan masing-masing. Anda perlu mengubah cara anda berfikir dan memandang sesuatu. Segala perubahan fizikal, perilaku, dan emosi yang dialami oleh isteri sewaktu hamil adalah wajar dan hanya bersifat sementara.
The post Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah, Boleh Sebabkan Kejang & Sawan appeared first on Apakes.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/bahaya-tindik-telinga-bayi-umur-6-bulan-ke-bawah-boleh-sebabkan-kejang-sawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

Stres Masa Hamil Boleh Buat Bayi Kerap Menangis Dan Mungkin Boleh Berlarutan Hingga Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 487 hits
Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah Walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama Maka stres dan pergolakan ...
4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 440 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1091 hits
Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru biruan Setelah bayi dilahirkan doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu Di tempat tali pusat melekat ke perut pul...
First Time Boleh Jalan Masa Tu Umur 8 Bulan Nukilan Menyentuh Hati Hairul Azreen Buat Anaknya

First Time Boleh Jalan Masa Tu Umur 8 Bulan Nukilan Menyentuh Hati Hairul Azreen Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 566 hits
Hiburan Pelakon filem PASKAL Hairul Azreen telah berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak sulungnya Yusuf Iskandar Nukilan tersebut dimuat naik oleh Hairul beserta dengan video pendek Yusuf di akaun Instagramnya semalam Menerusi...
Betul Ke Bayi Kerap Menangis Boleh Sebabkan Terencat Ini Penjelasannya

Betul Ke Bayi Kerap Menangis Boleh Sebabkan Terencat Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 361 hits
Nak biar atau pujuk bayi yang kerap menangis ini Ini antara yang menjadi persoalan buat ibu bapa terutama yang pertama kali bergelar mama papa Ada sesetengah pendapat menyatakan biarkan dulu tanpa memujuk tapi ada yang berpendapat kena cepa...
Bayi 9 Bulan Didera Secara Fizikal Dan Seksual Oleh Suami Pengasuh Meninggal Dunia

Bayi 9 Bulan Didera Secara Fizikal Dan Seksual Oleh Suami Pengasuh Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 508 hits
KAJANG Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital akibat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh GAMBAR hiasanRabu lepas seorang pegawai perubatan di J...
Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1339 hits
KAJANG Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir M...
Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 946 hits
Aiskrim yogurt buah buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah buahan dan yogurt sebagai bahan tiada gula garam digunakan jadi ia mesra bayi Tidak salah jika an...
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 611 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025