Jangan Keterlaluan Menekan Anak Dalam Pelajaran Permaisuri


KUANTAN, 17 NOV: Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu…tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.

“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini, hari ini, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda, bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka.

– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/11/jangan-keterlaluan-menekan-anak-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 294 hits
Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah ...
9 Bagian Anak Yang Ini Warisan Genetik Orangtua Jangan Ribut Lagi Lebih Mirip Siapa

9 Bagian Anak Yang Ini Warisan Genetik Orangtua Jangan Ribut Lagi Lebih Mirip Siapa

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 769 hits
Duh pinter banget sih mirip papanya atau Cantik banget matanya mirip mamanya Hayooo siapa yang suka bilang gitu
Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 602 hits
Doktor boleh tak anak saya mandi ketika demam Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketik...
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 517 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 658 hits
Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka Kadang kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatin...
Jangan Kesiankan Saya Buat Kerja Kesiankan Anak Bini Saya

Jangan Kesiankan Saya Buat Kerja Kesiankan Anak Bini Saya

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 278 hits
Jangan Kesiankan Saya Buat Kerja Kesiankan Anak Bini Saya Begitulah luahan hati seorang lelaki OKU yang dikenali sebagai Pak Busu Berstatus orang kurang upaya bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kerjayanya sendiri Apa yan...
Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 326 hits
Ingat lagi waktu awal awal kahwin Bahagianya rasa bersama pasangan Hidup berdua hanya kita dimanja Hanya mata kita yang ditenung Hanya pipi kita yang dikucup Hanya badan kita yang didakap Kemudian Bayangkan kebahagian itu bertahan hanya set...
Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 348 hits
Semakin anak membesar dia semakin suka untuk belajar dan buat semuanya sendiri Ada masanya ibu ayah akan haling kerana tak mahu susah tapi sebenarnya tak ada masalah Yang bersepah boleh dikemas Yang berterabur boleh dikutip Janji anak anak ...
Jangan Ingat Kita Je Ada Hati Anak Pun Perlukan Ibu Ayah Hormati Perasaan Mereka

Jangan Ingat Kita Je Ada Hati Anak Pun Perlukan Ibu Ayah Hormati Perasaan Mereka

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 384 hits
Sebagai ibu bapa kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang Tanpa emosi diri manusia tidak lengkap Seperti orang dewas...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro