Resipi Pecal Timun Makanan Tradisi Pantai Timur Yang Jarang Sekali Diketahui Oleh Anak Muda Zaman Millenium
Pecal Timun, nampak macam biasa. Sekali cuba terus jatuh cinta pandang pertama.
Baru-baru ini kerajaan umum boleh merentas negeri, kerana kekangan tugasan dan kerja di pejabat perlu didahului komitmen tersebut. Minggu lepas saat cuti Deepavali, dapat luangkan masa balik ke negeri Pahang.
Kampung halaman mertua juju, seronok balik kampung sebab di sana ramai anak buah juju seramai 10 orang. Malam pertama tidur di rumah mertua, suami ada menyampaikan hasrat nak makan sejenis menu yang tak pernah lagi juju dengar dari mulutnya.
Katanya sebelum melelapkan mata malam hari... "teringin nak makan kerabu timun".Aku tanya balik... "oh kerabu timun yang macam jual nasi beriani tu ke?
Ala senang je esok leh buat taruk cuka tu kan?"
Dia balas... "bukan, kerabu timun macam ada santan tu, julia tau buat tak?"
Jemmm otak, orang Selangor kahwin dengan orang Pahang. Sudah tentulah menu tersebut tak pernah sekali makan. Timun bersantan?
Ohhhh no! Menu apa ni? Kerabu timun letak santan? Aku mengilai lah ketawa kuat-kuat, aku cakap apa yang merepek tengah malam pasal kerabu timun.
Esok pagi bangun aku tanya mak mertua, dia cakap ohhhh itu namanya PECAL TIMUN.
Terkekeh aku ketawa lagi sekali... terus mak mertua tunjuk resipi dan buat. Hasilnya seperti digambar atas.
Pertama kali dalam sejarah, kahwin dengan suami dah genap 10 tahun. Menu ini pertama kali menjengah di mulut, tak sangka ia sesedap itu. Tak perlu masak di atas dapur tau Pecal Timun. Menarik!
Resipi Pecal Timun Pantai Timur3 biji timun separa besar. Di sagat atau dihiris buang kulitnya.Potong membulat. Tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.
Blender tanpa letak sebarang air1 ke 2 ekor ikan selayang atau ikan sardin di rebus (buang tulangnya)1-2 biji bawang merah kecil2-3 biji lada hitam 1/2 cawan santan pekatGula dan garam secukup rasa
Caranya:Selepas kisar kering bahan berkenaan, satukan ke semua bahan tadi dengan timun. Dilarang letak sebarang air ya, bahan akan nampak sedikit pekat. Nanti timun sendiri akan keluarkan air semulajadi dan jadi kuah.
Gandingan pecal timun sudah semestinya dengan ikan rebus goreng, ikan tamban goreng, ikan masin, dan sambal belacan. Jarang anak muda zaman millenium macam kita tahu makanan tradisi pecal timun betul tak?
Anak juju si Abg Qi pun suka rasa kuah dia, rasa lemak pekat ikan bersantan dengan timun tu rasa sedap sungguh.
Perghhhhhhh! Licin! Padu gabungan menu ringkas dari Pantai Timur. Menu berkhasiat dan senang di buat pada bila-bila masa.
Suami makan bertambah ulang kali. Kelihatan kepuasan diraut wajahnya. Mujur aku belajar dengan mertua resipi ni depan mata.
Rupanya tika dia kecil, inilah menu yang dia selalu makan bila balik sekolah.
Semoga resipi di atas beri manafaat pada kalian semua ya. Sharing is caring!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.juliajohari.com/2021/11/resipi-pecal-timun-makanan-tradisi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)