Bahaya Anemia Ketika Hamil Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir


Ketika hamil, banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu. Salah satunya adalah anemia. Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang anemia. Biarpun perkongsian ini di buat sekitar tahun 2020, ia masih berguna sebagai rujukan para ibu.
Sumber foto: www.freepik.com BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL Anemia adalah masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Kekurangan hemoglobin bawah paras normal menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan penghidapnya berasa lemah.

Wanita, kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik berisiko tinggi mendapat anemia. Masalah kekurangan darah ini juga boleh diwarisi dan bayi mungkin mendapatnya ketika dilahirkan. Warga emas juga berisiko tinggi mendapat anemia kerana kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan. Malah, wanita dalam tempoh subur juga terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi disebabkan kehilangan darah akibat haid, selain peningkatan permintaan bekalan darah ketika mengandung.
Bagi kebanyakan wanita mengandung pula, mereka akan rasa mudah letih, berasa tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Keadaan ini memang nampak normal ketika ini hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka menganggap ia mungkin kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Artikel Menarik:
Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
Sumber foto: www.freepik.com Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila anda mengalami anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya mengalami anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan badan seseorang itu. Ini kerana apabila usia kandungan semakin meningkat, isi padu darah juga bertambah dan ia menyebabkan pencairan darah berlaku.
Walaupun sel darah merah makin bertambah, penghasilan plasma darah juga bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap kepekatan hemoglobin (g/dl) kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
Kira-kira 75 peratus wanita hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah. Wanita hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Mereka disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian.
Sumber foto: www.freepik.com Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas. Selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.
Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka mereka disarankan mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin.
Tahap hemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut. Hemolisis adalah keadaan apabila kemusnahan sel darah merah disebabkan kecederaan pada membran sel.
Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran. Wanita mengandung disarankan supaya menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
JENIS ANEMIA KETIKA HAMIL Masalah anemia ketika hamil boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Anemia akibat kekurangan zat besi
Ia berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi secukupnya untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan badan. Jadi, darah tidak dapat membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Ini masalah anemia yang paling lazim dalam kalangan wanita hamil.
2. Anemia akibat kekurangan folat
Folat adalah vitamin yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Ia sejenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah. Ketika hamil, wanita memerlukan lebih folat, tetapi kadang kala ia tidak dapat dibekalkan melalui pemakanan. Apabila ini berlaku, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu badan.
Jadi inilah sebabnya wanita hamil diberikan suplemen asid folik. Kekurangan folat boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.
3. Anemia akibat kekurangan vitamin B12
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanannya, badannya tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang sihat dalam kuantiti diperlukan.
GOLONGAN BERISIKO TINGGI Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi dalam keadaan seperti berikut:
1. Kehamilan kembar
2. Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah rapat
3. Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
4. Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
5. Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
6. Pernah alami anemia sebelum hamil
GEJALA DAN KESAN ANEMIA TERHADAP KEHAMILAN 1. Pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju
2. Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
PENCEGAHAN DAN RAWATAN 1. Tingkat pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, tomato, tembikai, labu, bijan, tauhu, lada benggala, kiwi dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis
2. Ambil roti dan bijirin diperkaya zat besi, asid folik
3. Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
#HealthDrZubaidi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Bahaya Anemia Ketika Hamil, Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-anemia-ketika-hamil-bayi-pun-boleh-dapat-bila-dah-lahir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor Bahaya Kalau Tak Dirawat Boleh Sebabkan Kematian

Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor Bahaya Kalau Tak Dirawat Boleh Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 171 hits
jangan pandang ringan jika ada masalah Tahukah anda bahawa jika tidak dirawat boleh membahayakan serta menyebabkan kematian kepada ibu hamil Perubahan hormon yang berlaku ketika bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk...
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 141 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Secara umumnya wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalor...
Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 118 hits
Apabila sampai waktunya bayi anda akan mula belajar untuk Buat mama dan papa ketahui tip rangsang bayi untuk Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza jangan terlalu memaksa mereka Ini merupakan antara fasa penting buat ke...
Ameera Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

Ameera Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 253 hits
pengacara dan juga usahawan terkenal ada berkongsi amalan yang dilakukan ketika l anak sulungnya Mateen Hasnor Antara 13 amalan pemilik label hijab AmeeraZaini ini ialah makan tembikai untuk menambah Ameera Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulu...
Ibu Hamil Awas Demam Berulang Boleh Jejaskan Janin

Ibu Hamil Awas Demam Berulang Boleh Jejaskan Janin

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 212 hits
Demam berulang semasa hamil seharusnya tidak dipandang mudah kerana ia mungkin boleh menjejaskan janin Awas ibu ibu hamil terutama yang kerap mengalami demam semasa hamil perlu bertindak segera agar janin dalam kandungan tidak terjejas Ibu ...
Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 163 hits
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda Doa dan amalan surah surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil Namun tidak...
Punya Bodo Tak Boleh Buat Apa Pun Ketika Berkuasa

Punya Bodo Tak Boleh Buat Apa Pun Ketika Berkuasa

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 207 hits
Sham Ghaz KRONI AIR Semua Institusi berkaitan air dikuasai oleh YB YB PASTAPI KENAPA Air Kelantan masih belum dapat diselesaikan sejak 32 tahun lepas 1 Menteri Alam Sekitar dan Air YB Ustaz Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man MP Kubang Kerian Ke...
Kacang Yang Elok Dimakan Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi Semasa Trimester Kedua Ketiga

Kacang Yang Elok Dimakan Ibu Hamil Bagus Untuk Tumbesaran Bayi Semasa Trimester Kedua Ketiga

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 232 hits
merupakan makanan ringan yang elok dimakan oleh Kacang antara makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu hamil Bukan sahaja baik untuk ibu hamil juga membekalkan nutrisi untuk dalam kandungan mengandungi folat dan protein M...
Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang Jaga Jaga Dengan Jangkitan Rsv Bahaya Susah Bernafas

Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang Jaga Jaga Dengan Jangkitan Rsv Bahaya Susah Bernafas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 187 hits
Ibu ayah manalah yang tak susah hati kalau si manja kesayangan jatuh sakit Tambahan pula sekarang ni macam macam jenis penyakit dan virus mudah merebak semakin kerap anak tak sihat Salah satu penyakit yang paling merisaukan adalah Respirato...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord