Bahasa Mudah Faham Penjelasan Mkn Sabah Buat Netizen Terhibur
Setelah keluar kenyataan media dari Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri Sabah, ramai rakyat Sabah yang berada di semananjung mahupun di Sarawak mula menarik nafas lega. Namun, berbeza keadaan MKN Sabah apabila menerima banyak pertanyaan dan soalan-soalan dari rakyat berkaitan prosedur yang bakal mereka lalui jika pulang ke Sabah.
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan yang mereka terima, MKN Sabah memberi penerangn ‘mudah hadam’ melalui bahasa Sabah dengan memberikan 3 contoh situasi di laman sosial Facebook.
Penerangan MKN Sabah yang telah dikongsi sebanyak 8.7 ribu kali dianggap sangat lucu oleh rata-rata warganet lebih-lebih lagi apabila menggunakan bahasa Sabah. Ikuti penerangan mereka.
Bahasa mudah hadam.
SITUASI A,
Encik Rembo yang berada di KL mau ke Sabah,
Dia tidak perlu sudah buat swab seperti yang kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Para 4 pada 2 Jun 2020.
Apabila sudah terbang ke Sabah dan sampai di KKIA si Rembo kena isi
1. Borang Pengisytiharan Kesihatan
2. Borang Saringan Penilaian Risiko. Kalau ada risiko, dia akan di Swab test dan dikuarantin sehingga resultnya keluar.
Kalau si Rembo mcm ada Covid-19 (bergejala) dia akan dirujuk ke Hospital.
Kalau dia tiada gejala, akan dicheck juga oleh petugas JKNS (Penilain Risiko).
Kalau tiada risiko, selamat menikmati keindahan bumi Sabah bosku bersama bersama dengan orang yang tercinta dan yang pernah dirindui.
Kalau ada risiko, dia akan di Swab test dan dikuarantin sehingga resultnya keluar.
Soalan popular? Bayarkah?
– Ndak payah bayar yang penting ikhlas beri kerjasama dan kalau di soal jawab jangan pura pura Babau
Kalau si Rembo betrip tukar flight KL-KK ke Johor Bahru ke KK sbb mau ambik sumandaknya di JB.
– Tidak kira dari mana kau terbang Rembo, asal ko pijak Tanah Bawah Bayu ni, tatap sama juga prosedurnya.
Lepas si Rembo puas sudah di Sabah dan mau balik ke semenanjung ?
– Asal kau ada tambang Rembo, kalau tiada tambang berehat dulu atau kerja angkat tong gas sana.
Perlukah si Rembo ke Balai Polis?
– Kalau serah diri sebab isap gam, perlu. Kalau mau rentas negeri ndak perlu, lain kali rajin2 juga tinguk itu itu Press Statement Menteri Kanan bah, jangan tinguk Naruto saja dan PUBG.
Macam mana cara mau escape itu test di Airport?
Kalau itu flight ngam ngam atas rumahmu ko tekan loceng, kalau itu flight stop rezekimulah Rembo.
Kalau si Rembo sudah buat Swab Test sebelum dia terbang?
– Rembo adalah contoh menantu yang baik, cepat2lah pinang dia, berkomitmen tinggi, sedangkan dirinya dia boleh jaga apalagi bakal isterinya. Tapi sayang habis duitnya.
Bolehkah si Rembo duduk di lantai dalam kapal terbang sebab takut terjangkit bekas kerusi orang?
– Jangan risau Rembo, semua Airlines mempunyai SOP yang ketat untuk memastikan Rembo dapat balik dengan selamat. Duduk di kerusi sebelum kau kena suruh main di luar.
SITUASI B
Sesampainya Rembo di rumah di Sabah, kakaknya ndak bukakan pintu sebab ndak membawa ole-ole, Rembopun kecewa dan terus bergegas ke Menumbuk sbb mau ke Labuan beli Coklat satu karung.
Rembo tidak perlu buat swab ketika keluar dari Menumbuk, yang penting dia mesti ada tambang fery. Kecuali dia mau naik pelampung ke labuan ikat di belakang fery.
Apabila rembo balik ke Menumbuk, JKNS akan menggunakan procedure yang sama di KKIA, seperti di atas, KKIA tu airport ya bukan klinik KKIA.
SITUASI C
Bekas kekasih lama Rembo iaitu Rosalinda Ayamura (RA) yang bertugas di Filipina ingin masuk dan balik ke Sabah, RA akan diambil sampel di KLIA.
Kalau sampel negatif, dapatlah Rosalinda terus ke Sabah dan ikut procedure. Rembo seterusnya berjumpa RA di KK sambil makan Mee Tauhu di King Fisher tapi duduk bejauhan.
Kalau Sampel Positif, Ditahan di KL, berindu-rindu dululah sampai RA sihat.
Harap kamu faham, jangan minta si Rembo ke Sarawak baru masuk KK semata-mata mau kasi contoh, duit tiket yang dipinjampun belum dibayarnya.
Rata-rata netizen terhibur cara MKN Sabah membalas pertanyaan di ruangan komen.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah
The post Bahasa ‘Mudah Faham’, Penjelasan MKN Sabah Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/11/bahasa-mudah-faham-penjelasan-mkn-sabah-buat-netizen-terhibur/