Bahaya Anak Dicium Peluk Oleh Sanak Saudara Hingga Dijangkiti Penyakit Berjangkit Merbahaya
PERKONGISAN OLEH IBU INI TENTANG VIRUS TYPE 1 HERPES PADA ANAKNYA. HATI-HATI, NAMPAK SEPERTI RUAM BIASA, TETAPI AKHIRNYA BAYI MENDERITA!!! WAJIB BACA, TENGOK GAMBAR SAMPAI HABIS & SHARE !!!!Biasanya saya tidak akan bercerita sesuatu yang berlaku kepada anak saya secara terperinci tetapi saya rasa ini adalah pegnajaran yang dipelajari.Anda sentiasa mendengar ibu-ibu baru mengatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan orang mencium bayi mereka sesuka hati? saya adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi dalam dunia realiti, ia sangat sukar untuk dipantau kerana orang sekelining tetap melakukannya. Dan bukannya boleh kalau saya kata mereka “ambil semula ciuman itu” selepas mereka mencium bayi. Sepatutnya orang faham yang mereka tidak sepatutnya mencium bayi seseorang sesuka hati. Malangnya, mereka tidak
Apa yang bermula sebagai ruam merah yang timbul dan merebak dengan cepat pada ibu jari kaki anak saya dan saya terdetik yang anak saya akan kehilangan jari kakinya! Saya membawanya ke 5 doktor yang berlainan di 3 bandar yang berbeza dalam masa 4 hari. Setiap satu daripada mereka berkata perkara yang sama ... "tiada apa yang boleh kita lakukan!"Sebagai ibu bapa, ini adalah perkara yang paling teruk dan tidak menyenangkan untuk didengar apabila anda dapat melihat jarinya semakin buruk setiap hari! Ia bermula daripada kelihatan seperti ruam. Kemudian seakan akan melecur dan ia kelihatan ngeri! Saya fikir saya telah melihat yang paling teruk, tetapi pada keesokan harinya ia menjadi lebih teruk
hati terdetik “tak mungkin mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuknya apabila ia kelihatan buruk ini." hakikatnya, memang tiada apa yang boleh dilakukan, jadi saya terpaksa duduk dan melihatnya menjadi lebih teruk. Mereka terus memberitahu saya, "ia akan menjadi lebih teruk sebelum ia menjadi lebih baik." Seteruk mana lagi ianya akan merebak ??Doktor mengesahkan yang Ostiano dijangkiti Herptic Whitlow (Type 1 Herpes). 3 doktor pertama tidak dapat memastikan dengan tepat bagaimana ianya sampai ke ibu jari kaki anak saya. Herptic Whitlow biasanya dilihat pada tangan dan di dalam mulut. Tetapi jangkitan itu tiada pada tangannya atau dalam mulutnya
Saya terus membawanya ke Hospital Kanak-kanak. Di sana, doktor memberitahu saya bahawa seseorang yang membawa virus herpes menciumnya di mulut (Percayalah, jika saya nampak siapa menciumnya di mulut, saya akan tamparnya!) dan memindahkan virus tersebut kepadanya
Dia memasukkan tangan di dalam mulut, lalu menyentuh kaki, pasti ada luka pada kakinya. Siapa sangka? Sekarang kerana dia dijangkiti virus itu, dia terdedah kepada kudis. Dia sangat mudah dijangkiti dari SESIAPA SAHAJA
Sudah 3 minggu dan kakinya HAMPIR sembuh! Beryukur sangat!! Tetapi inilah pengajaran untuk orang yang fikir tidak mengapa mencium bayi hanya kerana mereka teringin untuk cium. Anda tidak tahu bagaimana SENSETIFNYA bayi. Kita semua membawa banyak bakteria, virus, dan lain-lain yang kita tidak tahu boleh menjangkiti mereka!Kita tidak terfikir yang kita boleh menjejaskan bayi ketika kita cuba menunjukkan rasa cinta kepada mereka. Tolonglah, fikir sebelum anda mencium bayi! Saya haerap dengan apa yang Ostiano lalui ini, dapat membuka mata mengapa para ibu tidak mahu orang mencium bayi. Bukan kedekut, tapi hanya cuba untuk lindungi mereka.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang mendoakannya. Saya amat menghargainya. Walaupun anda tidak tahu apa yang sedang berlaku dengannya, anda masih berdoa untuk persoalan ini terjawab serta kesembuhannya. Kami mendapat kedua-duanya! Terima kasih."click more
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ilofau.blogspot.com/2017/12/bahaya-anak-dicium-peluk-oleh-sanak.html