Bahasa Melayu Meluas Di Korea Selatan


KUALA LUMPUR: Pemartabatan bahasa Melayu di luar negara kini bukan lagi asing malah di beberapa negara, sudah terdapat Kursi Pengajian Bahasa Melayu sejak sekian lama.

Di Korea Selatan, usaha memartabat dan memperkasa bahasa Melayu, turut digalas Prof Dr Lim Kim Hui yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), di Seoul, Korea sejak sedekad lalu.

Menurut anak jati kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, penerimaan masyarakat Korea Selatan terhadap bahasa Melayu pada ketika ini sudah semakin baik dan meluas. Ini antaranya didorong tarikan peluang pekerjaan dengan syarikat Korea yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Malaysia atau Indonesia.

"HUFS Seoul yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu-Indonesia dalam konteks pengajian wilayah menerima sehingga 30 pelajar bagi setiap tahun pengajian.

"Bilangannya tidak banyak berubah berikutan ketetapan oleh universiti tetapi saya lihat kini berlaku peningkatan jumlah pelajar yang ketara setiap tahun membabitkan mahasiswa yang mengambil bahasa Melayu-Indonesia sebagai jurusan kedua.

"Meskipun mengalami kekangan ruang kuliah, kekurangan tenaga pengajar dan memikirkan keberkesanan pengajaran, pihak jabatan berusaha menerima sehingga maksimum 60 ke 70 orang pelajar," katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Kim Hui berkata, sehingga kini bahasa Melayu diterima dengan baik di negara itu malahan seawal menjejakkan kaki di Korea, iaitu bermula di lapangan terbang lagi, peta dan bahan pelancongan yang disediakan imigresen turut mengandung bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Di kawasan tarikan ramai di Istana Gyeongbukgung misalnya, turut disediakan risalah makanan halal dalam bahasa Melayu dan hal seperti ini menurut Kim Hui, cukup mengujakan bagi dirinya yang bergelar perantau di negara orang.

Tambahnya, meskipun kebanyakan pelajarnya mengatakan bahasa Melayu-Indonesia secara relatifnya adalah lebih mudah dipelajari berbanding bahasa lain tetapi usaha memperkasakannya turut berdepan dengan beberapa cabaran.

"Sudah tentu kita berdepan dengan cabaran memperkasa bahasa Melayu di Korea dan ini bermula daripada bahan pengajaran yang relatifnya sedikit hinggalah kepada sikap masyarakat yang acuh tidak acuh terhadap bahasa sendiri.

"Persoalan paling sukar untuk saya jawab ialah apabila pelajar yang pernah berkunjung ke Malaysia bertanya kenapa masyarakat di negara ini umumnya tidak begitu suka berbahasa Melayu." katanya.

Menurut Kim Hui, berbanding bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Jerman dan Korea, kita sebenarnya masih mengalami kekurangan buku pengajaran bahasa Melayu kepada orang asing terutama bagi tingkat pertengahan dan tinggi.

"Saya rasa hal yang paling penting untuk dipelajari dari dunia luar seperti Korea ialah semangat mereka yang sentiasa berusaha memberi pengisian dan nilai tambah kepada bahasa mereka," katanya.

Menurut Kim Hui, keutamaan di negara ini perlu diberikan kepada hal pengisian melalui usaha penerbitan buku ilmiah, karya sastera yang baik serta produk budaya yang berkualiti seperti Upin dan Ipin yang disifatkannya sebagai agak berjaya.

Ketika ditanya sama ada terdapat sesuatu yang boleh dipelajari rakyat Malaysia daripada cara Korea Selatan mendukung budaya dan bahasa mereka, Kim Hui berkata nasionalisme bahasa dan budaya mereka bukan setakat terletak bermain di bibir saja.

"Di negara yang pernah saya diami termasuk di Jerman dan Jepun, saya lihat rakyatnya tidak setakat mempunyai semangat nasionalisme bahasa dan budaya yang tinggi malah berusaha memberi pengisian kepada nasionalisme itu.

"Di Korea, nasionalisme bahasanya diterjemahkan dengan mengisytiharkan 9 Oktober setiap tahun sebagai hari cuti bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

"Tidak hanya itu, malah jika di kebanyakan negara enjin carian Google lebih popular digunakan, masyarakat Korea Selatan pula lebih suka menggunakan enjin carian mereka sendiri iaitu Naver kerana lebih mudah menemui maklumat dalam bahasa Korea," katanya.

Tambah Kim Hui, pelajar di Korea Selatan juga katanya lebih selesa menggunakan Papago Naver iaitu aplikasi kamus pelbagai bahasa berbanding Google Translate.

Daripada aspek seni dan budaya, drama korea (k-drama) yang terkenal di seluruh dunia termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia juga sarat dengan isian budaya mereka dan ini sekali gus melonjakkan minat pelajar asing untuk mempelajari bahasa Korea.

"Penerbitan majalah Koreana oleh Yayasan Korea setiap tiga bulan juga dilakukan dalam 11 bahasa utama dunia termasuk bahasa Indonesia bertujuan mempromosikan seni dan budaya Korea di seluruh dunia.

"Meskipun Korea dan Malaysia mempunyai latar belakang sejarah serta politik yang berbeza tetapi sudah tentu ada hal yang boleh dipelajari bagi memperkasa dan mempromosi bahasa dan budaya negara ke persada dunia," katanya.

Kim Hui berkata, terjemahan menjadi kaedah paling praktis untuk memahami karya negara lain disebabkan keterbatasan manusia menguasai semua bahasa.

Justeru katanya, terdapat beberapa karya Korea yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu termasuk antologi cerita pendek Korea sebelum Perang Dunia ke-2 iaitu Tamu Desa Terpencil yang disusun mantan profesor HUFS, Chung Young-Rhim.Young Rhim juga turut menterjemah Salina karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said ke bahasa Korea.

Menurut Kim Hui yang sudah menghasilkan beberapa buku termasuk naskhah ilmiah Jaringan Bahasa: Logik, Retorik dan Globalisasi pada 2014 serta kumpulan puisi perseorangan, Sepi Bertemu (2017), beliau kini mengusahakan manuskrip berjudul Perkembangan Bahasa Melayu di Korea Selatan.

Naskhah yang bakal diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu katanya, akan melihat perkembangan dan cabaran yang dihadapi pengajian Melayu serta perkembangan bahasa Melayu dalam mengharungi persaingan akademik abad ke-21. - www.bharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/bahasa-melayu-meluas-di-korea-selatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing Video

Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing Video

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 221 hits
Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing SEOUL Presiden Korea Selatan Moon Jae in menggesa larangan dikenakan terhadap tradisi memakan daging anjing yang diamalkan sebilangan penduduk negara itu lapor akhbar semala...
Latihan Bahasa Melayu Prasekolah Kenali Rumah Saya

Latihan Bahasa Melayu Prasekolah Kenali Rumah Saya

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 368 hits
Latihan Bahasa Melayu Prasekolah Kenali Rumah Saya Modul latihan berkenaan dengan perkakasan rumah ini adalah bagi membantu murid prasekolah dan sekolah rendah untuk menambah kosa kata mengenai objek yang terdapat di sekeliling mereka Aktiv...
Korea Selatan Bentuk Tim Persiapan Hidup Bersama Covid 19

Korea Selatan Bentuk Tim Persiapan Hidup Bersama Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 142 hits
Kewajiban penggunaan masker belum akan dicabut dalam waktu dekat berdasarkan kebijakan baru itu
Cara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Cara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 373 hits
Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan tatabahasa peristilahan per...
Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

Anak Baru Belajar Baca Tip Mudah Ini Bantu Kuasai Bahasa Melayu English Serentak

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 311 hits
Kalau ajar BM dengan BI sekali anak anak tak confuse ke Ini persoalan yang selalu ditanya oleh ibu ibu yang nak mula ajar English pada anak anak Soalan ini juga yang pernah diajukan oleh ibu yang homeschool Bagi menjawab persoalan ini Puan ...
Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 237 hits
Ada peminat makanan Korea ke kat sini Sila angkat tangan Kalau anda teringin nak makanan Korea boleh buat sendiri mengikut resipi ini Peminat makanan Korea Aley Arif berkongsi resipi makanan makanan yang selalu dibuatnya apabila craving ter...
Kuasai Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Park Tae Su

Kuasai Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Park Tae Su

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 368 hits
Park Tae Su Anggap Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia Foto Sabah Football Club Pandai Berbahasa Melayu Park Tae su Turut Dipanggil Karim Park Dalam Kalangan Rakan Sepasukan Dalam satu temubual di pemain import Sabah FC Park Tae Su ...
Kerajaan 95 Melayu Tak Tegur Iklan Bertema Seks

Kerajaan 95 Melayu Tak Tegur Iklan Bertema Seks

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 377 hits
Wanita KEADILAN sedih melihat sebahagian pengiklan di negara ini mengeksploitasi wanita dalam iklan berunsurkan seks yang menyalahi nilai agama dan adat ketimuran Bagi Exco Wanita KEADILAN Pusat Mahani Abdul Moin sikap tidak tegas kerajaan ...
Terbaik Lah Kerajaan Melayu Isle Kluster Mahkamah Dah Bebas Lagi Soqang Nanti Jadi Timbalan Speker Ya

Terbaik Lah Kerajaan Melayu Isle Kluster Mahkamah Dah Bebas Lagi Soqang Nanti Jadi Timbalan Speker Ya

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 282 hits
MOHD MUKHLISTerbaik la kerajaan Melayu Isley Tahniah Mat Maslan sebab bersih dari jadi kluster Mahkamah Bila lagi nak di lantik jadi Speaker Parlimen Mopti Serba tahu tak mahu komen apa apa ka Kan enta jamin dulu kerajaan bebaskan perasuah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner