Bahasa Melayu Dan Makan Belacan


“MALU bertanya sesat jalan, malu nak berbahasa Melayu, cakaplah bahasa Inggeris” – Mungkin kata-kata ini tepat ditujukan kepada segelintir orang kita. Kalau kita hendak berbincang pasal tidak mengutamakan bahasa kebangsaan ini, isunya lebih kepada sikap.Iyalah, bukan tak pandai pun. Tak akanlah sudah hidup lama di negara ini tidak boleh berbahasa Malaysia. Mengada-ngadalah. Itu saja.
Ada pula bila bercakap Melayu, pelat pula. Ala keinggerisan. Tapi tak apalah. Asalkan dia tidak malu berbahasa Melayu. Berusaha berbahasa kebangsaan

Baru-baru ini, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengingatkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Dewan Negara yang mengikuti perbahasan supaya mengutamakan percakapan dalam bahasa kebangsaan

Beliau membuat teguran itu selepas mendengar ja­wapan Timbalan Menteri Pe­lancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu yang menyebut perkataan homestay. Kata Rais, ada istilah Melayu bagi homestay itu

Jawab Dr. Santhara, “Inap desa Yang di-Pertua”

“Ada istilah dalam bahasa kebangsaan, kita tak pakai,” kata Rais

Selain Rais, siapa lagi pe­mimpin kita yang beria-ia bercakap atau menegur pasal bahasa kebangsaan? Adalah, bukan tak ada. Tetapi sekadar beri kenyataan dalam akhbar tetapi dia pun sama dua kali lima, berhabuk guna bahasa Inggeris hatta dalam merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah. Yang datang bukan ada warga asing pun, semua rakyat Malaysia. Tapi itulah, tiada standard agaknya bercakap bahasa Melayu

Bukan saya mahu mengetepikan bahasa Inggeris, bahasa ilmu atau pentingnya ada kemahiran berbahasa lain. Pengajian bahasa lain pun ada ditawarkan di universiti tempatan. Yang mana ini sangat bagus iaitu mahir selain bahasa ibunda dan ada prospek dalam pekerjaan yang memerlukan bahasa asing ini

Isunya malu dan anggap bahasa kebangsaan kita ini tiada standard. Saya pernah bercerita dalam kolum ini bagaimana seorang ibu cukup bangga memberitahu kawan-kawan dalam grup WhatsApp, anaknya tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris. Yang peliknya, ramai memuji-muji kepandaian anak itu. Tidak seorang pun, menegur bahawa Bahasa Melayu pun kena mahir jugalah. Ada ibu bapa yang amat rungsing apabila anak lemah dalam bahasa Inggeris, sanggup panggil guru tuisyen tetapi bila Bahasa Malaysia gagal atau cukup-cukup makan, tak apalah

Saya pernah menghadiri forum dan persidangan di Jepun, China dan Peranchis. Ia dikendalikan dalam bahasa mereka. Ada penterjemah. Perkara ini sangat biasa di sana. Pekerja hotel atau penduduk di sana, bila kita tanya dalam bahasa Inggeris pun, gigih berbahasa mereka. Akhirnya, komunikasi lebih kepada isyarat tangan saja. Di negara ini, tidak begitu. Bila persidangan ada delegasi dari negara luar, semua bercakap bahasa Inggeris. Takut delegasi luar terpinga-terpinga tidak faham. Walhal boleh saja guna penterjemah macam negara lain

Lepas itu, ada pemimpin-pemimpin negara ini sembang pasal kepentingan bahasa kebangsaan, menasihatkan rakyat begitu begini bila ada seminar berkenaan bahasa yang pastinya membabitkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Alangkah janggalnya telinga mendengar saranan mereka

Bahasa kebangsaan milik semua. Ia bukan pasal kaum. Ia bahasa komunikasi yang memudahkan kita semua. Tidak akan jadi Melayu seorang Cina atau India berbahasa Melayu dan tidak akan jadi orang putih, Melayu yang berbahasa Inggeris

Semalam, saya terdengar perbualan dua pemuda berketurunan Cina dan India di kediaman saya. Mereka pekerja penyelenggaraan yang sedang memperbaiki lif

“Bala, cepat sikitlah aku dah lapar,” kata lelaki yang kami di sini panggil Chai saja. Nama penuh saya tak tahu

Jawab Bala – “Kau fikir perut kau, saja. Aku pun lapar. Tiba-tiba lalu seekor kucing

