Marah Anak Tanpa Marah Marah Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi


Sejak pegang title sebagai ibu ayah, dalam sehari ada tak rasa nak marah anak? Jika anak rasa ye itu normal tetapi perasaan ini boleh kita kawal jika tahu tekniknya.
Tidaklah anak kita asyik rasa takut je dengan ibu ayah sendiri. Ada tu paling kesian sehingga anak pula jadi trauma jika mereka ada buat kesilapan kecil.
Menerusi perkongsian dari Teacher Lin Talib, yang banyak menulis tentang perkembangan anak dan topik keibubapaan, ada 5 tip marah anak tanpa marah-marah.
5 Tip Marah Anak Tanpa Marah-Marah
Tengok gambar bawah. Habis satu ruang tamu di tepung kan. Lantai kotor satu hal, kalau kena sofa tu ya ampunnnn dah lah susah nak bersihkan! Ishhh budak ni nak kena ni!!!

Macam tipu sangat kalau kata tak pernah marah anak. Bak kata Usop Wilcha dalam cerita Zombie Kampung Pisang…”Nampok benorr nipunya”
Jadi saya kongsikan bagaimana tip untuk marah anak.. tanpa marah-marah.
1. DIAM
Bila nampak sesuatu yang tak kena pada mata kita .. yang terus menjentik hati rasa nak marah.. diam dulu. Jangan terus jadi machine gun. Berterabur peluru kata-kata bila kita marah.
Dan percayalah.. kata-kata yang keluar ketika marah…biasanya tak indah. Anak akan mudah terluka bukan kerana kita marah.. tapi kata-kata ketika marah.
Nampak je tepung bersepai . Tarik nafas… Hembus… Dan diam. Diam ni dapat mengawal kita menghambur perkataan yang tidak elok pada anak kita… Selain itu.. ia mengawal diri kita dari bertindak di luar kawalan. Kadang ada sampai bantai anak padahal tertumpah tepung je.. sebab apa? Sebab dia tak diam. Dia gagal kawal amarah dia.
Diam dan lihat wajah anak kita. Dia senyum gembira je. Dalam diam itu zikir. Dalam diam itu kita syukur anak selamat. Hanya dengan diam.
2. TUKAR MINDSET
Selalu kita dengar kan.. ” Alahhh budak -budakkk”. Okay.
Bila anak buat salah.. tertumpah itu..terpatah ini.. tercalar itu.. tersepah ini… Terus tukar mindset
Anak ni..baru 3,5 tahun hidup. Mereka ni pendatang baru dalam dunia. Baru je 5 tahun hidup. Kita ni dah 30 tahun hidup. Mestilah beza banyak benda kita tahu berbanding dia..
Macam orang bekerja 30 tahun dengan orang bekerja baru 5 tahun.. manakan sama pengalaman mereka kan? Begitulah anak-anak.
Jadi, selagi kesalahan mereka tak mencederakan mereka dan orang lain…bertenang.. dan fikir…
” Mereka ni orang baru..mereka tak tahu”
Jadi tanggungjawab kitalah sebagai “lebih pengalaman” untuk ajar mereka. Tiada siapa akan terus pandai sesuatu bila di marah. Tetapi seseorang boleh pandai bila di tunjuk ajar. Kan?

3. PERLU DI MARAH
Ya, ada masanya anak perlu dimarah. Bila tu? Bila anak mula tunjukkan sifat individual atau “degil”. Biasanya umur 8 tahun ke atas ni boleh di marah dah.
Contoh: dari kecil kita ajar bangun pagi.. tapi bila masuk 9 tahun dia tak nak bangun dengan alasan malas Ha, ni wajib di marah.
Marah bila kita sudah tunjuk dan ajarkan tapi dia tidak mahu buat tiba-tiba .. so boleh marah.
Tapi jangan marah melampau. Marah atas kesalahan itu sahaja. Tak perlu ungkit cerita dari zaman Parameswara sampai sekarang. Nyatakan kita marah pada attitude atau peel mereka..bukan marah pada diri mereka.
Contoh: ” Ali.. tolong basuh pinggan”
Ali tak menyahut sedangkan jarak dekat saja. Dah 3 kali tak menyahut kita boleh marah.
” Mak panggil Ali tak dengar ke?? Tuhan bagi telinga ni untuk dengar. Mulut untuk menyahut!”
Jadi kat sini anda lihat.. walaupun marah.. kita bagi reasoning atau solution kepada anak tentang kesalahan mereka. Kalau mak saya dulu dia tambah pakej piat telinga.
Siap je kerja disuruh.. peluk balik anak dan katakan dia anak yang baik.. selalu dengar cakap ibu bapa.. mak abah sayang dia..
Ini untuk ingatkan anak bahawa kita tetap sayangkan dia.. marah hanya atas sebab kesalahan.. tapi itu tidak menjejaskan kasih sayang terhadap dia. Jadi InsyaAllah.. anak akan faham tentang yang salahnya adalah perbuatan.. bukannya diri dia. Okay?
ARTIKEL MENARIK [Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak Yang Cerdik]
4. AJAK CARI SOLUSI
Jika anak baru 4 tahun..dan dia terbuat salah.. macam tumpah air.. anda boleh ajak dia sama-sama fikir apakah yang perlu dia buat.
Contoh; air tumpah ” Alamak.. air tumpah! Macam mana ni? ”
Wujudkan interaksi dengan anak atas perbuatannya. Kiranya kita ambil tahu atau acknowledge perbuatan anak.
” Basah ni.. kalau jalan licin.. jatuh.. sakit!”
Di sini kita bagi mereka kefahaman Cause and Effect. Semua orang tak suka bila sakit
” Nak kena buat apa ni?” ” Ha! Jom kita lap lantai!”
Ambil kain dan ajak anak lap sama-sama
” Yay! Dah bersih! Tak sakit! Pandaiii kakak”
” Lain kali, kalau ada air atas lantai.. kakak lap cepat-cepat okay! Kakak jadi hero selamatkan orang. Tak jatuh!!”
Bila anak mengelap lantai.. di sini kita dah ajar anak konsep
– Cause and Effect
– Mencari solusi atau problem solving
– Mengajar konsep bertanggungjawab atas kesalahan sendiri serta tanggungjawab atas masyarakat.
Sudah tentu anda perlu ulang perkara ini dan ajarkan beberapa kali tapi percayalah, bila anak sudah faham konsep-konsep di atas.. InsyaAllah anak akan membesar dengan cemerlang!

5. REFLEKSI DIRI & ANAK
Cuba refleksi diri anda. Berapa banyak masa anda bersama anak? Berapa banyak yang anda tahu tentang anak? Makanan kegemaran.. warna kegemaran.. band kegemaran… Minat nya.. bagaimanakah komunikasi kita dengan anak? Rapatkah kita dengan anak?
Bila kita rapat dengan anak.. kitalah lebih tahu kelebihan dan kelemahan anak. Jadi jika anak ada buat salah… Jangan terjah marah dulu.
Contoh: anak tak buat kerja sekolah. Cuba anda tengok.. dan perhati anak.. kenapa dia tak siap kerja sekolah.
Tak faham atau tak tahu nak buat ke?
Dia tak suka subjek tu ke?
Dia ada masalah motor halus ke?
Dia ada masalah emosi ke?
Kawan-kawan dia tu jenis okay ke?
Semua ni anda perlu ambil kira. Kita tak tahu anak kita ni kalau ada 10 orang maka 10 lah jenis perangai.
Dan paling penting… Janganlah kita banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Semua anak ni bijak.. ada kelebihan mereka.
Tak pandai belajar di sekolah bukan bermaksud dia bodoh.. tapi mungkin dia ada minat dan mahir di tempat lain. Tolonglah ibu bapa.. bijaknya anak kita bukan diukur dengan markah peperiksaan.
Tapi ianya bergantung dengan bagaimana anak kita boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupannya dengan baik tanpa menyakiti orang lain. Kerana zaman ini… Ramai orang pandai akademik.. tapi malangnya mereka bodoh akhlak.
Suka untuk saya tekankan anak perlu berkembang dengan baik, bukan berkembang dengan cepat.
Sumber: Lin Talib

The post Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-anak-tanpa-marah-marah-faham-kaedah-ni-baru-ibu-ayah-dapat-kawal-emosi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Dia 6 Skill Yang Anak Muda Baru Grad Perlu Ada Untuk Mudah Dapat Kerja Pasca Covid 19

Ini Dia 6 Skill Yang Anak Muda Baru Grad Perlu Ada Untuk Mudah Dapat Kerja Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 409 hits
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini lulus dan gran dari universiti tidak lagi dapat memberikan jaminan anda akan dapat kerja Berdasarkan jumlah sebanyak 21 universiti awam dn 38 universiti swasta seramai 51 ribu pelajar yang grad setiap t...
Cegah Penularan Anak Anak Dilarang Menumpang Krl Di Masa Normal Baru

Cegah Penularan Anak Anak Dilarang Menumpang Krl Di Masa Normal Baru

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 242 hits
Anne menjelaskan kebijakan ini dibuat mengingat anak anak cukup beresiko tertular Covid 19 Selain itu anak anak juga dianggap tidak memiliki kepentingan mendesak untuk keluar dari rumah dan menggunakan transportasi umum seperti KRL
Dah Tahu Nak Bercuti Dimana Semak Dulu Protokol Baru Menginap Di Hotel Pasca Covid 19 Ini

Dah Tahu Nak Bercuti Dimana Semak Dulu Protokol Baru Menginap Di Hotel Pasca Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 290 hits
Jantung Kuala Lumpur sentiasa berdegup dengan seribu impian dan cita cita Terutamanya di lokasi Golden Triangle atmosfera gaya hidup urban dengan pusat membeli belah hiburan dan perniagaannya menjadi tarikan warga kota Selepas berbulan bula...
Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 516 hits
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi Namun dalam rasa teruja terselit rasa ragu ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita Tip dan resipi yang dikong...
5 Pengalaman Yang Bakal Kamu Lalui Sebagai Anak Kos Baru Namanya Juga Pemula Jadi Terkesan Berat

5 Pengalaman Yang Bakal Kamu Lalui Sebagai Anak Kos Baru Namanya Juga Pemula Jadi Terkesan Berat

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 410 hits
Sebelum memutuskan untuk ngekos pastikan dulu kalau kamu punya mental yang cukup kuat dan tahan banting
4 Cara Terjitu Naikkan Peringkatmu Di Youtube Yang Baru Mulai Mengudara Baca Dulu Ya

4 Cara Terjitu Naikkan Peringkatmu Di Youtube Yang Baru Mulai Mengudara Baca Dulu Ya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 357 hits
Lagi coba peruntungan di Youtube Lakukan hal hal praktis ini biar videomu muncul di pencarian dan ramai ditonton orang
Anak Tiga Berat Maintain 48kg Rosma Pesan Jangan Timbang Hari Hari Baru Tak Stres

Anak Tiga Berat Maintain 48kg Rosma Pesan Jangan Timbang Hari Hari Baru Tak Stres

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 489 hits
Masih ingat lagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pertama Rosmayati Sidik atau lebih dikenali sebagai Rosma yang sebelum ini popular dengan beberapa lagu tetapi kini sudah mula memperlahankan karier nyanyiannya dan hanya fokus pada anak ...
Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 531 hits
Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun tahun terdahulu Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid 19 Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan m...
Baru Berusia Setahun Anak Hanis Zalikha Hairul Azreen Sudah Miliki Sejuta Followers Di Instagram

Baru Berusia Setahun Anak Hanis Zalikha Hairul Azreen Sudah Miliki Sejuta Followers Di Instagram

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 375 hits
Selain digunakan oleh golongan dewasa trend mencipta akaun Instagram oleh ibu bapa bagi kanak kanak dan bayi yang baru dilahirkan seakan menjadi ikutan dalam kalangan netizen terutama golongan selebriti dan artis Terbaru anak kepada artis t...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator