Bagaimana Rasulullah Mendidik Muaz



1. Meneliti riwayat sirah, Saidina Muaz ibn Jabal adalah antara tokoh sahabat yg dilihat byk menerima sentuhan tarbiyah dan proses pendidikan secara langsung daripada Rasulullah.
2. Rasulullah mendidik Muaz melalui pelbagai situasi, santai maupun dalam keadaan serius. Dalam sebuah hadith, Rasulullah mengajar Muaz ketika Baginda menunggang bersama beliau. Rasulullah memanggil nama Muaz sebanyak tiga kali, dan tiga kali lah Muaz menyahut.
Setelah panggilan yg ketiga Rasulullah bersabda:
(مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ، إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ)
“Tahukah engkau bahawa mereka yg mengucapkan syahadah ikhlas dari hatinya, dia akan masuk ke syurga?” (al-Bukhari)
Dialog ini tidak terhenti di sini sahaja, mendengar hadith ini Muaz memberikan reaksi spontan beliau kepada Nabi. Kata Muaz: Kalau begitu lebih baik aku maklumkan perkara ini kepada mereka! (sahabat lain). Rasulullah menjawab: Kalau begitu, (aku bimbang pula) mereka akan duduk diam sahaja (tidak berusaha beribadah kerana tahu setiap Muslim akan ke syurga).
Respon Rasulullah jelas menunjukkan bahawa Baginda mahu mendidik Muaz supaya bijak berinteraksi dengan manusia. Bukan semua perkara perlu kita sampaikan kepada semua orang. Da’i harus pandai membaca minda audien. Muaz kemudian mendiamkan hadith ini. Hadith ini hanyalah di sampaikan oleh Muaz sebelum beliau meninggal dunia.
3. Adakalanya Muaz diberikan teguran yang keras oleh Rasulullah. Perkara ini berlaku ketika Muaz menjadi Imam solat buat kaumnya. Muaz membaca surah yg panjang (surah al-baqarah) sehingga perkara ini diadukan kepada Rasulullah. Rasulullah menegur Muaz dengan berkata:
يَا مُعَاذُ، أَفَتَّانٌ أَنْتَ – ثَلاَثًا – اقْرَأْ: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا
Apakah engkau ingin menimbulkan fitnah wahai Muaz?! Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa kata-kata ini diulang Rasulullah sebanyak tiga kali. Seolah Baginda ingin memberikan kesan mendalam kepada pemahaman Muaz.
4. Ibn Majah meriwayatkan bahawa ketika Muaz pulang dari Syam, beliau terus berjumpa dengan Rasulullah lalu sujud (sembah hormat) kepada Rasulullah. Rasulullah lalu bertanya kepada Muaz:
مَا هَذَا يَا مُعَاذُ؟
Apa yang kau lakukan ini Muaz?! Muaz menjawab, ketika aku berada di Syam, aku melihat penduduk Syam sujud kepada pembesar agama mereka. Rasulullah memperbetulkan pemahaman Muaz dgn berkata: Jangan kamu lakukan sedemikian wahai Muaz! (Ibn Majah, Ahmad).
5. Rasulullah juga pernah menasihatkan Muaz dengan memberikan tunjuk ajar secara fizikal. Apabila ingin mendidik Muaz supaya memelihara lidah dan tutur kata, Baginda sendiri menunjukkan lidah Baginda lalu berkata:
فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ: “كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا
Hendaklah engkau menjaga lidah ini wahai Muaz (al-Tirmizi)
6. Bukan sekadar memberi nasihat dan menergur sahaja, Rasulullah sendiri pernah meluahkan rasa kasih beliau, menyemai cintanya kepada Muaz. Dalam sebuah hadith Rasulullah pernah memegang tangan Muaz lalu berkata: Wahai Muaz, sesungguhnya aku menyayangi engkau, maka janganlah engkau lupa untuk membaca doa ini setiap kali selepas solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Dalam hadith ini seolah Nabi ingin mendidik Muaz bahawa sekiranya kita sayang seseorang, kita ajarkan kepada mereka perkara yang baik.
7. Riwayat Tirmizi ada menyebutkan bahawa Rasulullah menguji Muaz sebelum menghantar beliau sebagai pendakwah di Yaman. Setelah segala proses tarbiyyah yg dilalui oleh Muaz, Rasulullah menguji beliau lalu bertanya: Bagaimanakah engkau akan memberikan hukum sekiranya engkau ditanya nanti?
Muaz lalu menjawab bahwa dia akan merujuk kepada al-Quran dan hadith dan sekirnya tiada, dia akan berijtihad. Rasulullah lalu menepuk (memegang) dada Muaz tanda berpuas hati dengan jawapan Muaz. Hadith ini walaubagaimanapun dinilai daif oleh sebahagian sarjana hadith.
8. Setelah segala proses pengkaderan dilakukan oleh Rasulullah melalui pelbagai wasilah tarbiyyah, Rasulullah sendiri mengiringi Muaz sebelum dihantar menjadi pendakwah. Ketika itu Muaz menunggang tunggangannya dan Rasulullah berjalan disamping tunggangan Muaz. Situasi ketika itu amat menyedihkan. Rasullullah berterus-terang kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنَّكَ عَسَى أَنْ لَا تَلْقَانِي بَعْدَ عَامِي هَذَا وَلَعَلَّكَ أنَ تَمُرَّ بِمَسْجِدِي هَذَا، وَقَبْرِي فَبَكَى مُعَاذٌ جَشَعًا لِفِرَاقِ رَسُولِ اللَّهِ
Wahai Muaz, barangkali engkau tidak akan dapat berjumpa dengan aku lagi selepas ini. Muaz lalu menangis dengan tangisan yang dahsyat. Baginda seolah sudah mengetahui akan ajalnya.
9. Begitulah konsistennya Rasulullah sebagai murabbi yang menjalankan proses pengkaderan da’i. Didikan yang melalui pelbagai wasilah tarbiyyah, secara santai maupun serius, teguran keras maupun lembut, melalui ucapan dan juga gerak tubuh fizikal, semuanya dilaksanakan bahkan diwujudkan pula proses ujian kefahaman. Setelah melepasi proses tersebut, Baginda Nabi sendiri memimpin kader dakwahnya berjuang ke medan dakwah.
Rasulullah Murabbi Agung
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
The post Bagaimana Rasulullah Mendidik Muaz? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bagaimana-rasulullah-mendidik-muaz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 369 hits
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya rawi RahimahullahPada masa dahulu suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu Syeikh Sya rawi adalah di antara tokoh...
Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 436 hits
Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti atau mujtahid jadian atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya Be...
Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Pemberian Nafkah Kepada Isteri

Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Pemberian Nafkah Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 401 hits
Soalan Nabi SAW merupakan contoh teladan buat manusia dalam semua perkara Mengikut kefahaman saya Baginda SAW mempunyai lebih daripada satu isteri pada masa yang sama setelah kewafatan isteri Baginda SAW Sayyidatina Khadijah RA Soalan saya ...
Pameran Artifak Rasulullah Aku Mengenali Kekasih Allah

Pameran Artifak Rasulullah Aku Mengenali Kekasih Allah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 673 hits
Rindu Rasulullah Hari tu aku pergi Persada Johor bersama emak ke Festival Islam Johor Kat sana terdapat juga pameran Artifak Rasulullah Segala macam seperti rambut pedang dan busur panah Rasulullah serta sahabat dipamerkan di sana Rindu Rin...
22 Cara Mendidik Anak Dengan Ilmu Dan Sahsiah

22 Cara Mendidik Anak Dengan Ilmu Dan Sahsiah

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 571 hits
22 Cara Mendidik Anak Dengan Ilmu Dan Sahsiah Mendidik anak bukanlah satu usaha yang mudah Kalau tak kuat semangat kita boleh jadi meroyan mengenangkan kenakalan mereka Tetapi dengan adanya ilmu dan info mendidik anak anak kita pasti berjay...
Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 352 hits
Soalan Saya pernah mendengar dalam satu siri kuliyah agama dimana seseorang telah bertanyakan apakah hukumnya mengirim salam kepada Rasulullah saw dan ustaz hanya menjawab dengan ringkas iaitu ada perselisihan ulamak padanya Setengah ulamak...
Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 369 hits
Peristiwa terbelahnya bulan adalah di antara mukjizat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Mukjizat ini adalah jawapan atas tentangan orang orang kafir Quraisy Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam a...
Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 361 hits
Al Masur bin Mukhramah anak buah Abu Jahal anak dari saudara perempuannya bertanya kepada Abu Jahal tentang sifat peribadi Muhammad bin Abdullah shallallahu alaihi wasallam Wahai pakcikku apakah kalian menuduh Muhammad itu berdusta sebelum ...
Rasulullah Saw Melihat Telaga Al Kautsar

Rasulullah Saw Melihat Telaga Al Kautsar

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 414 hits
Orang Arab menggunakan kata al Kautsar untuk menggambarkan sesuatu yang banyak Dan al Kautsar itu banyak airnya banyak gelasnya banyak keberkatannya dan banyak kebaikannya Al Kautsar adalah anugerah yang Allah Jalla wa Azza berikan khusus u...
Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

Voice Commerce For E Commerce

Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Wanita Di Hotel Bajet

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

Terowong Genting Sempah Pertama Di Malaysia

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

9 Ditahan Dalam Pesta Minum Arak Parti Buih

Cahaya Misteri Muncul Di Langit Malam


echo '';
Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Azam Tahun 2025 Apa Yang Diceritakan Sama Dengan Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Pentingnya Melancong Bersama Yang Sefrekuensi

Tips Kurus 2025 Cara Mudah Realistik Untuk Turunkan Berat Badan

Only You Can Change The World

Himpunan Doa Dalam Al Quran Hadis

Movie Bisikan Dosa