Bahaya Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok



Perokok takkan sedar yang asap rokok lebih berbahaya pada orang ketiga. Bukan dirinya sendiri. Dia cuma boleh dapat rasa nikmat sementara saja. Tak sedar nikmat sementara itulah nanti yang akan membunuhnya. Malah membahayakan orang persekitaran terutama anak kecil atau bayi

Perkongsian cerita Dr Rusyainie Ramli, Pegawai Perubatan Angkatan Tentera ketika dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi 1 tahun perlu diambil iktibar

Ini Sebab Kenapa Doktor Kata Jangan Cium Anak Lepas Merokok
Tercungap-cungap anak kecil berusia 1 tahun lebih itu. Nampak otot rusuknya terperosok ke dalam setiap kali dia menarik nafas. Saya yang baru tiba di klinik terus memeriksanya. Kadar saturasi oksigen dia sudah menurun dari sepatutnya. Paru-parunya ketat betul, siap ada bunyi tak normal lagi. Saya dah runsing kalau anak kecil ini jadi biru

Menurut Dr Rusyainie anak itu kelihatan lembik tidak bermaya. Si kecil itu merengek kerana tidak selesa

“Demam pula tu. Xray dadanya nampak ada jangkitan paru-paru.”
“Saya dan tim segera pasangkan dia oksigen berserta ‘nebuliser’. Kami sediakan dia cepat-cepat untuk dihantar ke hospital terdekat. Dekat tak dekat la. 70 km tu. Maklumlah klinik saya di hujung tanjung. Surat rujukan kami siapkan. Ambulans sedia menunggu di hadapan. Dalam hati saya berdoa semoga perjalanan anak kecil ini dipermudahkan.”

Ceritanya keluarga ini baru saja dipindahkan ke tempat Dr Rusyainie bekerja. Anak ini pula kerap alami jangkitan demam batuk selsema. Sekejap sekejap sakit. Ditambah pula dengan sejarah ‘atopy’ dalam keluarga. Atopy maksudnya mempunyai masalah kesihatan berkaitan alahan seperti asma, ekzema dan ‘allergic rhinitis’

“Yang paling buat saya berang ialah AYAHNYA PEROKOK! Pesakit saya mempunyai 3 adik beradik. Semuanya kecil-kecil dan belum bersekolah. Tak payah bercerita tentang merancang keluarga la kan. Nanti besok pun tak habis. Duduk bertanya dengan ayahnya, bau asap rokok melekat kat baju sebatu dah boleh tahu.”
Dia mempertahankan dirinya yang dia tidak merokok dalam rumah. Wah. Konon-konon ayah mithali la tu kan

“Paru-paru bayi dan anak kita ni masih belum matang sepenuhnya. Dahlah secara alaminya, memang saluran pernafasan kanak-kanak lagi sempit berbanding dengan orang dewasa. Sistem pertahanan mereka melawan penyakit pun belum kuat macam orang dewasa. Mereka ini sangat ‘vulnerable’ dan ‘fragile’ dengan toksin-toksin yang ada dalam asap rokok. Yang nikotin yang sedap dalam rokok ayah dah sedut habis. Sisa tu bagi kat anak. Bagus punya ayah kan

Sisa-sisa rokok tu walaupun depan mata tak nampak, bahan-bahan kimia macam nikotin, ammonia, tar (yang turap jalan tulah), formaldehyde (kita guna untuk awet mayat), arsenik (ni racun kalau kalau nak bunuh orang senyap-senyap) dan asap beracun karbon monoksida tu melekat kat baju dia, rambut, kulit dia semua. Elok sangat la lepas dia buang gian, dia masuk rumah, peluk cium dan main-main dengan anak dia. Semua sisa tu disedut dan ditelan anak yang tak berdosa dan yang tak reti apa-apa tu

Kajian Saintikfik Tak Kan Menipu
Kajian saintifik dah buktikan yang perokok pasif ketiga (‘3rd hand smoker’) ni memang bukan dongeng penyedap cerita. Kesannya sama saja dengan perokok pasif (‘passive smoker’ atau ‘2nd hand smoker’). Molekul rembesan sisa asap tu lebih kecil dari yang perokok tu dapat. Maka lagi senang la toksin rokok tu diserap ikut paru-paru, kulit dan salut darah. Maknanya dengan pegang anak pun lepas merokok, racun disedekahkan pada anak. Apa punya jenis ayah tu

“Kanak-kanak yang naif ni terpaksa berhadapan dengan masalah penyakit paru-paru yang lebih teruk dan kerap berbanding dengan kanak-kanak yang ayah mereka bukan perokok. Sebab tu kalau mereka ni sakit lebih lama dan susah nak sembuh. Tapi banyak ayah bila kita cakap kat dia, dia buat dek saja. Muka toya memang minta disepuk.”
Kalau keturunan memang jenis ada alahan, anak-anak ini memang gerenti akan kena asma, resdung atau ekzema. Ayah yang perokok ni, pilihlah mana nak ya

Anak-anak yang ayah perokok memang lebih terdedah pada masalah pembelajaran. Jangan dok sentap kalau anak tu ada masalah nak belajar kat sekolah. Tengok diri sendiri tu. Perokok ke tak

“Anak perokok senang dapat kanser macam leukaemia. Kejam ke tak ayah macam tu. Lahirkan anak ke dunia semata-mata untuk dianiaya. Anak tu amanah tuhan ok.”
Anak pada perokok akan tiru perangai buruk ayah dia tu pada usia yang muda. Sebab tu tak pelik kalau budak sekolah rendah dah mula merokok. Tengok kat rumah dia. Ayah dia merokok ke tak. Dah mula merokok, pintu segala kecelakaan memang akan terbuka. Jadi hisap ganja tu memang biasalah kat budak-budak. Takkan dah lupa kot 7 budak bawah umur yang bakar sekolah tahfiz. Memang mula dengan merokok la pastu kaki ganja. Seterusnya sendiri mahu ingat la kan

Sementara menyiapkan anak kecil itu ke hospital, sempatlah ayah dia mendapat tazkirah pagi khamis dari saya yang takkan bagi can punya. Anak kecil itu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Kasihan dia dek penangan ayah yang tak reti bahasa

Sumber: FB Rusyainie Ramli  via http://bit.ly/2NnZwCr

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/bahaya-jangan-cium-dan-peluk-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dalam Keadaan Tenat Berusaha Sebut Nama Allah Selepas Diajar Ayah

Anak Dalam Keadaan Tenat Berusaha Sebut Nama Allah Selepas Diajar Ayah

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 422 hits
Sedih rasanya bila melihat kebanyakan negara Islam kini terus diserang apatah lagi bila mangsa yang terkorban itu melibatkan wanita dan kanak kanak Gaza Syria dan banyak lagi negara terus menjadi mangsa kekejaman ini Baru baru ini tersebar ...
Kalau Anak Suka Menconteng Jangan Halang Tapi Pantau Contengan Merupakan Cara Komunikasi Anak Anak

Kalau Anak Suka Menconteng Jangan Halang Tapi Pantau Contengan Merupakan Cara Komunikasi Anak Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 301 hits
Penulis yakin semasa kita masih kecil setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi Ada penulisan berbentuk surat rasmi surat tidak rasmi perbu...
Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

Jangan Stres Kalau Anak Menangis Itu Cara Dia Beritahu Apa Dia Nak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 325 hits
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam Malah si manja yang masih belum boleh bercakap menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan...
Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 487 hits
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak anak makan Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak anak Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka Bila anak dah boleh makan itu...
Sayu Anak Lelaki Peluk Erat Tubuh Mangsa Ibu Anak Perempuan Maut Kemalangan Bertembung Lori

Sayu Anak Lelaki Peluk Erat Tubuh Mangsa Ibu Anak Perempuan Maut Kemalangan Bertembung Lori

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 414 hits
ALOR SETAR 4 Nov Seorang ibu dan anak perempuannya meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan kedai makan di Padang Lalang di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata...
Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 537 hits
Kelemahan kaum suami hari ini masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu Tak tahu mana yang silap baru kahwin terus ada masalah rumah tangga Bila pasangan nak betulkan keadaan masing masing mula tinggi suara Akhirnya anak ...
Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 570 hits
Musim durian telah tiba Pergi sahaja ke mana mana pasti akan terjumpa peniaga durian di tepi tepi jalan Kelazatan isi dan aroma yang memukau dari durian membuatkan orang ramai tergila gilakannya Namun menerusi Harian Metro satu kejadian yan...
Jangan Keterlaluan Menekan Anak Dalam Pelajaran Permaisuri

Jangan Keterlaluan Menekan Anak Dalam Pelajaran Permaisuri

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 294 hits
KUANTAN 17 NOV Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah ...
Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 318 hits
Semakin anak membesar dia semakin suka untuk belajar dan buat semuanya sendiri Ada masanya ibu ayah akan haling kerana tak mahu susah tapi sebenarnya tak ada masalah Yang bersepah boleh dikemas Yang berterabur boleh dikutip Janji anak anak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba