Baguslah Beliau Tak Pakai Nik Abduh Pertahankan Khairuddin Dikecam Netizen Sebab Tak Pakai Face Mask
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali kembali menjadi bahan bualan netizen selepas gambar dirinya tidak memakai pelitup muka di tempat awam, viral di media sosial.
Bagaimanapun, pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan Khairuddin dan berkata, "Baguslah beliau tak pakai".
Melalui status yang dimuat naik di Facebooknya pada 2 November 2020, Nik Abduh memberikan penjelasan adalah bagus Khairuddin tidak memakai pelitup muka kerana dia menunjukkan terdapat perbezaan antara tempat yang ramai di mana adalah wajib memakai pelitup muka dengan tempat yang tidak ramai di mana tidak wajib memakai pelitup muka.
"Sahabat tanya saya perihal YB Dato Mohd Khairuddin, Menteri Sawit dan Getah itu, apasal tak pakai pelitup muka sampai kena hentam di ruang maya? Saya jawab, baguslah beliau tak pakai.
"Beliau tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak, yang tidak wajib pakai pelitup muka.
"Usah terpengaruh dengan bebudak Pakatan Harapan (PH) yang secara terancang viralkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat. Puji dan kritik hanya benar dan berpahala pada perkara yang benar sahaja. Ambillah ingatan agama bahawa fitnah dan sebaran berita palsu berleluasa di akhir zaman," tulis Nik Abduh.
Ini berbeza dengan kenyatan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Ogos lalu di mana orang awam diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat awam. Tetapi ramai yang keliru dengan kenyataan tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kemudian menjelaskan, tempat-tempat awam tersebut dan bagi mereka yang berjalan seorang diri di tempat yang tiada orang, tidak diwajibkan memakai pelitup muka.
"Kalau anda berada di tempat awam dan tempat yang sesak di mana penjarakan sosial tidak dapat dilakukan, penggunaan pelitup muka adalah diwajibkan," katanya.
Dalam gambar viral tersebut, Khairuddin langsung tidak memakai pelitup muka ketika berinteraksi dengan beberapa warga emas yang memakai pelitup muka. Melainkan Khairuddin mengamalkan penjarakan sosial dari warga emas berkenaan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada penjarakan sosial dilakukan atau sebaliknya.
Dua bulan lalu, rakyat Malaysia rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Malaysia yang menunjukkan sikap 'double standard' selepas Khairuddin dilepaskan setelah melanggar perintah kuarantin kendiri di rumahnya. Khairuddin menghadiri mesyuarat di Dewan Rakyat selepas pulang dari Turki dan hanya dikenakan denda sebanyak RM1,000. Sedangkan rakyat biasa yang melakukan kesalahan yang sama dikenakan denda yang lebih berat.
Sumber: World of Buzz, FB Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Sumber : thereporter.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/11/baguslah-beliau-tak-pakai-nik-abduh.html