“Jangan bagi kucing masuk lif. Nanti tak tahu kucing itu pergi mana,” kata Chai

Bala jawab – “Kucing itu tahu tingkat berapa dia duduklah.” Dan mereka berdua tertawa. Saya pun turut tertawa

Tengok, indah dan mudahnya bahasa kebangsaan digunakan untuk komunikasi semua kaum. Tak ada cacat celanya. Tapi ada saja yang mengada-ngada. Malu cakap Melayu. Bab belacan, budu tempoyak dan petai, laju saja dia makan.- UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/bahasa-melayu-dan-makan-belacan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Central Spine Road Lebih Mulia Dan Agung Berbanding Guna Nama Bahasa Melayu

Central Spine Road Lebih Mulia Dan Agung Berbanding Guna Nama Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 364 hits
Tular satu gambar lebuh raya mengagungkan perkataan bahasa penjajah iaitu Central Spine Road dan keadaan ini nampaknya disambut baik oleh pegawai yang meluluskannya Hal ini demikian kerana takkanlah ketua kampung atau tukang buat lebuh raya...
Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 311 hits
Kalau ajar BM dengan BI sekali anak anak tak confuse ke Ini persoalan yang selalu ditanya oleh ibu ibu yang nak mula ajar English pada anak anak Soalan ini juga yang pernah diajukan oleh ibu yang homeschool Bagi menjawab persoalan ini Puan ...
Bahasa Melayu Meluas Di Korea Selatan

Bahasa Melayu Meluas Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Pemartabatan bahasa Melayu di luar negara kini bukan lagi asing malah di beberapa negara sudah terdapat Kursi Pengajian Bahasa Melayu sejak sekian lama Di Korea Selatan usaha memartabat dan memperkasa bahasa Melayu turut digala...
Walaupun Bukan Sekali Lafaz Video Sweet Mat Salleh Cuba Lafaz Akad Nikah Bahasa Melayu

Walaupun Bukan Sekali Lafaz Video Sweet Mat Salleh Cuba Lafaz Akad Nikah Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 460 hits
Satu video yang memperlihatkan seorang lelaki dari negara barat cuba berbahasa Melayu telah menarik perhatian netizen di TikTok semalam Ia bermula apabila si isteri kongsikan satu rakaman dimana dia meminta suaminya itu cuba ajuk gayanya da...
Kuasai Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Park Tae Su

Kuasai Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Park Tae Su

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 368 hits
Park Tae Su Anggap Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Foto Sabah Football Club Pandai Berbahasa Melayu Park Tae su Turut Dipanggil Karim Park Dalam Kalangan Rakan Sepasukan Dalam satu temubual di pemain import Sabah FC Park Tae Su ...
Buku Rahsia Anakku Bijak Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab

Buku Rahsia Anakku Bijak Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 347 hits
Sekarang semua dah boleh dapatkan buku RAHSIA ANAKKU BIJAK MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB dengan harga RM5 00 unit 50 video pembelajaran untuk ibu bapa anak anak 80 muka surat Bersaiz A5
Kecewa Bahasa Melayu Dianaktirikan Tokoh Bahasa Cadang Tutup Dbp

Kecewa Bahasa Melayu Dianaktirikan Tokoh Bahasa Cadang Tutup Dbp

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 196 hits
SHAH ALAM Seorang tokoh pengajian bahasa Melayu mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka ditutup setelah kecewa di atas kegagalan pihak berkuasa tempatan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam aspek menamakan hartanah jalan serta kompleks komer...
Sikap Ahli Politik Terhadap Bahasa Melayu Mengecewakan

Sikap Ahli Politik Terhadap Bahasa Melayu Mengecewakan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 253 hits
Sikap ahli politik terhadap bahasa Melayu mengecewakan Sikap tidak peduli serta mabuk bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu yang sudah sekian lama dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan gagal diletakkan di tempat sepatutnya Sehingga ki...
Kah Kah Kah Woii Tak Lulus Bahasa Melayu Ka Sekolah Dulu Dulu Nak Jawab Soalan Pun Haru Biru

Kah Kah Kah Woii Tak Lulus Bahasa Melayu Ka Sekolah Dulu Dulu Nak Jawab Soalan Pun Haru Biru

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 386 hits
Kalau ini jawapan peperiksaan memang gagal la Ahli Parlimen selar jawapan bertulis Kementerian KewanganPETALING JAYA Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir mempersoalkan Kementerian Kewangan kerana didakwa tidak menjawab soalan yang dikemuka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord