Bagi Kau Bunga Belum Tentu Kau Nampak Seseorang Itu Baik Kat Engkaulahkan Tetapi Tidak Kepada Sesetengah Orang 9761



ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢAllah Maha Melihat. Allah Maha Mendengar. Nak sorok mana yang bersifat hamba dan bersifat baharu dan semua manusia yang bakal mati. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS .Alankabuut: 64).

Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Antara akhlak mulia Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah “Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan.” 


Lelaki Cina nekad peluk Islam
Oleh Siti Rohana Idris
[email protected]
Mohd Dylan kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim, Pengkalan Chepa. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Kerap mengalami mimpi ditauliah sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Makkah, rupanya satu petunjuk Allah membuatkan seorang pemuda Cina nekad memeluk Islam. Pada 14 Mei tahun lalu, Mohd Dylan Yap Abdullah, 24, atau nama sebenarnya Yap Sheng Wei, melafazkan dua kalimah syahadah selepas lapan tahun ‘jatuh cinta dalam diam’ terhadap Islam

Mohd Dylan kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini mengakui ketenangan luar biasa dialami sebaik bergelar seorang Muslim. Katanya, tertarik terhadap Islam ketika belajar di sekolah menengah dan seorang rakannya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 nabi dan rasul. “Rakan meminta saya memahami apa yang ada dalam buku itu dan sehari demi sehari selepas membacanya, tarikan semakin kuat untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai Islam

“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam. Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam

“Sebaik bergelar saudara baharu, saya belajar mengenai Islam di sebuah surau berhampiran rumah di Sepang, Selangor selama enam bulan sebelum ditawarkan ke IDIP,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Anak bongsu dari tiga beradik itu, berkata tindakannya memeluk Islam masih belum diketahui secara jelas oleh ahli keluarga sebaliknya hanya mengetahui hasratnya untuk bertukar agama sahaja. Sebelum ini, dia pernah menyuarakan hasrat kepada keluarga untuk memeluk Islam tetapi ditentang hebat terutama ibunya yang beberapa kali mengugut untuk membunuh diri jika hasrat diteruskan

“Bagaimanapun, percaturan Allah sudah ditetapkan saya tetap nekad memeluk Islam,” katanya yang meletakkan jawatan sebagai penyelia di sebuah pasar raya di Selangor demi menuntut ilmu di IDIP yang memakan masa selama tiga tahun. Mohd Dylan sudah bertunang dengan seorang gadis dari Klang, Selangor, berkata ketika cuti perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini dia pulang ke rumahnya, namun agak menyedihkan kerana layanan diterima sudah tidak semesra dulu

Dia juga hanya mendiamkan diri ketika diasak keluarga yang bertanyakan sama ada dirinya sudah memeluk Islam atau belum kerana gusar dengan ugutan ibunya sebelum ini. “Seorang ibu saudara saya, merestui tindakan saya bertukar agama malah menasihati agar memilih wanita yang baik dan berakhlak mulia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti. “Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/653396/lelaki-cina-nekad-peluk-islam


100,000 rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan
ZUBIR SULAIMAN | | 18 Februari 2020Sektor pelancongan turut terjejas akibat wabak Covid-19. -Foto Bernama
PETALING JAYA - Hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Menurut laporan akhbar theSundaily, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan bahawa jumlah yang diberhentikan impak ekonomi kesan daripada virus itu boleh meningkat dua kali ganda daripada 40,000 orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan memetik sebagai berkata, keadaan pasaran ketika ini agak membimbangkan setelah banyak syarikat terjejas apabila sebahagian pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding yang diperoleh sebelum ini.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, angka pemberhentian boleh mencecah setinggi 100,000, iaitu lebih daripada dua kali ganda pada 2019," katanya.

Sehingga kini, lebih daripada 1,700 orang telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 dan Malaysia mencatatkan sebanyak 22 kes.

Penganalisis perniagaan mendakwa pengusaha yang menganggap China sebagai rakan perdagangan mereka turut terjejas apabila aktiviti perniagaan di negara itu semakin perlahan ekoran penutupan beberapa bandarnya.

Sejak penularan wabak itu, banyak pemain industri di Malaysia mendakwa turut terkesan sehingga memaksa kerajaan membuat satu pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan pada 27 Februari ini bagi mengurangkan kesannya.

Shamsuddin berkata, perniagaan berkaitan sektor pelancongan dan pembuatan terutama yang bergantung kepada pasaran China di lihat berkemungkinan paling terjejas.

"Sudah tentu, pengusaha hotel turut terjejas apabila ribuan tempahan dibatalkan. Sektor perhotelan, restoran, syarikat penerbangan dan peruncit antara yang terkesan secara langsung, " katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Datuk Abdul Halim Mansor memetik sebagai berkata, menjadi kewajipan kerajaan untuk melakukan amaran serius oleh MEF dan mencari rakan perdagangan alternatif.

Menurutnya, jika isu itu tidak dapat diselesaikan, akan berlaku pergantungan yang lebih tinggi terhadap pekerja asing kerana gaji lebih rendah berbanding penduduk tempatan.

"Tahun lepas, mereka (MEF) meramalkan 30,000 hingga 40,000 diberhentikan sementara dan ia benar-benar berlaku. Jadi, saya berharap apa yang dikatakan kali ini (kemungkinan 100,000 pemberhentian) tidak akan dibuang oleh kerajaan.

"Ini kerana mereka yang paling terjejas adalah rakyat Malaysia sendiri. Majikan sebaliknya akan mengekalkan pekerja asing kerana lebih murah," katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, ekonomi Malaysia akan terus terkesan jika wabak Covid-19 di China tidak pulih sepenuhnya kerana banyak syarikat di negara ini bergantung kepada republik itu untuk mendapatkan produk dan bahan mentah mereka.

Katanya, dianggarkan sebanyak 20 peratus pengurangan penggunaan bahan api di China sejak wabak itu berlaku menunjukkan bahawa aktiviti pengeluaran juga berkurang sekali gus menjejaskan banyak rakan dagangan lain.

“Jadi banyak pemain industri di Malaysia yang menjana pendapatan melalui eksport barangan ke China juga akan menderita.

"Mungkin kerajaan perlu menyesuaikan ekonomi kita dengan cepat dan perlu mencari pasaran pengganti bagi import dan eksport negara," katanya.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/70568/KHAS/Koronavirus/100000-rakyat-Malaysia-bakal-hilang-pekerjaan

China: Negara Majoriti Islam Mengaburi Penindasan
Pertubuhan Negara-Negara Islam Wajar Sokong Bantahan Antarabangsa agar Penindasan di Xinjiang Dihentikan
Julai 17, 2019 9:44AM EDT 

Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Yousef bin Ahmed al-Othaimeen (Tengah), dan Menteri Luar Arab Saudi, Ibrahim Al-Assaf (Kanan) berbicara sebelum sesi bergambar di mesyuarat menteri-menteri luar negara Islam dan Arab, di Jeddah pada 30 Mei 2019. © 2019 BANDAR ALDANDANI/AFP/Getty Images
(New York) – Lebih dua belas negara ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menandatangani kenyataan yang menyokong dasar China di Xinjiang tanpa mempedulikan penindasan berleluasa ke atas penganut Islam di daerah tersebut, ujar Human Rights Watch hari ini. Surat yang menyokong kerajaan China tersebut merupakan respons terhadap kenyataan bersama oleh 22 negara di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas yang bimbang akan pelanggaran hak asasi yang berleluasa di Xinjiang, sekali gus menggesa agar pemantau antarabangsa dibenarkan masuk tanpa syarat.

Kerajaan China telah menindas 13 juta warga etnik Uyghur dan Muslim Turkic lain di Xinjiang dengan penahanan arbitrari beramai-ramai, indoktrinasi politik secara paksa, pergerakan yang disekat dan penganiayaan agama. Anggaran sahih menunjukkan lebih sejuta penganut Islam ini ditahan dalam kem “pendidikan politik.” Bahkan, pihak berkuasa China turut meletakkan warga Islam Xinjiang di bawah pemantauan tanpa had dan mengerahkan lebih sejuta penguatkuasa untuk mengawasi orang Islam, termasuklah mengadakan pelbagai program yang melanggar hak mereka.

“Kerajaan China meraih sokongan dua belas negara majoriti Islam ini untuk mengaburi dunia daripada menyedari rekod pelanggaran hak asasi yang dahsyat di Xinjiang,” ujar Sophie Richardson, pengarah Human Rights Watch di China. “Sepatutnya negara-negara OIC diharapkan bergabung suara dengan kerajaan-kerajaan negara lain yang mengutuk penzaliman yang berlaku terhadap penganut Islam Xinjiang. Sebaliknya, mereka bersatu suara dengan Beijing untuk menafikan perkara tersebut.”

Sungguhpun berlaku penzaliman secara sistematik terhadap warga Islam di Xinjiang, dua belas negara yang menyokong “dasar mencegah keganasan dan pemulihan pemikiran radikal di Xinjiang” memuji China atas dasar tersebut kerana kononnya membawa “persekitaran lebih menggembirakan, memuaskan dan jaminan keselamatan.” Negara-negara majoriti Islam yang menandatangani surat tersebut termasuklah: Algeria, Bahrain, Mesir, Kuwait, Arab Saudi, Oman, Pakistan, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tajikistan, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu.

Kempen penindasan China di Xinjiang ialah penanda penting untuk melihat sama ada ahli-ahli OIC memberikan tekanan terhadap China untuk menamatkan penzaliman sistemik terhadap umat Islam, apatah lagi China semakin memperlihatkan kuasanya. Namun, pertubuhan berusia 57 tahun ini banyak mendiamkan diri dalam beberapa bulan belakangan, malah ada kalanya memuji usaha China. Ketika pertemuan menteri-menteri luar OIC di Abu Dhabi pada bulan Mac lepas, mereka langsung tidak mempedulikan penderitaan orang Islam di Xinjiang, sebaliknya memuji usaha China yang didakwa “menjaga kebajikan rakyat beragama Islam” dan “mengalu-alukan kerjasama berterusan” dengan China.

Selain itu, para wakil OIC turut menyertai lawatan diplomatik ke Xinjiang yang dikawal ketat dan telah diuruskan oleh kerajaan China. Sewaktu lawatan, wakil-wakil OIC langsung tidak mengkritik pelanggaran hak asasi oleh China. Akan tetapi, OIC pantas memetik mandatnya untuk “melindungi hak, maruah dan identiti agama dan budaya” minoriti Islam lantas mengecam penzaliman terhadap warga Islam Rohingya di Myanmar.

Beberapa negara ahli OIC termasuk Afghanistan, Albania, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Morocco, Tunisia, dan Turki tidak menandatangani surat sokongan terhadap China tersebut. Namun begitu, tiada satu pun negara majoriti Islam yang menyatakan sokongan terhadap laungan global yang julung-julung kalinya diadakan di Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang menuntut agar penganiayaan ini disiasat. Negara-negara OIC wajar menandatangani kenyataan bersama ini sebelum tarikh luputnya pada 26 Julai.

“Kempen penganiayaan di Xinjiang telah menggugat kredibiliti OIC,” kata Richardson. “Jika OIC mahu menjadi suara global bagi hak orang Islam yang dizalimi, OIC perlu menerima hakikat sebenar dan mengutuk dasar China yang kejam di Xinjiang.”

Sumber:
https://www.hrw.org/ms/news/2019/07/17/332211

Apa yang boleh dilakukan oleh Dunia Muslim bagi menyelamatkan masyarakat Uyghur dan Islam di China.
December 15, 2019 by Dr. Olsi Jazexhi 

Antara 16 sehingga 25 Ogos 2019, saya telah diundang oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China dan Xinjiang untuk melawat Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang di Republik Rakyat China. Saya hadir bersama rakan wartawan yang telah dihantar bagi melawati dan meninjau keadaan di 3 bandar utama di China; Urumqi, Aksu dan Kashgar. Lawatan kami ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan China dan diuruskan oleh pihak berkuasa Xinjiang yang cuba meyakinkan kami bahawa keadaan di Xinjiang adalah baik dan terkawal.

Saya tiba di Urumqi pada 16 Ogos, dan bermula pada 17 Ogos, kami telah menghadiri siri ceramah yang dikendalikan dan disampaikan oleh pegawai Parti Komunis yang menyentuh berkenaan sejarah, agama dan hak asasi manusia yang diamalkan di Xinjiang. Dalam sesi-sesi rasmi ini, pegawai-pegawai kerajaan seperti Xu Guixiang dan Ma Pinyan telah membentangkan kepada kami kertas putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan China dan terkandung dalamnya maklumat berkenaan Xinjiang.

Dalam ceramah inilah kami dimaklumkan masyarakat Uyghur dan kelompok masyarakat Turkik Muslim lainnya adalah pendatang, dan agama Islam merupakan agama yang dipaksakan oleh orang Arab dan Turkik, dan Xinjiang itu sememangnya sebahagian daripada China. Kami dibawa melawati muzium Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang di Urumqi, muzium Aksu dan Muzium Kashgar. Dan di sinilah kerajaan China menyampaikan mesej kepada orang awam tidak ubah seperti yang terkandung dalam dokumen kertas putih yang diedarkan kepada kami; bahawa Xinjiang menurut sejarah adalah dari susur masyarakat China, sementara masyarakat Uyghur dan masyarakat Turkik Muslim lainnya adalah pendatang, bahawa Islam itu agama asing yang telah dipaksakan terhadap masyarakat Uyghur.

Tambahan lagi, kerajaan China telah menunjukkan kepada semua pengunjung bahawa Islam telah menyebabkan banyak masalah di Xinjiang bahkan menjadi asas kepada fahaman dan gerakan ekstremisme dan terorisme. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan China telah menubuhkan “Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional” yang menempatkan golongan yang disebut sebagai pelampau untuk menyahradikalkan (deradicalized) mereka.

Pada 20 Ogos, Kerajaan China telah menghantar kami ke bandar Aksu bagi melawat Pusat Kemahiran Vokasional Daerah Onsu (Wensu). Kami dijadualkan bertemu dengan kelompok pelampau ‘ekstremis dan teroris’ yang disebutkan telah melalui proses ‘nyahradikal’ oleh Kerajaan China.

Ketika menjalani sesi temubual bersama ‘pelajar’ di tempat yang disebut sebagai ‘Pusat Latihan Vokasional’ ini, kami menyedari bahawa mereka ini sebenarnya bukan ‘pelajar’ tetapi tahanan, bukan teroris tetapi Muslim yang dipaksa meninggalkan agama akibat tekanan yang diberikan. Jenayah yang mereka lakukan adalah kerana mereka mengamalkan agama Islam, menunaikan solat, menonton ceramah agama Islam melalui internet, membaca al-Qur’an atau artikel berkenaan Islam, menulis tentang Islam, membaca sejarah masyarakat Uyghur, memakai hijab, membeli makanan halal, mengurus  jenazah dan perkahwinan mengikut ajaran Islam dan menyampaikan dakwah kepada saudara-mara mereka.

Kesemua temubual yang saya rekodkan dan dimuat naik melalui saluran YouTube membuktikan bahawa apa yang disebutkan sebagai ‘Pusat Latihan Vokasional’ itu bukanlah sekolah tetapi sebenarnya adalah pusat tahanan besar-besaran (mass detention centre). Pusat tahanan ini digunakan sebagai pusat ‘brainwash’, mencuci cara fikir dan tingkah laku tahanan Muslim Turkik di China; tidak kira sama ada mereka itu Uyghur, Kazakh, Kirghiz, Uzbek, Tatar dan sebagainya, dan memaksa mereka untuk keluar dari Islam dan dari identiti Turkik mereka seterusnya menjadikan mereka sebagai bangsa Cina Han.

Dakwaan-dakwaan yang Sia-sia 

Biarpun negara China menyatakan bahawa mereka sedang menumpukan untuk menyelesaikan ‘3 kejahatan’ (three evils) yang berlaku di China iaitu puak pemisah, teroris dan ekstremis agama, apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka sedang menghapuskan identiti Islam dalam kalangan masyarakat Uyghur yang memperlihatkan mereka ini berlainan daripada bangsa Cina Han. China sedang memerangi kepelbagaian dan kemajmukan yang mana kewujudannya di Xinjiang adalah pada Islam. Oleh sebab itulah, China ingin menghapuskan sebarang bentuk dan tanda kewujudan Islam dan seterusnya menCinakan wilayah tersebut yang merupakan hub kuasa utama bagi projek Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan China.

Masyarakat China yang beragama Islam (Huizu) di Xinjiang yang langsung tidak mempunyai sebarang ancaman sebagai pemisah juga menanggung penderitaan yang sama seperti masyarakat Uyghur. Menggunakan alasan memerangi puak teroris, pihak berkuasa negara China telah mengisytiharkan Islam sebagai agama ekstrem dan menolak keberadaan orang Islam bersama-sama dalam projek Laluan Sutera yang menghubungkan Beijing ke Asia, Afrika dan Eropah. China juga telah mengharamkan sebarang bentuk penyampaian dan pengamalan agama Islam di Xinjiang, sementara institusi-institusi di seluruh negara telah diarahkan untuk memerangi sebarang bentuk pengamalan agama (rujuk “The Xinjiang Regulation on De-extremification”, Bahagian IV, artikel 18).

Polisi Xianjiang

China sedang memperlakukan Xinjiang sebagai sebuah wilayah jajahan dan penduduk asalnya dianggap sebagai musuh yang harus diasimilasi atau dihapuskan. Pihak berkuasa Xinjiang telah merobohkan masjid-masjid, kubur-kubur dan tinggalan bangunan Islam lama dan bersejarah, serta sebarang bentuk tanda-tanda peradaban dan ketamadunan Islam yang wujud.

Ma Pinyan dalam perkongsiannya kepada kami di Urumqi telah memaklumkan bahawa Kerajaan China mahu melakukan penCinaan terhadap Islam. Mereka tidak mahu sama sekali melihat sebarang tanda adanya pengaruh Arab atau Turkik dalam kalangan masyarakat Islam di China. Masyarakat Muslim tidak boleh bersembahyang setiap hari, tidak boleh menolak arak, wanita Muslim tidak boleh memakai tudung atau berkahwin mengikut ajaran al-Qur’an.
Proses penCinaan Islam ini adalah sah menurut “The Xinjiang Regulation on De-extremification” (dalam artikel 4), dan pengamalan agama Islam adalah diharamkan sama sekali (“The Xinjiang Regulation on De-extremification”, Bahagian II, artikel 9). Membaca al-Qur’an secara berkumpulan, mengajar agama Islam kepada kanak-kanak, bercakap tentang Islam, menyimpan atau membaca bahan-bahan ilmiah Islam, memakai pakaian keagamaan, menonton atau menganjur rancangan berunsur agama Islam dalam pelbagai bentuk adalah satu jenayah yang boleh dihukum penjara atau ditahan bagi melalui proses ‘pendidikan-semula’ di ‘Pusat Tahanan Vokasional’ dalam tempoh masa yang panjang.

Pengharaman Pengamalan Keagamaan

Pihak berkuasa China telah menghalang kewujudan menara masjid, laungan azan, masjid yang mempunyai kubah dan sekiranya masjid baru akan dibina, ia mestilah mengikut bentuk dan seni binaan Cina kerana menurut naratif teleologi Kerajaan China, Islam harus diCinakan dan demikian tidak boleh wujud sebarang simbol Arab atau Turkik.

Untuk menguatkuasakan penCinaan Islam, pihak berkuasa Xinjiang telah menaja Institut Islam Xinjiang Islam, di mana imam-imam yang dipilih telah diajar tentang Islam versi China yang sangat terhad. Kempen keganasan terhadap populasi Muslim telah mewujudkan suasana ketakutan melampau. Kami dapat lihat ketakutan dalam setiap mata saudara Muslim yang kami temui.

Kerajaan China telah menjajah Xinjiang melalui koloni-koloni China sejak 1950-an. Masyarakat China yang terdiri daripada hanya 5%-9% keseluruhan populasi pada 1950 telah meningkat kepada 40% pada 2010. Penjajahan secara agresif berlaku secara berterusan kini dan pastinya bertujuan untuk menjadikan masyarakat Islam di sana sebagai minoriti.
Masyarakat Uyghur yang tidak ditahan dan dihantar ke kem-kem tahanan (“Pusat Latihan Vokasional”) atau dipenjarakan dipaksa menerima koloni China untuk tinggal dan menetap bersama dengan keluarga Muslim. Ramai wanita Muslim Uyghur dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki Cina. Orang Islam juga tidak dibenarkan berpuasa ketika bulan Ramadhan. Restoran kedai makan Muslim tidak boleh menolak daripada menjual arak. Sesiapa yang memperdengarkan sedikit tanda-tanda keIslaman dipisahkan terus daripada keluarga mereka, diambil anak-anak mereka dan dibesarkan oleh keluarga Cina. Pemerintahan kuku besi, penindasan agama, dan asimilasi etnik yang dilakukan di Turkistan Timur sama sahaja dengan penghapusan kebudayaan bangsa (cultural genocide).

Walau bagaimanapun, lebih memalukan lagi, ketika dunia menyaksikan penganiayaan Muslim Turkik di China secara besar-besaran, dunia Muslim kelihatan tidak peduli tentangnya. Lebih memalukan pada 8 Julai 2019, sejumlah 22 negara bukan Islam telah menandatangani sepucuk surat yang ditujukan kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia yang menuntut agar China menghentikan program penahanan besar-besaran di Xinjiang.

Bukan sahaja negara bermajoriti Muslim mendiamkan diri daripada turut bersama menandatangani surat ini, bahkan lebih parah lagi sebilangan 20 buah negara Muslim telah menyertai 37 negara lain menyokong perbuatan dan tindakan China di Xinjiang.

Dalam sepucuk surat yang disediakan oleh China tertulis: 

“Kami menghargai komitmen China kepada keterbukaan dan ketelusan. Kerajaan China telah menjemput beberapa diplomat, pegawai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan wartawan-wartawan untuk melawat ke Xinjiang bagi melihat sendiri perkembangan hak asasi manusia dan kesan program pencegahan terorisme dan nyahradikal di sana. Apa yang dilihat dan didengari mereka di Xinjiang bertentangan sama sekali dari apa yang dilaporkan oleh pihak media. Kami menyeru negara-negara berkaitan berhenti daripada dakwaan tidak berasas terhadap China berdasarkan maklumat-maklumat yang tidak disahkan sebelum mereka melawat Xinjiang…”

Sejurus pulang dari Xinjiang, sebagai seorang cendekiawan dan wartawan, saya ingin mengkhabarkan kepada dunia Islam bahawa “hasil program pencegahan terorisme dan nyahradikal” yang China lakukan di Xinjiang merupakan pengharaman secara total terhadap agama Islam dan penganiayaan besar-besaran terhadap penganut Islam.

Kerajaan China menjemput saya sepertimana mereka telah menjemput “beberapa diplomat, pegawai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan wartawan-wartawan untuk melawat ke Xinjiang bagi melihat sendiri perkembangan hak asasi manusia dan kesan program pencegahan terorisme dan nyahradikal di sana”. Walaubagaimanapun, pemerhatian saya membuktikan bahawa China sebenarnya sedang menganiaya hanya masyarakat Uyghur hanya kerana kepercayaan mereka kepada Islam dan mereka adalah Muslim.

Melalui surat terbuka ini, saya merayu kepada semua negara-negara Muslim yang telah menandatangani surat sokongan kepada China (pro-China) untuk menimbangkan semula pendirian mereka. Saya bersedia untuk menjadi saksi di mana-mana negara Muslim berkenaan perbuatan China kepada populasi masyarakat Muslimnya.

Apa yang dapat dilakukan? 

Negara-negara Muslim mesti menimbang semula pendirian mereka dan mendesak China untuk segera menghentikan penganiayaan mereka ke atas masyarakat Muslim dan menghentikan pengharaman amalan keagamaan Islam di Xinjiang. China sepatutnya menutup “Pusat Latihan Vokasional” mereka, membebaskan tahanan agama dan politik daripada penjara dan kem tahanan, menghapuskan “Undang-undang De-ektrimifikasi Wilayah Autonomi Xinjiang“ (Xinjiang Uygur Autonomous Region De-extremification Regulations) yang berniat jahat lagi Islamofobik, berhenti menghantar koloni China ke rumah-rumah penduduk Uyghur dan mengarahkan semua aparat-aparat dan agensi-agensi negara menghentikan penindasan mereka terhadap masyarakat Muslim.

China mesti menghentikan polisi Islamofobia yang disasarkan kepada masyarakat Muslim, terhadap agama, sejarah, budaya dan cara hidup. China juga sepatutnya menghentikan proses penCinaan secara paksa terhadap masyarakat Turkik (Uyghur, Kazakh, Uzbek, Tatar, dan lain-lain), dan berhenti memusnahkan masjid-masjid dan bangunan-bangunan bersejarah.

China mesti membenarkan masyarakat Muslim di Xinjiang mempunyai pasport, mendapat kebebasan untuk keluar dan masuk dari China, melaungkan azan dari masjid-masjid mereka, memberikan hak mendapatkan makanan yang halal, membenarkan menunaikan haji ke Mekah, dan membenarkan mereka mengajar agama Islam kepada anak-anak mereka.

Pihak berkuasa Xinjiang harus meraikan kepelbagaian budaya dan menerima masyarakat Uyghur dan penduduk Muslim Turkik lainnya sebagai warga yang sama seperti penduduk asal negara China, dan menerima Islam sebagai salah satu daripada agama-agama yang ada di China. Kerajaan China seharusnya melihat kembali cara mereka memandang sejarah China dan sepatutnya menerima Islam sebagai sebahagian pelengkap bagi China bukannya sebagai musuh.

Dengan mengangkat tuntutan-tuntutan ini dan mengingatkan China bahawa dunia Muslim masih merupakan klien yang sangat penting kepada China, negara-negara Muslim dalam masa yang sama juga sepatutnya bangkit dan memohon perlindungan terhadap saudara Muslim yang sedang berhadapan dengan penindasan besar-besaran di Wilayah Autonomi Uyghur di Xinjiang.
Dr. Olsi Jazexhi adalah sejarawan Kanada-Albania dan ahli European University Institute.
Sumber:
https://irfront.net/post/articles/apa-yang-boleh-dilakukan-oleh-dunia-muslim-bagi-menyelamatkan-masyarakat-uyghur-dan-islam-di-china/

Hakikat sebenar di Xinjiang
BAI TIAN | | 10 Disember 2019
Suasana kelas di Institut Islam Xinjiang yang kondusif memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Gambar kecil: Bai Tian
SEJAK tahun lalu (2018) hingga kini, isu Xinjiang, China paling kerap digembar-gemburkan oleh media Barat. Contohnya, gerakan penahanan Muslim secara besar-besaran di China, jutaan umat Islam dipenjarakan di dalam kem penumpuan oleh kerajaan, krisis kemanusiaan yang paling teruk dalam 90 tahun dan lain-lain

Itulah tajuk dan ayat yang agak menghairankan dan mengejutkan ditulis oleh New York Times, CNN serta media Barat lain. Namun, berapa banyak laporan tersebut berdasarkan hakikat? Berapa yang menerangkan perihal sebenar? Ingin saya jelaskan perkara yang media Barat enggan memberitahu anda. Menurut media Barat, umat Islam dianiaya di China dan kerajaan China cuba menghapuskan kepercayaan dan kebudayaan warganegara Muslimnya

Bagaimanapun, mereka enggan memberitahu anda bahawa kerajaan China sebenarnya melindungi kebebasan agama dan kepercayaan, berteguh untuk menjaga hak dan kepentingan setiap kaum minoriti, melarang diskriminasi dan penindasan terhadap mana-mana kaum. Terdapat hampir 200 juta pemeluk agama di China antaranya lebih 20 juta adalah Muslim. 
Kaum Hui dan kaum Uyghur ialah dua kaum utama dalam Muslim China. Banyak restoran mi tarik halal di Kuala Lumpur diusahakan oleh orang Muslim Hui dari China. Suasana pembelajaran awal kanak-kanak Xinjiang di Tadika Aksu Yingbazha.
Di Xinjiang, restoran halal boleh didapati di mana-mana tempat, jumlahnya jauh lebih banyak daripada restoran bukan halal dan menarik ramai pelanggan baik orang Muslim mahupun bukan Muslim. Di Xinjiang, terdapat lebih 28,000 tempat keagamaan, hampir 30,000 pengajar agama, setiap 530 orang Muslim mempunyai satu masjid secara purata. Kadar itu lebih tinggi daripada negara-negara Islam seperti Turki. Kaum Uyghur dan kaum minoriti yang lain tidak dianiaya di China, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial yang lebih baik berbanding kaum Han iaitu kaum majoriti di China.

Fahaman ekstremis

Dari segi dasar kelahiran, untuk memastikan nisbah populasi kaum-kaum minoriti dipertingkatkan, kaum Uyghur dan kaum-kaum minoriti lain menangguhkan pelaksanaan Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun berbanding dengan kaum Han. Sehingga kini, mereka masih mengamalkan polisi longgar, petani dan penggembala sebahagian kaum minoriti dibenarkan untuk melahirkan empat anak.

Dari segi dasar pendidikan, wilayah di China menjalankan polisi pendidikan wajib sembilan tahun percuma, manakala Xinjiang adalah wilayah pertama yang melaksanakan polisi pendidikan 15 tahun percuma. Hampir 10 juta pelajar China menduduki Peperiksaan Kemasukan Kolej setiap tahun iaitu peperiksaan terpenting untuk masuk ke universiti. Markah pelajar kaum minoriti di Xinjiang serta kawasan lain bertambah, paling banyak 50 hingga 60 mata. Hal itu bermakna, pangkat pelajar itu akan mengatasi ratusan ribu pelajar kaum Han.

Dari segi dasar pengebumian pula, keluasan purata tanah suai tani di China kurang daripada satu pertiga keluasan purata dunia dan harga tanah di bandar-bandar China sememangnya melambung tinggi. Oleh sebab itu, kaum Han mesti menjalankan pembakaran mayat. Namun orang Islam di China dibenarkan untuk mengamalkan adat resam pengebumian menurut agama Islam.Menurut media Barat, kerajaan China telah bertindak menindas kaum Uyghur dan kaum minoriti Muslim yang lain atas nama memerangi keganasan dan fahaman ekstremisme.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Barat sendiri enggan mendedahkan bahawa sejak 1990-an, wilayah Xinjiang khususnya kawasan selatan paling miskin diresapi fahaman keganasan dan ekstremis, misalnya Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) secara berterusan. Sebilangan pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindung menawarkan dana kepada keluarga tempatan untuk menggalakkan anak-anak supaya tidak belajar di sekolah kerajaan tetapi pergi sekolah agama haram dan menerima fahaman ekstremis. Sesetengah pengikut fahaman pemisah bertindak memecahkan wilayah Xinjiang daripada China dan menubuhkan negeri Turkestan Timur yang mengamalkan sistem teokrasi.
Changji Snack Street yang menjual makanan halal kepada penduduk di Urumqi, wilayah Xinjiang.
Dari tahun 1990 ke hujung tahun 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan dari dalam dan luar China mencetuskan ribuan insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan lain. Hal itu menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang pelbagai kaum, ratusan polis terkorban, kerugian harta benda tidak dapat dikira.

Tarikh 5 Julai 2009 dianggap sebagai hari yang paling hitam di Xinjiang.

Ratusan pelampau agama kaum Uyghur menyerang orang biasa, pegawai keselamatan awam dan polis serta menghancurkan dan membakar bangunan kerajaan, kediaman, kedai serta kereta di jalan bandar Urumqi. Insiden itu telah menyebabkan seramai 197 penduduk maut dan lebih 1,700 cedera.

Pada 6 Julai tahun yang sama pula, Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang, Mullah Juma Tayier mendakwa ia insiden keganasan yang dirancang kumpulan pemisahan asing atas nama agama. Lebih menyedihkan apabila Mullah dibunuh oleh tiga orang pelampau agama di luar masjid selepas beliau mengimamkan solat Subuh pada 30 Julai 2014. Menurut sumber, Mullah dibunuh kerana pernah beberapa kali mengutuk fahaman ekstremisme dan jenayah keganasan di Xinjiang.Oleh sebab situasi keselamatan semakin meruncing, kerajaan China dan wilayah Xinjiang terpaksa melaksanakan tindakan memerangi jenayah keganasan, memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan dan penghapusan ekstremisme.

Hasilnya kini, sudah tiga tahun tiada insiden keganasan berlaku di Xinjiang, rakyat jelata boleh keluar berjalan-jalan serta pergi ke pasar malam tanpa rasa bimbang. Pada tahun 2018, industri pelancongan Xinjiang berkembang pesat. Jumlah pelancong dari dalam dan luar China mencecah 150 juta iaitu bertambah 40 peratus. Semua pelancong yang pernah mengunjungi Xinjiang merasai keamanan, keindahan dan kemakmuran sana.

Bagaimanapun, dakwa media Barat, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang ialah kem penumpuan di mana umat Islam dipenjarakan dan dikenakan brainwash (memaksa perubahan fikiran dengan tekanan) dengan zalim tetapi mereka enggan memberitahu dunia hakikatnya iaitu Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional adalah sekolah berasrama. Sebenarnya para pelatih boleh berkomunikasi dengan luar orang luar, pulang ke rumah setiap hujung minggu dan bercuti.

Tahukah anda, setiap pelajarnya menguasai ilmu sains dan kebudayaan, kemahiran vokasional melalui kursus latihan. Selepas tamat pelajaran, mereka akan mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru. Sebilangan pelatih masuk ke pusat pendidikan itu kerana mereka mahu menjauhkan diri daripada fahaman ekstremis dan membaiki kehidupan keluarga.

* Bai Tian ialah Duta Besar China ke Malaysia

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/61445/KHAS/Pendapat/Hakikat-sebenar-di-Xinjiang


Sejarah masyarakat Cina Muslim
Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin
Populasi masyarakat Cina Muslim di Malaysia menurun daripada 57,221 orang pada 2000 kepada 42,048 orang pada 2012.

Menurut Dr Raudlotul Firdaus dan rakan-rakannya, salah satu kemungkinan berlakunya penurunan Cina Muslim kerana mereka didaftarkan dengan nama berbin atau bintikan Abdullah.

Ditambah pula apabila mereka berkahwin dengan orang Melayu Islam, maka anak-anak generasi kedua tidak lagi mengekalkan keturunan asal walaupun suami seorang Cina Muslim.

Maka, sudah tentu zuriat mereka adalah Cina Muslim yang bukan mualaf. Cina Muslim di Malaysia dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

1. Cina Muslim berasal dari China.

2. Cina Muslim yang lahir Islam di Malaysia daripada keluarga Cina Muslim berasal dari China.

3. Cina tempatan yang memeluk Islam.

4. Cina Muslim generasi kedua sama ada ibu atau ayah atau kedua-duanya memeluk Islam.

Bagi kategori 1 dan 2 mempunyai perbezaan dari sudut budaya dan tradisi manakala kategori 3 dan 4 adalah kerana mereka mempunyai latar belakang keluarga dan pengamalan berbeza.

Cina Muslim berasal dari China dan generasi seterusnya menerima Islam sejak 10 generasi lalu. Islam bertapak di China sejak abad ke-7 lagi hasil penyebaran Islam daripada pendakwah dan pedagang Arab yang datang ke China.

Hasil perkahwinan antara orang Islam Arab dengan wanita China melahirkan generasi Cina Muslim yang baru dikenali sebagai Hui.

Kategori 3 juga dikenali sebagai mualaf atau saudara baru. Mereka banyak mempengaruhi pandangan Islam sebagai agama sejagat.

Mereka datang daripada keluarga bukan Islam dan pernah hidup sebagai bukan Islam seperti Cina tempatan lain.

Hasil perkahwinan kategori 3 itu akan menghasilkan anak generasi baru yang tergolong dalam kategori 4.

Cina Muslim dari China datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-15 bersama pelayaran Laksamana Cheng Ho yang beberapa kali singgah di Melaka.

Di Kuala Terengganu, terdapat sekumpulan komuniti Hui Hui atau dikenali sebagai Orang Yunnan. Mereka adalah Cina Muslim berasal dari Guangzhou, China sejak akhir 1800-an atau awal 1900-an dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang menggunakan bahasa Kantonis.

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Tan Chee Beng (1991), mereka tidak merayakan Tahun Baru Cina dan berasimilasi dengan masyarakat Melayu Muslim tempatan.

Pak Haji Yusof atau namanya dalam bahasa Cina Zhang Zhaoyun dilahirkan di Kuala Terengganu pada 1908. Beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Cina.

Satu lagi keluarga Cina Muslim yang datang dari utara China iaitu Shandong, Hebei dan Tianjin tiba ke Sabah pada 1913 yang dibawa oleh North Borneo Chartered Company.

Mereka terdiri daripada 108 keluarga dengan lima daripadanya adalah Cina Muslim. Sehingga kini, mereka sudah memasuki generasi kelima berada di Sabah iaitu di Shantung, Penampang dan Kimanis.

Walaupun generasi baru berkahwin dengan pribumi tempatan, tetapi mereka masih mengekalkan budaya, makanan dan bertutur bahasa Mandarin.

Generasi Cina Muslim terbaru daripada kategori 4 sama ada hasil perkahwinan campur atau tidak akan mempamerkan ciri-ciri masyarakat Malaysia majmuk dan dinamik.

Mereka mempunyai pergaulan lebih luas dengan wujudnya integrasi dan interaksi dengan dua atau lebih kaum.

Hasil interaksi dan pemahaman dalam kepelbagaian bahasa dan budaya, mereka menjadi generasi Malaysia yang unik. Cina Muslim memiliki jati diri sebagai seorang Islam tanpa mengabaikan budaya dan tradisinya.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Universiti Putra Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 2:12 PM
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/01/413093/sejarah-masyarakat-cina-muslim

𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟬𝟭:𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗧𝗛 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 & 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗗𝗜𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡..
➡️ Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 memaklumkan pemberhentian operasi beberapa hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) di beberapa lokasi seluruh Malaysia.➡️ Hotel-hotel tersebut untuk makluman semua, termasuk dalam senarai aset diletak di bawah SPV yang dilantik Kerajaan sejak hujung tahun 2018 bagi memulihkan prestasi kewangan TH yang teruk dilanda skandal dan penyelewengan
➡️ SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dengan usaha berterusan menyusun dan memindah milik 29 hartanah tidak berdaya saing (mengalami kerugian demi kerugian), 1 syarikat dan 106 sekuriti ekuiti domestik
➡️ Menurut jawapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf kepada soalan bertulis Ahli Parlimen Kuala Terengganu, semua aset dipindahkan bernilai lebih RM19.9B
➡️ Nilai perpindahan ini lebih tinggi berbanding nilai buku semasa berjumlah RM10B
➡️ Tindakan ini berjaya pulihkan ruang defisit antara aset dan liabiliti TH, serta mengimbangi rosot nilai direkod bagi tahun kewangan 2018
➡️ Antara hartanah tidak beri pulangan dan daya saing kepada TH seperti berikut:🛑 1. TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Nilai buku : RM72,500,000
Nilai pindah (dijual) : RM110,180,620
Keuntungan : RM37,680,620🛑 2. TH Hotel Kuala Terengganu, Terengganu
Nilai buku : RM88,000,000
Nilai pindah (dijual) : RM133,736,477
Keuntungan : RM45,736,477🛑 3. TH Hotel Bayan Lepas, Penang
Nilai buku : RM59,000,000
Nilai pindah (dijual) : RM89,664,229
Keuntungan : RM30,664,229🛑 4. TH Hotel Alor Setar, Kedah
Nilai buku : RM105,693,423
Nilai pindah (dijual) : RM160,625,749
Keuntungan : RM54,932,320Dan 26 hartanah lain yang mana keseluruhan beza nilai ialah :➡️ Nilai buku : RM1,410,651,797
Nilai pindah (dijual) : RM2,246,680.947
Keuntungan : RM836,029.15➡️ TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) mengumumkan hotel-hotel terlibat dalam proses pemberhentian operasi melibatkan :1. TH Hotel di Kelana Jaya, Selangor2. TH Hotel di Kota Kinabalu, Sabah3. TH Hotel di Kuala Terengganu, Terengganu4. TH Hotel di Penang5. TH Hotel di Alor Setar, Kedah
➡️ Operasi dan pengurusan hotel-hotel tersebut termasuk dalam 29 aset tidak berdaya saing (mengalami kerugian berterusan) sejak beroperasi antara 5-7 tahun lalu, diambil alih oleh syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB)
➡️ Bangunan hotel-hotel terlibat dipindah milik Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan (SPV) Lembaga Tabung Haji (TH)
Dalam Siri 02, DF akan dedahkan kerugian demi kerugian ditanggung hotel-hotel ini, ibarat kata orang hantu lebih ramai menginap dari orang
#𝗗𝗲𝗱𝗮𝗵𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮
#𝗧𝗲𝗽𝗮𝘁𝗕𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁https://www.facebook.com/FreeFromAgenda/photos/pcb.102288874700665/102288798034006/?type=3&theater
https://www.facebook.com/FreeFromAgenda/photos/pcb.102288874700665/102288838034002/?type=3&theater
https://www.facebook.com/FreeFromAgenda/photos/a.102023768060509/102288798034006/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCQVGpGmUuNRH9xE83J1nMDR0mBK9jt3SvFr8H0cq2sSEW1qlvipCeEqJ6OMr1sD-2thYBOIPY7jVuwH_-lzePmKEjfFlgsHJZFIjfx5kw1ML11RnBHBko-4YjgeQjozcB71fsVlO9IvQ7oIqxypW_Xca7BHejUOu9lzoisWAyFvNSBMx8rt-M484dkkiv8qapzyl99cErJmX8oEPDF8Tkh-61jWaoMNAXClLvCjEb4PF3Ntn6seA2IkVRIi6msVJ6b4iKptWApMVLpnAXngciDt5qJ_hGspcEvsQLgQDoe6PFy&__tn__=-R

Beriman dengan Al Quran. Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan: Sila Klik Untuk Membaca dan Mengkajinya. Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/bagi-kau-bunga-belum-tentu-kau-nampak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi Seseorang Yang Mengharapkan Sesuatu Yang Belum Pasti 9774

Bagai Bunga Kembang Tak Jadi Seseorang Yang Mengharapkan Sesuatu Yang Belum Pasti 9774

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 527 hits
Berburu ke Padang Datar Dapat Rusa Belang Kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi Pembayang pantun menggambarkan jika kita berburu di padang datar maka hasilnya akan mendapat rusa berbelang kaki Rusa berbelang kaki itu maksu...
Hati Hati Air Kemasan Belum Tentu Aman

Hati Hati Air Kemasan Belum Tentu Aman

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 589 hits
Kini semakin banyak merek di pasaran Tentu nama nama aneh itu perlu dipertanyakan Amankah untuk dikonsumsi Boleh dibilang pertanyaan itu berlebihan Tapi kenyataan buruk soal ini lumayan bikin ngeri Di beberapa negara bagian AS banyak ditemu...
Pemprov Dki Perhelatan Formula E Belum Tentu Setiap Tahun Di Monas

Pemprov Dki Perhelatan Formula E Belum Tentu Setiap Tahun Di Monas

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 207 hits
Dia juga menyebut saat perhelatan di Roma Italia ataupun Meksiko juga melapisi cobblestone nya dengan aspal
Sedihnya Macam Tiara Nampak Je Arwah Abam Kat Situ Siap Lambai Lagi

Sedihnya Macam Tiara Nampak Je Arwah Abam Kat Situ Siap Lambai Lagi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 269 hits
Sedihnya macam Tiara nampak je arwah Abam kat situ siap lambai lagi Pemergian Allahyarham Syed Omar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey masih dirasai lagi Segala jasa dan kenangan yang ditinggalkan dikongsi bersama kaum keluarga ...
Bunga Citra Lestari Belum Mampu Tidur

Bunga Citra Lestari Belum Mampu Tidur

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 394 hits
Masih terasa perit dengan kehilangan suami tersayang penyanyi Afgan memberitahu isteri Allahyarham Ashraf Sinclair Bunga Cinta Lestari masih belum dapat melelapkan matanya The post appeared first on
Kalau Budak Tow Truck Kata Hantar Kat Bengkal Saya Je Lah Itu Kencing Je Sebab Diorang Takde Bengkel

Kalau Budak Tow Truck Kata Hantar Kat Bengkal Saya Je Lah Itu Kencing Je Sebab Diorang Takde Bengkel

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 380 hits
The ReporterApabila berlakunya kemalangan sudah pasti kita buntu memikirkan kos yang bakal ditanggung untuk membaik pulih kembali kenderaan Bukan itu sahaja kos untuk memanggil penarik kereta juga harus difikirkan Bagi lelaki perkara ini mu...
Lelaki Nampak Lebih Menarik Lepas Berkahwin Sebab Itu Wanita Bujang Cepat Cair Kajian

Lelaki Nampak Lebih Menarik Lepas Berkahwin Sebab Itu Wanita Bujang Cepat Cair Kajian

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 435 hits
Wow hensemnya lelaki itu Mata coklat baju berkolar berseluar jeans biru perghh memang hati perempuan boleh cair Tapi alamak ada isteri dah la seorang anak pulak tu Melepas Persoalannya betul ke suami orang inilebih kacak dan menarik jika di...
Hadapi Virus Corona Jokowi Sambut Baik Penurunan Suku Bunga Bi

Hadapi Virus Corona Jokowi Sambut Baik Penurunan Suku Bunga Bi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 185 hits
Presiden Joko Widodo menyambut baik keputusan Bank Indonesia yang menurunkan suku bunga acuan menjadi 4 75 persen Terlebih keputusan ini diambil di tengah tengah wabah virus corona yang dinilai dapat memperkuat daya tahan dan daya saing eko...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025