Bah Lim Rm 5 Billion Kepada Sabah Bagaimana Bah Lim


Selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kesediaan Putrajaya menimbangkan permohonan kerajaan Pulau Pinang bagi mendapatkan dana untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) negeri itu, seorang pemimpin PBS mencadangkan supaya Lim turut menimbangkan pemberian geran sebanyak RM5 bilion kepada Sabah bagi membaiki jalan luar bandarnya.

Ahli majlis tertinggi PBS Arthur Sen berkata, wujud keperluan mendesak untuk menangani masalah kemudahan jalan di banyak kawasan luar bandar Sabah yang masih tidak boleh dilalui dengan kenderaan.

Beliau berkata, ini bermakna kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans tidak boleh sampai tepat masa pada waktu kecemasan.

Sen berkata, beliau membangkitkan isu itu selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa beliau akan memohon dana sebanyak RM20 bilion daripada Putrajaya untuk membiayai 2 komponen PTMP.

Katanya, beliau “mengambil perhatian” bahawa Lim, yang merupakan bekas ketua menteri Pulau Pinang dan pemimpin di belakang PTMP, telah memaklumkan bulan lepas bahawa kerajaan persekutuan sedia menimbangkan permohonan Pulau Pinang bagi mendapatkan dana untuk meneruskan projek itu.

Ini adalah menteri kewangan sama yang terus bercakap kononnya kerajaan tidak mempunyai cukup wang. Tetapi beliau tidak berdepan masalah untuk menawarkan puluhan bilion wang bagi membiayai projek yang dimulakannya.Jika itu keadaannya, saya mencadangkan bahawa Sabah lebih memerlukan wang untuk pelan pengangkutannya berbanding Pulau Pinang.Saya fikir geran permulaan RM5 bilion boleh membantu mengatasi sebahagian daripada masalah yang timbul susulan kemudahan jalan yang buruk di kawasan luar bandar. Ia patut dijadikan geran tahunan, yang terpisah daripada peruntukan pembangunan tahunan dalam belanjawan pusat.
Sen berkata, beberapa kampung terpecil hanya boleh dihubungi dengan helikopter, dan dalam banyak kes penduduk kampung perlu berjalan kaki selama beberapa jam untuk sampai ke rumah mereka.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah meluluskan beberapa projek bagi menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama, namun banyak jalan berkenaan telah rosak dan terbiar, justeru perlu dinaik taraf.

“Dana itu mesti dikhaskan untuk jalan luar bandar, jika tidak kerajaan negeri mungkin menggunakannya untuk projek kereta api menghubungkan Kudat dengan Kota Kinabalu,” katanya.

Sen menegaskan bahawa cadangan rangkaian kereta api yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Peter Anthony, April lepas adalah tidak perlu.

Katanya, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk projek jalan luar bandar yang memberi manfaat kepada penduduk berbanding perkhidmatan kereta api bagi menghubungkan 2 bandar yang sudah pun mempunyai rangkaian jalan raya yang baik.

“Projek jalan luar bandar penting untuk mengurangkan ketaksaksamaan pendapatan antara kawasan kampung dengan bandar. Kemudahan perhubungan akan membuka lebih banyak pasaran kepada hasil pertanian,” katanya.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/bah-lim-rm-5-billion-kepada-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Is Pakatan Still Robbing Sabah Sarawak Terengganu And Kelantan

Why Is Pakatan Still Robbing Sabah Sarawak Terengganu And Kelantan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 253 hits
Since Pakatan Harapan took over in May 2018 Sabah Sarawak Terengganu and Kelantan have been robbed a further RM80 billion or so Pakatan promised since back in 1999 this is going to end But it appears like they blame Umno and Barisan Nasiona...
Peter Anthony Yakin Sabah Mampu Buat Kejutan Saingan Piala Malaysia 2019

Peter Anthony Yakin Sabah Mampu Buat Kejutan Saingan Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 647 hits
Peter Anthony yakin Sabah mampu buat kejutan saingan Piala Malaysia 2019PETER ANTHONYSkuad Tambadau Sabah akur mereka bukan pasukan pilihan tetapi yakin mereka mampu buat kejutan dalam saingan Piala Malaysia Sabah diundi memulakan cabaran d...
Star Backs Call To Include Sabah In Plan To Deport Illegal Immigrants

Star Backs Call To Include Sabah In Plan To Deport Illegal Immigrants

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 240 hits
STAR strategic director Edward Linggu KOTA KINABALU A local opposition party today supported the call by Sabah PPBM chief Hajiji Noor to include Sabah in the federal government s Back for Good Programme Speaking to reporters here today Part...
Sabah To Take In 750 Interim Teachers To Address Shortage

Sabah To Take In 750 Interim Teachers To Address Shortage

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 207 hits
The Sabah state Education Department has opened its intake for 750 interim teachers this year to address the shortage of teachers in the state Director Dr Mistirine Radin said of the number 130 Islamic Studies interim teachers and 166 inter...
Sabah Sea Gypsies Get Lecture From Cops On Dangers Of Fish Bombing

Sabah Sea Gypsies Get Lecture From Cops On Dangers Of Fish Bombing

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 248 hits
Lahad Datu marine police talking to the community of sea gypsies also known as Bajau Laut or Palauh on the dangers of fishing using bombs and poison KOTA KINABALU After the fatal fish bombing incident in Semporna earlier this month marine p...
Raise Salaries Of Imams Ustaz Ppbm Tells Sabah Govt

Raise Salaries Of Imams Ustaz Ppbm Tells Sabah Govt

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 230 hits
KOTA KINABALU The Sabah government should consider raising the allowances paid to imams and ustaz in line with their increased duties and responsibilities Silam PPBM chief Hakim Gulam Hassan said the allowance received by these religious le...
Terdapat Program Pemberian Dokumen Kepada Warga Filipina Di Beaufort Sabah

Terdapat Program Pemberian Dokumen Kepada Warga Filipina Di Beaufort Sabah

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 160 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat program pemberian dokumen kepada warga Filipina di Dewan Baru Beaufort Sabah Sumber gambar Facebook SEBENARNYA Menurut Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah
Pemain Badminton Dari Sabah Ke Suku Akhir Kejohanan Badminton Ghana International Series

Pemain Badminton Dari Sabah Ke Suku Akhir Kejohanan Badminton Ghana International Series

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 429 hits
Pemain badminton dari Sabah ke suku akhir Kejohanan Badminton Ghana International Series DR SALLEH bersama Saffuan Syahzlan dan Datu Sardik CyberSafety meletakkan sukan badminton negeri ini ke tahap membanggakan menerusi aksi dua pemainnya ...
Sabah Dalam Kumpulan C Yang Sukar

Sabah Dalam Kumpulan C Yang Sukar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 175 hits
TIMBALAN Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama bekas pemain bola sepak Selangor Mubin Mokhtar ketika Undian Piala Malaysia di Damansara Performing Arts Centre Foto Eizairi ShamsudinSabah dalam Kumpulan C yang sukarBerikut adala...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia