Bahaya Kencing Kotor Semasa Mengandung Jika Tak Dirawat Boleh Menyebabkan Kematian Pada Ibu


Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.

Perkataan “menyusahkan” sememangnya lazim digunakan bagi mendefinisikan keadaan tersebut. Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor?
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.

Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
Salur urethra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki Kedudukan salur urethra wanita yang berdekatan dengan vagina dan anu, memudahkan kuman merebak Penggunaan pelbagai jenis produk kontraseptif seperti spermisida (pembunuh sperma) menyebabkan populasi bakteria baik pada faraj berubah Wanita menopaus mengalami perubahan hormon Kenapa wanita mengandung berisiko mendapat masalah kencing kotor?
Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.
Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
Rasa terbakar sewaktu kencing Darah di dalam air kencing Air kencing keruh Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar Tidak dapat menahan kencing Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
Demam Loya Muntah Sejuk menggigil Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda. Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang. Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke faraj. Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap. Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein. Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Bahaya Kencing Kotor Semasa Mengandung, Jika Tak Dirawat Boleh Menyebabkan Kematian Pada Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-kencing-kotor-semasa-mengandung-jika-tak-dirawat-boleh-menyebabkan-kematian-pada-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 197 hits
Ibu bapa boleh pilih tidak hantar anak ke sekolah KUALA LUMPUR Meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin...
Dah Dekat Due Berat Ayda Hanya Naik 8kg Makin Terserlah Seri Ibu Mengandung

Dah Dekat Due Berat Ayda Hanya Naik 8kg Makin Terserlah Seri Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 209 hits
Dijangka bakal melahirkan bayi pada penghujung September ini pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat nampaknya makin teruja dan mula rasa debarannya Melalui perkongsian terbaru di instagram Ayda mengakui sepanjang kehamilan berat badannya hany...
Anak Tertidur Masa Menyusu Bukan Terus Tarik Ya Tip Ini Ibu Boleh Lakukan Sangat Membantu

Anak Tertidur Masa Menyusu Bukan Terus Tarik Ya Tip Ini Ibu Boleh Lakukan Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 313 hits
Semakin ramai ibu dah mula tahu kebaikan susu ibu Cuma ramai yang masih belum bersedia jika mengalami masalah dalam proses penyusuan sehingga semangat untuk menyusu itu dah down Sebenarnya jika ada ilmu yang cukup serta bersedia ibu akan fa...
Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah Ramai Puji Boleh Elak Adik Beradik Jual Tanah Berebut Harta

Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah Ramai Puji Boleh Elak Adik Beradik Jual Tanah Berebut Harta

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 275 hits
Mungkin ini caraku itu yang dikatakan oleh seorang lelaki di Indonesia yang telah mengebumikan jenazah ibunya di halaman rumahnya
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Ini Senarai Kehendak Ibu Bapa Yang Tak Logik Keterlaluan Silap Gaya Boleh Jadikan Anak Down

Ini Senarai Kehendak Ibu Bapa Yang Tak Logik Keterlaluan Silap Gaya Boleh Jadikan Anak Down

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 361 hits
Sebagai ibu bapa tentu sekali kita nak yang terbaik untuk anak kita Namun kadang kala sikap kita mungkin akan mengundang ketidakstabilan emosi terhadap anak anak Periksa diri kita melalui senarai ini dan ikuti solusi yang dikongsi oleh penu...
Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 267 hits
Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan Bukan setakat itu ada juga mulut mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu unt...
Ketahui Bahaya Kalau Suka Tahan Kencing

Ketahui Bahaya Kalau Suka Tahan Kencing

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 284 hits
Adakalanya disebabkan terlalu sibuk atau malas kita jadi tidak peduli dengan perkara perkara kecil seperti membuang air kecil Padahal kita mungkin tahu bahaya tahan kencing Sekali dua menahan kencing masih normal tetapi kalau dah selalu san...
Tangan Jari Sebijik Ibu Ayash Dah Boleh Balik Rumah Hadiah Birthday Ibu Esok

Tangan Jari Sebijik Ibu Ayash Dah Boleh Balik Rumah Hadiah Birthday Ibu Esok

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 313 hits
Betullah di sebalik ujian yang Allah berikan pasti terselit kemanisan dipenghujungnya Begitu juga perasaan yang dilalui oleh Shuib Sepahtu apabila mendapat perkhabaran gembira setelah doktor membenarkan anak bongsunya pulang ke rumah Setela...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live