Bagi Kemas Sikit Ruang Letak Barang Dalam Foldable Storage Box
Susun kasi elok sikit stok barang-barang yang k.fiezz beli untuk kegunaan harian macam mask, syampu badan, refill handwash & barang lain. Sebelum ni k.fiezz letak semua barang-barang ni dalam bakul. Naik semak pula tengok barang-barang dalam bakul tu. Asyik bertambah je. Sebab bertambah tu bila dah kurang kuantiti, k.fiezz & mr hubby top up. Sebab senang nak guna, ambil je dalam bakul. Tak mau lah bila nak guna, barangnya dah habis. Paling cepat habis, syampu badan dan refill handwash.
Bakul yang letak barang-barang kegunaan harian ni, k.fiezz letakkan pula dalam salah satu bilik. Dalam bilik tu memang dah crowded dengan almari, rak baju-baju, tempat letak comforter. Bilik ni pun jadi ruang untuk solat bila ada sesiapa datang ke rumah. Hah!! tak ke serabut tengok ada pula bakul yang bersepah macam dalam gambar bawah ni (gambar no.1). Jadi nak kurangkan ke'semakan itu misi beli foldable storage box is onzzzz. K.fiezz cari yang saiz kecil sikit untuk letak barang-barang ni. Letak barang-barang dalam foldable storage box ni, tak bersusun pun tak apa sebab dalam kotak. Tak nampak sangat. Kita tengok dari luar, kotak je. Bahagian dalam tak bersusun tak ada hal.
Dan ni lah hasilnya. Sebelum dan Selepas. Okey lah kan nampak organize sikit.Foldable Storage Box yang untuk barang-barang kegunaan harian ni, k.fiezz letakkan sekali dengan foldable storage box yang letak koleksi beg-beg. Bagi susun elok sikit foldable storage box ni. Baru lah lega sikit tengoknya.
Foldable storage box (warna biru) - k.fiezz beli di Mr DIY saiz kecil RM15.xx Foldable storage box (polkadot) - sama juga beli di Mr DIY, saiz kecil bawah RM10.
Untuk foldable storage box yang kotak polkadot tu pula, k.fiezz letak frame gambar sebab atas kabinet tv, berlambak lah frame gambar sampai dah penuh kat area situ. Udah lah tv saiz besor. Ada frame gambar yang bersusun tu pula. Makan space weiii. Semakkk pula tengok..Jadi untuk susun atur yang baru ni, k.fiezz letak juga frame gambar kat area situ tapi tak banyak sangat. Nanti agak dah bosan tengok gambar yang sedia ada, kita rotate tukar gambar lain pula. hehe. Gitu..Itu yang k.fiezz selitkan juga foldable storage box Polkadot ni sekali sebab nak letak frame gambar kat dalam tu. Bila ruang terhad ni kena pandai main susun atur supaya tak nak nampak serabut sangat.
Gini lah bila raya di rumah sendiri kan. Banyak masa kat rumah, tambah pula macam sekarang tak boleh ke mana-mana, memang rajin lah nak 5s itu ini
Entry berkaitan < Simpan Barang Dalam Folder Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas >
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/05/Bagi-Kemas-Sikit-Ruang-Letak-Barang-Dalam-Foldable-Storage-Box.html